THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, October 19, 2012

Cincai2 dan Kucai

Sumber googles makna cincai

There is no word in BM that can replace the word cincai, even the ... UK do not accept this as English, because no such word in English

Cincai bermaksud tidak teratur , mengambil mudah , ataupun membuat sesuatu dengan sambil lewa. ... 
(asal perkataan tidak pasti)

Perbendaharaan kata Bahasa Melayu Sabah dan ada yang
dikatakan berasal dari Bahasa Hokkien

Ishhhh...
Dari kecil yang auntie faham cincai bermaksud ambil mudah..
so hari ni auntie masak cincai2..

Jom tengok masakkan cincai auntie

Uncle beli kucai, tahu dan fish ball semalam
Taugeh tak beli maka jadilah sup

 Sup kucai + fish ball+tahu


 Ikan siakap goreng

Malas nak buat sweet sour
auntie masak goreng sambal ajer


Lada hidup dan lada kering
 +bawang besar+bawang kecil+asam keping



Auntie googles khasiat kucai..
sebab auntie suka kucai dan tahu







Pelbagai khasiat perubatan

Masyarakat Roman mempercayai bahawa kucai mampu melegakan sakit tekak dan selaran matahari. Namun itu bukan sahaja kebaikan kucai. Jangan terkejut apabila mengetahui bahawa kucai mampu melegakan kesakitan perut, melindungi diri daripada penyakit jangung dan strok, dan juga mampu membantu tubuh menentang bakeria yang menyebabkan penyakit. Kucai juga bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, khususnya untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Selain daripada itu, herba ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh mencerna lemak.

Ciri-ciri ubatan kucai berbeza sebagaimana ia digunakan di dapur. Kucai merangsang selera makan. Selain itu ia dikatakan boleh membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau.

Jika digabungkan dengan diet rendah garam, ia dikatakan mampu membantu merendahkan tekanan darah tinggi. Selain itu, kucai juga memiliki kesan diuretik ringan dan juga ciri-ciri antibakteria.

Ejen antiseptik

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekaligus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi. Cara ini amat berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.

Mencegah selsema dan ejen ekspektoran

Kandungan vitamin C dalam kucai dikatakan mampu mencegah selesema. Ia juga berupaya mempercepatkan penyembuhan jika selesema terbentuk, dengan cara membantu tubuh mengeluarkan mukus. Ini adalah sebatian sulfur dalam kucai adalah ekspektoran (perembes kahak) semulajadi.

Sekat pertumbuhan tumor

Penyelidikan saintifik ada menunjukkan bahawa kucai mampu merangsang tubuh mencerna lemak. Pengambilan kucai secara kerap mampu membantu merendahkan tahap kolesterol dalam darah.

Mengurangkan risiko kanser

Kajian juga telah menunjukkan bahawa pengambilan tinggi sayuran allium dengan pengurangan risiko bebrapa jenis kanser. Sebatian organosulfur yang terkandung dalam kucai menyekat pertumbuhan tumor dan perkembangbiakan sel dan membantutkan kitaran sel dan sel-sel tumor. Sayuran allium, termasuk kucai, mempunyai kesan perlindungan menentang kaser esofagus dan perut dan juga prostat.

Membantu penglihatan dan kesihatan kulit

Kucai juga memiliki sumber baik beta karotena yang dikatakan mampu membantu memperbaiki penglihatan mata dan membersihkan akne. Ini bermakna kucai adalah sayur terbaik untuk kulit bersinar. Untuk mendapatkan kebaikan ubatan daripada kucai, anda sepatutnya tidak memasak atau memanaskan daun kucai kerana cara ini akan menghilangkan vitamin C yang bernilai serta ciri-ciri pencernaannya.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan dan kegunaan kucai, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




21 comments:

  1. Ella pun suka kucai. Best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ella,

      Sedapkan kucai, nak buat cekodok udang dan kucai
      petang ni..hik3x

      Delete
  2. terima kasih Aunty siap kongsi info :)

    ReplyDelete
  3. Tadi saya beli bebola daging, ingat balik nanti nak buat sup je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakcik,

      Bebola daging pun sedap buat sup tapi akak jarang beli

      Delete
  4. dapat merasakan kesedapan sup bebola and ikan siakap goreng tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NP,

      Biasa2 ajer hidangan auntie tapi menghirup2 anak2 auntie sup bebola ikan tu. hik3x

      Delete
  5. Kakak suka goreng beehoon campur kucai sedap.
    Bebola ikan buat sup sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakzakie,

      Kucai dengan kuey teow pun sedap kan?

      Delete
  6. auntie,

    Cincai-cincai pun dah menarik selera hujan-hujan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Huda,

      Tulah cincai2 pun habis juga dimakan..Alhamdulillah

      Delete
  7. as salam,

    hmm, banyak khasiat kucai..saya biasa buh dalam cucur udang jer,sedapp :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Tihara,

      Ribuan terima kasih buat Tihara sebab follow blog auntie.
      Tahu tak auntie tertunggu2 siapakah yang akan menduduki nombor 777 sebagai follower, rupa2 Tiharalah orangnya.
      Banyak yang tersirat dengan angka 7, auntie pernah buat n3.

      Delete
  8. kak nani..
    saya memang suka masak cincai2 dan kucai..
    jika goreng mee kasar mahupun mee hoon tentu saya akan letak kucai dan taugeh... Dah jika buat cucur udang pun mesti ada gandingan kucai dan taugeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rahmah,

      hehehehehe kalau boleh memang nak cincai2 hari2 bila mengadap untuk masak harian tapi kesian lah pulak, penat pun tak apa, janji suami dan anak2 suka dan puas makan dirumah.

      Delete
  9. salam kak Nani...

    saya baru sebut perkataan cincai kepada acik erna masa menjawab komennya tadi, bila masuk sini pun ada perkataan ni hehehe..

    saya pun suka kucai..goreng ngan tauge sedap, tak sangka pulak kucai ada banyak khasiat ya...termasuk melegakan senggugut....sampai sekarang saya masih kena senggugut tapi ...rasanya nak minum jus daun kucai tu tak sanggup kot hihihi...aduhai...

    timekasih kak Nani atas post dan info ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Queenie,

      Tulah, auntie sekarang suka googles khasiat2 makanan, sekurang2 nya tahu apa yang baik untuk keluarga.

      Cincai bohcai, pernah dengar tak? hik2x

      Delete
  10. yg simple la best n sedap auntie..

    suami saya suka sgt kucai..kalau buat bihun grg..koteow msti melambak..kalah sawi..

    ReplyDelete
  11. Salam Qaseh,

    Oh yea ker, serupa lah auntie kat rumah ni

    ReplyDelete
  12. Selama ni hanya tau makan kucai je, bila akak tulis tentang khasiat nya barulah saya tau...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...