Followers

Monday, October 1, 2012

Hadiah Bulan Oktober

Terima Hadiah dari pembaca blog

Terima semalam melalui anak auntie Peej Burhan
sapa nama? Auntie tak tahu nama dan memang tak kenal
Amat murni hati nya sebab auntie tak kenal dan terbuka
hati dia nak bagi auntie.

Rasa amat2 gembira dan terasa disayangi
Rupa2 dalam diam2 ramai yang menyayangi auntie
Bukan nak eksyen, auntie macam artis tau
terima emails boleh dikata ramai jugalah..

ada yang bagi auntie semangat untuk terus menulis
ada yang mencurahkan isi hatinya terhadap masaalah2
family...
ada yang minta pandangan dan nasihat ttg kehidupan
ada yang minat membaca penulisan auntie
ada yang menganggap auntie seperti ibu nya
ada yang bagi semangat untuk terus menulis
ada yang kata penulisan auntie datang dari hati
bukan hanya perempuan malah ada juga lelaki
Kesemuanya auntie respond walaupun kadang2
lambat, kalau ada yang miss tak berjawab auntie minta
maaf, sebab inbox auntie beratus2, mata pulak
kadang2 boleh terlepas pandang..Maaf yea


Semalam lupa nak tanya siapa nama nya
lepas ni auntie akan tanya Peej
Kalau 'dia' membaca n3 ari ni


Auntie ucapkan ribuan terima kasih
Moga Allah membalas dia dengan rezeki yang murah
kesihatan sihat dan umur yang panjang disamping
family yang tersayang..Aamiin





Cantik kan?
Bila lah nak pakai?
Wahhhh... majlis yang terdekat bila?
Dah tak sabar nak tayang bergaya
dengan tudung warna light turqoise
Aduhai, nak pakai dengan koleksi batu
permata warna biru..
Walahhhh sure syantikkkk dan menawan
Ewahhh.. perasan lebih2 nya nenek ni

Bulan Oktober adalah bulan Hari Jadi auntie
Hari Jadi auntie jarak beberapa hari jer lagi
Hari ini hari pertama dalam bulan Oktober
Ohhhhh...rezeki auntie menerima hadiah awal
pada eve Oktober dari orang yang tidak kenali
Amat terharu....

 Rezeki datang dari mana2
saperti Firman Allah yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 1-3 :



Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini :


-  Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara
-  Menghilangkan keresahan bila di baca waktu resah
-  Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

    Mudah2an dengan izin Allah s.w.t di permudahkan semua  urusan 


15 comments:

  1. Cantiknya abaya itu. Murah rezeki Kak Nanie dan murah juga rezeki pemberi itu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakcik Nur,

      Haah, cantik, Alhamdulillah, moga pemberi tu di rahmati Allah s.w.t

      Delete
  2. sayangggggggggggggggggggg auntie jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shuweet,

      Auntie juga sayang shuweet dan tak lupa pemberian telur terubuk asin tuh..
      Alhamdulillah

      Delete
  3. Alhamdulillah inilah rezeki yg tidak disangka-sangka. Cantik - warnanya pun manis dipandang mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Betul, rezeki semua datang dari Allah s.w.t yang maha pemurah lagi maha penyayang.

      Memang cantik warna nya, sukerrrr sangat.

      Delete
  4. alhamdulillah.. ramai yg syg aunty. walaupun aunty tak terima hadiah dari yg lain2, aunty masih terima doa iringan untuk kesihatan aunty..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mrs Yana,

      Sayu bila yang tak dikenali menyayangi auntie,

      harap2 begitulah mendoakan kesihatan auntie..auntie hanya berdoa pada Allah s.w.t agar kebaikan orang2 yg mendoakan orang lain dibalas dengan rahmatnya.

      Delete
  5. Cantik baju tu kak. Saya pun sayang dan suka dengan akak, saya rasa akak seorang yang sangat ikhlas dan baik, bila berbual bual dengan akak terasa macam saya dah kenal lama dengan akak. Semuga persahabatan kita kekal sehingga akhir hidup kita kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Memang cantik saya suka.

      Ermmm...sharifah dihati saya, moga berkekalanlah persahabatan kita. Sharifah dan suami juga seorang yang baik, tidak sombong dan sentiasa menghulur bantuan rohani pada kawan2.

      Delete
  6. Alhamdulillah, rezeki, walaupun jrang tinggalkan komen Zey tetap and hari2 bukak blog aunty. Suka baca cerita-cerita Aunty, including Peej's blog. Ternanti-nanti cerita-cerita Aunty, sambung la kisah-kisah lama tu Aunty ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hazey,

      Dah lama Hazey tak tinggal komen, terima kasih kerana masih mengikuti blog auntie.

      Kisah2 lama, auntie rasa cerita yang lapuk, sebab mungkin sudah ketinggalan zaman pada pembaca, tapi pada auntie aper yang auntie lalui dalam hidup dari dulu hingga hari ni, adalah perjalanan yang amat bermakna dengan bermacam2 ujian.
      Itulah sebabnya nama blog auntie Values of Life..amat berharga.

      Delete
  7. Rezeki jangan ditolak musuh pulak jangan di cari. Syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. Salam unti, we share the same birth-month..
    I just celebrated mine today..
    Happy birthday in advance..
    Moga yg terbaik utk unti sefamili..

    ReplyDelete
  9. Cantik.
    Saya wish Happy birthday pada auntie..
    Walau tak tau specific datenya ^__^
    Semoga sentiasa sihat dan happy selalu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...