THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, October 25, 2012

Pengorbanan




Auntie mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Adha

Kepada semua readers, 
family ku 
saudara mara dan sahabat2 handai
diluar sana 

Kepada Kedua2 Besan ku di KLumpur dan Melaka

khas buat 
menantu lelaki ku Ben KL
menantu perempuan ku Zeity
dan cucu ku Zara di Melaka






Hasil googles 

Pengorbanan

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.

Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.

Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.

Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.

Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.

Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.

Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.

Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.

Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.

Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.

Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.

Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.

10 comments:

  1. Replies
    1. Salam norh,

      Sama2 lah kita rasa nikmat roh Aidiladha

      Delete
  2. Selamat menyambut Aidil Adha buat Auntie sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dr Sam,

      Same to you, auntie dah ziarah blog doktor, suker sangat.

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Idul Adha buat akak sekeluarga juga, maaf kalau ada kata kata2 dan perbuatan saya jika ada yang buat akak tersinggung semasa memberi komen2 dalam blog akak.

    Psssst, masak apa untuk santapan anak beranak? Saya masak nasi beriani....kalau teringin jom singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Sama2lah kita menyambut Aidul Adha dan mendapat pengertian.
      Maaf juga dari akak jika ada apa2 yang tersimpan terhadap akak.

      Wah nasi beriani? Lauk aper? Ayam? Daging atau kambing?
      Akak tak jalan kemana2, tak sihat.

      Delete
  4. selamat hari raya auntie =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lya,

      Ucapan Selamat hari raya juga pada Lya

      Delete
  5. Salam Aidil Adha Auntie. I love reading ur blog, seumpama talking to my mom. Bertuah anak-anak Auntie, saya jeles sebab dapat sporting mum macam Auntie nie.

    Diharap satu hari nanti dapat jumpa Auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Zie,

      Terima Kasih kerana sudi membaca blog auntie.

      Auntie memahami keadaan sekeliling sebab suatu ketika dulu pernah melalui sebagai gadis remaja, isteri, ibu, mertua dan kini sebagai nenek.
      Kena banyak berkorban untuk mencari kebahagian.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...