Followers

Friday, October 5, 2012

Bantal Peluk



Rumah auntie mesti ada bantal peluk sorang satu,
mengapa?
Dengan memeluk bantal peluk, sesaorang tidak mungkin akan tidur menangkup
Jika anak auntie tertidur menangkup, auntie campakkan bantal peluk, terus tangkap
dan mengiring sambung tidur..hik3x
Senang kan..
So kalau yang tidak ada bantal peluk untuk diri dan anak2
shoppinglah hujung minggu ni, beli lah bantal peluk hik3x
Bacalah cara2 tidur yang terbaik untuk diri kita, suami, isteri dan anak2..
Auntie dah tahu lama dah..tapi mungkin bukan semua tahu..

Diriwayatkan daripiada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)


Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap
~ Dr Zafir al-Attar berkata:


"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "


~ Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang
~ Dr Zafir al-Attar berkata:


Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri
~ Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri.

Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik
~ Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan.
Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.


***********************





23 comments:

  1. mama suya pun selalu pesan suruh mengiring kanan... btw auntie, thanks perkongsian ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam suya,

      Alhamdulillah, suya dah tahu

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Kak Nanie.

    Terima kasih untuk perkongsian ini.

    Selamat hari ulangtahun kelahiran, semoga Allah terus memberkati kehidupan Kak Nanie sekeluarga dengan rahmat dan kasih sayangNya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabaratuh,

      Sama2. Terima Kasih atas ucapan dan doa kakcik.

      Aamiinn

      Delete
  3. terima kasih untuk info ni Aunty, tapi macam mana dengan bayi yang tidur nya telangkup dengan alasan tak mahu bayi tidur menelentang risau terkejut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mrs Yana,

      Tulah, ibu2 sekarang banyak expose dengan buku2 omputih, tidur menangkupkan bayi, kononnya kepala jadi bulat dan cantik tapi tak hiraukan pesanan rasullullah s.a.w, entahlahhhh..
      Bayi yang tidur telentang selalunya kita buh lipatan selimut, lipatan tuala atau bantal kecil atas dada. Itu yang auntie buat dulu2..

      Delete
  4. Assalamualaikum auntie....interesting entry...tido mengiring kekanan sambil memeluk bantal is always my fav sleep position...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh Shuweet,

      Alhamdulillah..keep it up

      Delete
  5. Kedudukan organ yg diciptakan Allah dan ironi cara tidur yg terbaik diberikan amat nyata segalanya telah dirancang dgn baik sekali..

    Kakak pun suka peluk bantal peluk syok hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Itulah, macam2 pesanan dr sudut islam, cuma kita kurang mahu mendalami..

      Saya tak de bantal peluk, boleh tidur tapi tak syok/nyaman..hik3x

      Delete
  6. Selamat Hari Jadi Auntie Syg ^_____^, Semoga Hidup Sentiasa Diberkati Allah, Dimurahkan Rezeki, Diberi Kesihatan yg Baik & Hepi2 Selalu, amin. Muahhhhhhhhhhhh!!

    -kt rumah Ai, semua ada bantal busuk memasing ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ai,

      Tq atas ucapan dan doa..Aamiin

      heheheheh Dah besar2 pun ada bantal busuk?

      Delete
  7. Kak nani..
    Sya tak berpeluang nak peluk bantal peluk sebab aisya mesti buang bantal peluk dan suruh peluk dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rahmah,

      Wahhh..seronoklah ada aisya nak dipeluk, anak2 akak semua dah besar2,..hik3x

      Delete
  8. aunty, thanks for sharing..:)

    jom jenguk dress kat on9 shop saya...
    ~SALE!!~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dda Ly,

      Most welcome, nanti2 auntie jenjalan jengok yea..InshaAllah

      Delete
  9. tq for the info auntie..saya pun tdo kena ada bantal peluk.. laki bini kena ada sorang satu.. atas katil saya ada 7 bantal. pelbagai jenis dan saiz. hahaha.. kekadang bangun pagi.. ada yg dah bergelimpangan atas lantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      Most welcome dear,
      Wahhh..7 bantal? Careful nanti ada yang nak tumpang tido..hik3x auntie bergurau ajer..

      Delete
  10. Kak terima kaseh untuk info ini, saya dan shamsul tak menggunak kan bantal peluk sebab kami sentiasa tidur berpeluk antara sama lain dah terbiasa sejak dari muda lagi, tapi bantal peluk sentiasa ada disebelah saya dan juga shamsul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Amboi berpeluk pelukkan yea..Akak pulak tak leh rimas, tak lena jawabnya..bantal peluk juga mesti akak peluk sebelum terlena..

      Delete
  11. betul kan auntie... tapi musykil jugak sebab orang salu suruh baby tido meniarap.. elok kata dia org..... tp saya memang tahu cara tidur meniarap tu dilarang dalam islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rokayah,

      Tulah pasal, terikut2 cara yahudi/omputih tapi saranan Rasullullah s.a.w diabaikan..Ishhhh Nauzubillahh

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...