Followers

Friday, October 5, 2012

Mahligai Syahdu dan Memburu Rindu


Anak sulung auntie pandai menyanyi

Dia pergi kenduri, mesti ada kawan2 atau sedara mara
suruh dia menyanyi, suara boleh tahan sedap

Orang tengah makan atau minum,
akan kerling dan toleh nak tahu siapa yang sedang menyanyi

Kalau masuk pertandingan mana2 mesti
bawak balik hadiah
Betul tau,  auntie tak temberang..

Masa auntie belum sakit dulu
Kami tiap2 bulan  mesti ada aktiviti karok
memang menghiburkan kalau dia ada
Uncle juga, kalau bagi microphone
suara...fuhhh merdu bak buluh perindu..
tapi sayang sejak kena angin ahmar
sudah tidak boleh menyanyi lagi
nafas dah pendek dan sebutan2
perkataan pun dah tenggelam timbul..

Ermmm..auntie tujukan 2 lagu ni khas
untuk anak auntie Khairul Zairie
sebab dia suka nyanyi lagu2
Hattan, Amy Search dan Awie





Tajuk/Lirik Lagu: Mahligai Syahdu
Penyanyi: Hattan
Kita bertemu kali ini untuk apa
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara
Luka yang lama belum dapat aku sembuh
Masih berdarah mengeruhkan warna hidupku
Namun jika kau datang ini
Untuk mengilapkan cermin kasih
Pastiku sambutmu dengan mesra
Mungkin jua akukan terlupa
Peristiwa pahit mencengkam jiwa
Tak ingin aku ke sana
Bersama kasih kita leburkan rantai
Yang membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku sentiasa menunggu
Di pintu gerbang mahligai syahdu



Satu lagi dari Hattan - Memburu Rindu






Tajuk/Lirik Lagu: Memburu Rindu
Penyanyi: Hattan

Kemanakah hatimu kala aku
Menanti kata cinta
Mengalir air mata
Kala sepi tiba

Terasakah langkahmu makin laju
Melangkah batas rindu
Dan aku pun memburu
Mentari yang jauh

Berikanlah masa untukku
Mendendang kasih dalam syahdu
Tidak terhenti pilu di dadaku
Terlepas bayangmu

Ku genggam angin semalam
Ku simpan jadi nyanyian
Ku peluk bayang hitamku
Menjadi kamus mimpiku



Selamat Berhujung Minggu semua..

8 comments:

  1. Dua dua lagu ni pernah menjadi hits satu masa dulu, alahai sedih pulak saya bila mengenangkan nasib Ayol. Orang nya sentiasa tersenyum walau diri dilanda derita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sharifah,

      Haah, akak suka 'memburu rindu'.

      Khairul lelaki, okay ajer, ada keluarga yang penyayang, we will paint his life with rainbow..with happy endings. InshaAllahhhh

      Delete
  2. saya paling suka rangkap akhir lagu memburu rindu,sangat puitis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Norhaizan,

      Haah..auntie pun suka kat situ..hik3x

      Delete
  3. Lagu best... Wah. X sangka khairul pandai nyanyi yer.. Mesti best kalau dpt dgr.. Rakam la aunty.. Nak dgr gak.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      Huishhhh..nak rakam, entah bila lah pulak..

      Delete
  4. wow...
    sorenya bagai hattan...
    best tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rahmah,

      Memang dia boleh 'tarik sore' akak tergaman dan terpegun dengan kebolehannya..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...