THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Sunday, October 14, 2012

Hari Ini Nak Ke Seremban Pula

Subuh auntie pukul 6:20 pagi terjaga
Lepas tu tak henti2 di dapur
Goring karipap dan keria untuk sarapan
Masak ayam karipulay dan tomyam sayur campur
tanak nasi 2 pot untuk makan tengah hari nanti.
Auntie bancuh satu sachet collagen ephyra
inject insulin, minum ephyra dan
makan sebiji karipap dan sebiji keria
Alhamdulillah..

Ohhh..auntie bukan nak promote ephyra
anak auntie menjual ephyra ni dah 9 bulan
yang lalu tapi auntie tidak lansung tergerak
nak minum tapi 10 hari yang lalu, auntie cuba
Wallahhhh...hebat rupanya ephyra
sebagai pesakit kencing manis, auntie ada
masaalah kulit kering di jari dan kaki..
dalam masa tiga hari kulit2 kering tu hilang
auntie memang heran, macam magik pulak..
Dah tuh bila umur macam auntie, penjagaan kulit muka
auntie guna Tabita dah hampir setahun, mengurangkan
garis2 penuaan..hik3x tapi kesan age spot sebelah kiri
tak hilang habis, masih ada kesan.
Bila minum ephyra, warna nya makin cerah.
Auntie soooo happy..
Alhamdulillah..

Dengan ikhlas, auntie sarankan cubalah
Keterampilan wanita dengan kulit yang cantik akan terselah
bila penjagaan kulit luaran dan dalaman dipraktikkan
Jangan lupa juga
Wanita berhati mulia akan lebih menyerlah
kecantikkannya

Badan auntie juga  rasa lebih bertenaga
Sekejap lagi nak gosok baju kemeja 5 helai
dan 2 pasang seluar kerja untuk seminggu
Khairul boleh buat sendiri tapi auntie kesian
nengok dia macam layang2, tak ketahuan
kebelakangan ini..merindui isteri dan anaknya
Dari 6 September yang lalu mereka tidak lagi
berjumpa. Khairul tak balik Melaka dan isteri pula
tak mahu datang ke KL.
Mereka adalah mangsa keadaan,
tersepit atas kehendak ego peribadi.

Berwaspadalah dengan hasutan syaitan yang ingin
menyesatkan manusia. Semoga kita semua dilindungi
dari mempercayai pendusta dan menyebarkan fitnah..


Yang benar tetap benar..
Hukum Allah lah jadi panduan hidup..
Jika kita ingkar maka sesatlah perjalanan..
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui disebalik sesuatu rahsia
Dan setiap perbuatan ada balasan..Dosa dan Pahala
Didunia mungkin tiada saksi, tetapi di Padang Masyhar
seluruh anggota badan yang akan mengaku setiap perbuatan
Setiap berita pasti mengandungi dua kemungkinan iaitu sidq (benar)
atau kizb (dusta). Kadang kala betul dan kadang kadang hanya rekaan semata2.

Sesiapa yang menerima suatu berita, maka wajib keatasnya terlebih dahulu
Tabayyun atau Tathabbut.
Ertinya menyelidiki sampai dimana kesahihan berita itu.
Jika benar,  pakailah, jika bercanggah, tolak lah..


Emm..yea lah, apa2 pun auntie redha dan berserah pada
Allah s.w.t menentukan segala..

Berbalik pada citer auntie
Kenapa auntie nak masak dan gosok baju awal sebabnya
nak menyahut jemputan kahwin di Seremban.
Kata uncle pukul 11 pagi kita bergerak..
Amboiii, target memang awal tapi selalunya  terbabas
contohnya..auntie masih menaip belum start gosok lagi..hik3x

Moga perjalanan auntie selamat pergi dan balik
Selamat berHari Minggu, diluar sana..
Bergembira dan munafaatkan lah masa bersama2 keluarga
kenikmatan hidup yang hanya pinjaman dari Allah
Hidup tidak lama..
entah besok atau lusa
mungkin tak sampai waktu asar hari ni
Hanya Allah s.w.t yang Maha tahu segala..





Doa orang yang teraniaya

Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha
(dlm bahasa kita)
"Ya Allah, mereka ini (sebut nama mereka) zalim pada ku. Aku mohon balasan 
yang setimpal keatas mereka.
Bantulah aku keluar dari kesusahan ini"
Aamiinn




16 comments:

  1. Salam auntie,

    Bagus sgt aunie share doa ni...sebab saya skrng ni pun mengalamai situasi yg sama..telah dianiaya....dianiaya oleh org yg berlagak alim ulama..semua org pndang dia tinggi seperti tinggi martabat..tp cara nak menyampaikan dakwah tidak betul..suka memerli org2 disekeliling dgn post somthing di fbnya.....
    Sy tak bertudung..tp tak semua org yg free hair itu jahat dan jahil mengenai agama....wallahualam...tuhan saja yg tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali,

      Pertama sekali auntie nak ingatkan disini, jangan aniaya diri sendiri.

      Itu dulu, baru fikirkan aniaya dari orang luar.

      Delete
  2. Kebetulan saya pun buat karipap daging dan laksa johor hari ini.

    Alahai khairul tak settle lagi masaalah nya, kesian kat zara tak dapat bermanja dengan papa nya. Orang2 tua yang punya ego anak yang jadi mangsa, zalim betul orang2 yang cuba memisah kan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sharifah

      Sedap laksa johor, semangkuk boleh? hik3x

      Khairul masih bersabar.

      Adakah mereka kisah???

      Delete
  3. byk yg terkandung dalam N3 ni..Hmmm..terima kasih share doa tu...Kadang2 kita tersepit di antara pilihan yg kita sendiri tak tau mana satu yg terbaik buat kita..Hanya Tuhan yg tahu segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hani,

      Merancang adalah pilihan kita, menentukan segala datang dari Allah swt.

      Delete
  4. hi auntie. have a nice day! :)

    ReplyDelete
  5. Suka baca Auntie semakin ceria semakin gembira, dan semakin sembuh dari beberapa kesakikan sebelum ini. Betullah, jika hati kita tenang dan sabar, ceria dapat dilihat di wajah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AA,

      Alhamdulillah..auntie tenang walaupun ujian demi ujian auntie harungi..Auntie sabar dan redha

      Delete
  6. Untie Nani, thanks for the doa. Moga ada jalan penyelesaian terbaik untuk anak untie. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Madam Casper,

      Most welcome dear.
      Mudah2an.

      Delete
  7. Salam. Blog yang menarik. InsyaAllah akan berkunjung lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Kasihilmar,

      TQ and please do

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...