THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, October 25, 2012

Amboi awal nya..

Dari Jauh kat meja makan nampak
macam list dan pen
Dalam hati aper benda tuh?
Auntie hampiri list tu..
Ishhhh list barang2 basah
Uncle selalunya bila nak Hraya dia
akan membeli barang2 basah kat pasar

Ini mesti list barang2
persediaan untuk Hari Raya Adha pada 26/10/12..
Amboi2, seawal 23haribulan dah masuk kepala
nak makan aper lah tu..hik3x

List barang2 tu tanpa berapa
banyak yang patut dibeli
Jadi, auntie kenalah isikan berapa banyak
nak di beli..

Tapi auntie biarkan list tu atas meja beberapa hari tak berusik
sebab belum ada hati nak memikir ttg masak2 lagi..

Sehinggalah lepas solat subuh pagi tadi,
uncle dah bersiap2 pakai cap dan bertanya

"kenapa tak siapkan list lagi?..
I nak ke pasar nih"...kata nya

"La gelap lagi kat luar tu"..kata auntie
Tak per, I nak pergi awal..kata uncle
Berapa daging? Berapa Ayam? tanya uncle

Tok sah beli banyak2, dalam peti sejuk pun ada
lagi barang2.
Beli daging batang pinang 2 kilo, ayam sekor
udah lah" kata auntie

Uncle terus pergi..




Tulisan uncle..
Atas envelope pun jadi list dia..hik3x


Auntie...hik3x sambung tido
tarik bantal, terus terlelap kepenatan
(nanti auntie citer kenapa penat dilain n3)

Auntie tersedar, uncle dah tertido sebelah auntie
Bila dia balik? boleh auntie tak sedar
Auntie terus kedapur bertujuan nak tengok
apa yang uncle dah beli
dalam sinki dah ada daging dan limpa
dalam peti sejuk tak jenguk lagi
nanti2lah..



Nak buat rendang, limpa ni


2 kilo batang pinang

Alahai..terus auntie hiris2 daging..
Limpa auntie malas nak sambung sebab berdiri dah lama
terasa kebas kaki auntie
Kejap2 lagi auntie buatlah..

Cadang nak buat
Nasi Impit
Sambal Daging (signiture dish auntie) hik3x
Rendang Limpa
Lodeh
Kuah Kacang..

Itu hanya cadangan..
Jika auntie laratlah...baru boleh menjadi, 
kalau tidak kita anak beranak beraya makan roti..
atau tempah meja di KLcc..
hik3x


16 comments:

  1. sweet nye lah uncle ni.. my hubs kalau saya tak ikut memang dia tak reti la nak beli barang-barang tu semua. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cikpuanmuda,

      hehehehehehe uncle memang dah pandai pergi beli barang2 dapur sejak auntie jatuh sakit empat tahun yang lalu

      Delete
  2. Salam dan selamat hari raya aidil adha kak nani...
    Sedap cadangan juadah raya kak nani...
    malam tadi memang dah siap penuh atas meja tu..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Rahmah,

      Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk Rahmah sekeluarga juga.

      Akak masak rendang ajer petang tadi, lain2nya esok pagi2 lepas subuh, kelentang keluntunglah..hik3x

      Delete
  3. banyak nya menu,..ajaklah2 anak2 perempuan Aunty tolong. seronok masak ramai2. kecoh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mrs Yana,

      Aduhai, mana sorang dah kawin, sorang lagi kerja
      Auntie adap sorang2 ler jawab nya

      Delete
  4. lupa nak ucap, SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA ye Aunty Nanie. Sampaikan juga pada Uncle Borhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Adha juga buat Mrs Yana and family

      Delete
  5. AUNTIE, silent reader auntie and peeja..selalu baca ttg sambal daging auntie..teringin gk nak rasa..auntie bg la resepi sy nak cuba buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yana,

      Recepi sambal daging tuh ada, cuh selongkar n3 lama2 peeja atau auntie.

      Delete
  6. Selamat memasak aunty... mesti sodap tu !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Deceptive,

      Sodap atau tidak, tetap habis..hik3x

      Delete
  7. Aina masih kat opis lagi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Ishhh...boss tak bagi half day ker..kijam betui

      Delete
  8. Kak senasib lah kita masak sorang2 di dapur, wan tak dapat tolong sebab masih di office lagi.

    Shamsul nak makan nasi beriani so kita sedang bersilat kat dapur ni siap kan apa yang perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sharifah,

      Cepat cari menantu yang boleh kedapur..hik3x

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...