Followers

Tuesday, October 2, 2012

Betul Kata Hati

Kenduri kawin lagi..

Sabtu dua jemputan kenduri
Satu sedara dan satu lagi kawan di facebook

Pukul 12:30 tgh bergerak ke Bandar Tun Hussein Onn
Tak pernah sampai ketempat tu
Development masih belum pesat
Banyak lagi tanah untuk di bangunkan

Auntie lah yang selalunya pegang kad jemputan
Auntie akan direct uncle maner nak belok
Uncle tak sesat cuma tercari2 nama jalan
Ada dua tiga kenduri sebelum sampai
ke alamat yang tertera di kad jemputan
Ishhhh..kalau tak tengok betul2, mahu
termasuk khemah orang..

Sebenarnya auntie tak berapa rapat dengan
mereka,  berjumpa pun masa dikenduri2
sedara mara, kenduri anak auntie yang baru
lepas masa kawin peeja, mereka hadir

Mereka tidak ada pertalian darah dgn auntie...
Tak reti nak explain lah..
Ermmm...auntie cuba yea
Adik perempuan abah (Arwah Rafeah)
suaminya  (Arwah Ahmad)
dapat 4 orang anak lelaki, mereka adalah
sepupu dengan auntie,
Sesudah Rafeah meninggal, Ahmad pula
berkahwin dengan isteri baru (Arwah Naemah)
dapat anak 8 orang...
Jadi nya, auntie tidak ada pertalian darah kan dengan
yang 8 orang ni?
Jadinya 8 orang ni nak panggil aper????..Siapa tahu??

Walaubagaimana pun kami berkawan masa kecil2 dulu
di Kampung Baru, mereka di Jalan Watson
dan auntie di Jalan Hamzah...

Majlis kenduri buat dirumah..memang parking bermasaalah
tapi rezeki auntie selalunya baik, ada ajer kereta keluar
so dapatlah parking kereta dekat rumah sikit
Terhoyong hayang berjalan dipimpin oleh uncle
Rupa2nya rombongan pengantin lelaki baru nak sampai
Terhenti kat situ dulu, auntie minta uncle tolong
ambilkan gambar..

 Tema Purple

 Yang baju kotak2 tuh salah seorangsepupu auntie 
dari empat beradik tu 

Uncle dan auntie disambut masuk dalam khemah
Auntie minta uncle tolong ambilkan gambar pengantin
perempuan sedang bersiap untuk menyambut pengantin lelaki

 aduhai, uncle tak boleh harap, 
ambil gambar dari belakang


 Pengantin lelaki tinggi orangnya, 
macam menantu auntie..hik3x

 Sepasang pengantin baru



Pengapit Mak Dara ker? 
Bukan kah sepatutnya anak dara..hik3x


Flower girl, ada dua orang, 
Ishhh... dah tak sabar nak makan kot uncle nih...



Nampak tak ada seorang lelaki perform one man show?
Alunan lagu2 memang tiada kesan untuk auntie
walaupun speaker disebelah auntie..hik3x


 Yang baju belang tuh, 
sepupu auntie yang tertua dari empat beradik tuh


Hah..perempuan yang bertudung hijau tu, 
adik sepupu auntie dari emak lain


Lauk pauk yang di hidangkan
Rendang daging super sedap,
sambal sotong kering, ayam masak merah dan
dhal yang hanya tinggal kuah, isi dah habis kata uncle
mungkin belum ditopped up oleh katerer kot..
sebab masih awal lagi, tak mungkin habis
Air sirap, buah limau, tapai pulut dan bubur kacang..


 Makan beradap

 Tudung bawal yang lembik, result jadi senget benget...menyampah auntie
uncle dah warning dah jangan pakai tudung bawal tapi auntie degil


 Tulah hasil nya...

Minta diri sebab dah nak gi kenduri kat Semenyih pula
Kenduri kawin,  kawan siber auntie di facebook

Sampai di Semenyih, tak jumpa rumah..
huhuhu..memang tak jumpa langsung taman yang tertera
di kad jemputan Taman Semenyih Indah..
macam2 taman jumpa sampai kelangit auntie harung
hahahaha Taman Pelangi..
bila dah tak jumpa uncle kata dah dekat habis
waktu undangan..
cancel ajer, uncle tak mahu jadi tetamu tak ikut
waktu undangan...
Maaf yea Nadia, auntie hampir sampai tapi
tak kesampaian..auntie hampa
Aper2 pun auntie ucapkan
Selamat Pengantin Baru

tekakkkkk auntie haus, singgah kat Petronas
uncle gi buang air, auntie minta tolong belikan
Nescafe latte sejuk dalam tin...
Dua tiga sedut..habissssss..

Terus balik ikut Highway Lekas
terjumpa lori yang membawa anak kuda
comel sangat..


 Selalunya dulu2 kuda tak naik lori cam gini
Ada lori yang berdinding dan bertutup hanya
ada tingkap louvers untuk udara masuk


Auntie terfikir juga kalau hujan sian kuda2 tu kesejukkan...
Betul kata hati auntie...memang hujan lebat sepanjang jalan
selepas itu..huhuhuhu
kesian..



Ini di Tol


Uncle ambil lane bayar tunai kat tol
Uncle berkhayal kot..
Punya lah panjang dan berderet2 kerete que

Auntie tanya uncle kenapa lane nih?
Kenapa? kata uncle
Ni lane 'tunai' lah..kita kan ada touch and go
Uncle tersenyum terus tukar lane..
Ishhhh...kosong ajer lane tuh..
heheheheheheh

Ada kenduri lagi dalam masa 2 minggu akan datang..


34 comments:

  1. Aunty tetap manis dan cantik w.pun tudung tu terkelepot...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Siti,

      hihihihi tudung kelepot..
      Terima Kasih, manis auntie sebab banyak gula dalam badan..hahahha sampai diebetes tuh..

      Delete
  2. Cantik pasangan pengantin saudara bau2 bacang boleh tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sekali lagi,

      Haah, auntie lupalah pulak 'bau bacang' sebab bacang jarang jumpa, asyiklah berdurian ajer kebelakangan nih..hik3x

      Delete
    2. Aunty u r so kelakar! Hihihi

      Delete
  3. Saya rasa mereka yang 8 orang itu dikira Sepupu Tiri. Tetap sedara la juga.

    Penat kan kalu cari cari rumah kenduri tak jumpa-jumpa. Kira uncle Borhan masih sabar. Kalu husband saya, sejam cari gerenti pusing balik! hehehehe

    Tudung Bawal dah popular balik la Auntie. Terus jer pakai, tapi mungkin kena kemaskan lagi supaya tak senget lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AA,

      Ohhhh...cam gitu yea!

      Uncle memang penyabar Azie, selalunya auntie yang tak sabar tapi bila dah lama kawin, auntie ikut perangai uncle.

      Tulah, tudung2 bawal tuh, auntie pakai masa kerja dulu.
      Sebelum pakai kena 'urut' dulu, tu yang malas tuhh..hik3x

      Memang dah nekat tak nak beli tudung lagi bila fesyen berulang.



      Delete
  4. pengapit memang kene anak dara ke auntie? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam gB,

      Pengapit kalau dulu2, memang orang2 tua sebabnya orang tua ada ilmu pendinding, kalau ada benda2 yg tak elok, dia orang boleh tahu.

      Itu dulu lahhh tapi sekarang ramai yang suka guna gadis2 yang belum kawin sebab pengapit selalunya akan dipandang selepas pengantin, jadi sesiapa yang berkenan jika kosong boleh lah masuk meminang..hik3x

      Delete
    2. begitu..ni first time saya tau pasal pengapit dulu dulu... thanks auntie! :)

      Delete
  5. tersengih-sengih saya baca entri auntie ni ngeh ngeh ngeh

    "Macam-macam Adaaaaa"

    Rajin auntie bergambar bagai, uncle pun sporting ek!

    ReplyDelete
  6. Salam Maryati,

    Masa auntie menaip, memang auntie tersengih-sengih, tak sangka pulak pembaca pun boleh tersengeh..Aduhai..hik3x

    Aiseyyy..Maryati baru baca blog auntie ker?..hik3x auntie kalau menulis, kadang kala buat orang sebak pun ada tau..huhuhuhuhu

    Uncle memang jadi official photog tanpa bayaran untuk blog auntie....hahahahahaha




    ReplyDelete
  7. Rajin jugak uncle Borhan snap gambor, kalau laki saya jangan harap!
    petua dari anak dara sunti saya supaya awning tudung bawal tak terkelepot...sapukan lilin pada kain tudung tu(bahagian depan saja)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norhaizan,

      hik3 uncle memang tumpang suka kalau gambar2 yang dia ambil, auntie publised dlm n3.

      Ohhhh...gitu ker, tapi cara nak lilin kan macam maner?

      Delete
  8. As salam kak...takleh panggil auntie sbb sy pun bukan muda lagi. Tergelak baca n3 kak....sempoiii betul tengok tudung bawal yg lembik jd senget benget namun kak tetap nampak cun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam kembali Zie,

      Ohhh yea ker, tak per dah terbiasa panggil gelaran auntie dalam blog sbb ramai pembaca dan followers adalah pangkat anak2 pada saya.

      hehehehehehe..tulah, dulu2 kemain lagi, kalau pakai tudung bawal lilit leherlah, lilit kepalalah, melintanglah..bagai2 cara, ermmm sekarang dah tak per dah, tak sapa nak nengok dahhhh..hik3x



      Delete
  9. Mereka berlapan tu kira saudara tiri kak Nanie lah, alhamdulillah walaupun hubungan sebagai saudara tiri akak dapat juga menghadir kan diri walaupun tak sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Akak memang suka menghadiri majlis kawin, pertama dapat jumpa sedara mara, kedua kalau majlis kawan, dapat bertemu kawan2 lama, ketiga ambil berkat rezeki lauk pauk rumah kenduri.

      InshaAllah jika badan sihat akak jarang tak hadir kalau dijemput.

      Delete
  10. salam auntie, xpe.......
    nadia faham.. ape pun, terima kasih atas doa auntie ye..
    ade rezeki laen kali, kite berjumpa ye ;)
    sampai kan salam nadia pada uncle :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Nadia,

      Selamat Pengantin Baruuuuuuu...
      InshaAllah, nanti kita bertemu jika diizin Allah swt.
      Auntie baru sampaikan salam nadia pada uncle.

      Delete
  11. Assalamu'alaikum Kak Nanie.

    Happy birthday, semoga dalam rahmat Ilahi sentiasa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Terima Kasih Kakcik Nur..

      Delete
  12. saya stay kat tmn semenyih indah. mmg ada wedding hari sabtu. dekat je dgn rumah saya. tmn ni memang masuk ke dalam auntie. dlu 1st time masuk sini, macam scary je rasa. kalau ikut highway lekas exit semenyih. dlm 10 minit je dari tol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zara,

      Oh yea ker?, Tulah auntie x biasa area tuh, jadi auntie dan uncle sesat2..

      Delete
  13. Salam kaknanie,
    Tudung senget kelepet pun tetap cun... kalau sihat boleh jadi pengapit pengantin...

    Kelakar tengok gambaq abangBob ambik.. kalau belakang pengantin ok gak, ni belakang sapa la agaknya...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali makchaq,

      heheheheheh payahlah auntie nak jadi pengapit, pengantin pula yang kena apit dan pimpin auntie..hik3x

      Tulah pasal, mesti dia dah lapar tuh, main snap sesuka hati janji ada gambar..Ishhh

      Delete
  14. Auntie...lame dah tak tegur Auntie...neem nak share ngan Auntie ni, tudung bawal cantik and selesa kalau pakai tapi selalunya susah sangat nak buat dia terletak and tak lembik specially kat 'awning'...selalunya orang pakai lilin tapi leceh kan, auntie boleh cuba beli Fabulon ironing aid yang dalam tin tu tapi make sure auntie amik yang Fabulon with starch...jangan amik yang without...yang penting kena ada starch...bila nak iron tudung bawal, auntie bukak tudung tu, then sembur Fabulon tu kat kawasan tengah je, make sure kat center je, diameter sebesar bola sepak ke..hehehe...pastu auntie lipat dua, there will be two side of it kan, auntie gosok both sides then baru auntie bukak and iron line kat tengah je bagi hilang...cepat & senang and tudung tu bila auntie lipat nak pakai cantik terletak je...auntie bukak nak solat ke ape, pakai balik selagi tak kena air, cantik je tudung tu...nanti auntie cuba ke...nak share gambar pun tak tahu camane...neem tak jadi lagi kawan auntie kat FB...will do soon...untuk pengetahuan auntie, everyday to work neem pakai tudung bawal, cuba juga nak pakai tudung 'awning' keras tu tapi macam tak sesuai laa, nanti auntie cuba yee pastu share dengan neem...lv u auntie...mmmmuaaahhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Qneem,

      Wahhhh..lepas nih, auntie akan buat aper yang diajar disini.
      Thank You so much
      Love you too...

      Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

      Delete
  15. Untie Semnyih Indah rasanya area sebelum pekan je, kalau dah sampai Pelangi Semenyih tu macam nak makan kenduri di Seremban jer...hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      heheheheh tulah pasal Taman Pelangi dah sampai Rincing kalau tak silap.

      Delete
  16. assalam auntie..

    tudung bawal dah kembali dah .. eheh kelepet ke tetap gak cantik..
    hahaha kalau taknak kelepet..masa iron spray guna yg dlm botol easy on tu.. haa.. nanti keras sikit la senang bentuk :)

    btw,lauk kenduri tu nampak sangat sedap dan enak auntie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Mrs Sheikh,

      Aah, tudung bawal dah trend balik.
      Tulah, nanti nak cuba gosok dan keraskan bahagian depan tuh..

      Delete
  17. kalau pakai tudung bawal tu rasa macam nak pin atau gam di kepala je kan. biar tak gerak.


    tapi tudung bawal still trend hingga kini. nampak ayu dan mellow bila pakai tudung ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam DrNotts,

      heheheheheh betullah, saya rase pun cam gitu, nak gam ajer. Bila kena tiup angin kelepek kelepot bahagian depan, comot jer nampak..hik3x

      Saya suka tudung bawal sebab tak panas bila pakai

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...