THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, September 21, 2012

Untuk Kita2 Para Isteri2



Sedutan dari Mr Googles untuk kita2 para isteri

terutama anak2 perempuan ku dan menantu perempuan ku
  *********************************************************

TANDA2 ISTERI DERHAKA

Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:


"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:


Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."


Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)


Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)


Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.


seperti di dalam hadis ini:
Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!” 



Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban) 

Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan. 

Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar). 



Kebanyakan isteri telah lupa atau alfa, dengan tingkah lakunya terhadap suaminya. Mungkin bagi seorang suami terpaksalah mengalah, tetapi sekiranya hati suami terguris walau sedikit sebesar zarah pon dia tidak menunjukkan dengan memek mukanya , tidak berkata dengan lidahnya. Maka azab api nerakalah bagi si isteri ..Berdosa. Ucapan terima kasih perlulah ada di tujukan kepada suami bagi menghargainya , menyenangkan hatinya, atas pemberiannya yang ikhlas kepada isteri tercinta walaupon kecil pemberiannya. Janganlah kamu menidaknya, atau mengabaikan pemberiannya. Kerana pemberiannya adalah satu keikhlasan kasih sayang dia terhadap diri kamu yang di cintainya.



Oleh itu, berterima kasih kepada suami amatlah penting. Ini telah di suruh dari zaman Rasulluah lagi, dan azabnya api neraka bagi isteri yang derhaka, tidak taat pada suami dan tidak berterima kasih kepada suaminya.
Apa yang perlu di buat adalah seorang isteri hendaklah taat pada suami dan jadilah isteri yang solehah.



Mudah saja,  untuk masuk syurga bagi seorang isteri adalah ;

1. Taat pada SUAMI , ikut dan buat apa yang di suruh nya selagi tidak bercanggah ngan syariah agama.
2. Melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.

3. Menjaga amalannya, tingkah lakunya dan sikapnya.



Perlu dan wajib tahu 

Anak perempuan bila dah berkahwin bukan lagi hak ibubapanya sebaliknya dah berpindah menjadi milik suami dan ibu bapa mertuanya

Berbeza pula

Anak lelaki walaupun dah berkahwin hatta bercucu cicit sekali pun, tanggung jawapnya terhadap ibu bapanya tidak pernah lupus tarikhnya...

Muliakan lah mertua, terutama ibu mertua, sesaorang anak perempuan bila sudah berkahwin dan seorang isteri perlu mengutamakan ibu mertua berbanding ibu sendiri. Bukan untuk menafikan hak ibu yang melahirkan tapi memuliakan mertua akan memudahkan tanggung jawab suami terhadap ibu bapa nya.

Apabila seorang isteri memuliakan ibu bapa mertuanya, mudahlah suami meneruskan tanggung jawabnya terhadap ibu bapanya








16 comments:

  1. Tazkirah jumaat yg terbaik buat kita para isteri auntie. Kakak amat menghargainya dan betul perkara ini perlu diulang-ulang selalu sebagai peringatan manusia yg selalu mendapat hasutan dan godaan syaitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Tulah, untuk kita yang bergelar isteri, mudah2an jadi peringatan dan kita tidak tergolong menjadi isteri yang derhaka

      Delete
  2. salam auntie...mohon share yea.....saya copy entry auntie ni....info yg sangat2 berguna....tq....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali maroses,

      Silakan lah

      Delete
  3. Assalamualaikum...Tazkirah yang sangat bagus..thanks Auntie for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh shuweet,

      Most welcome dear

      Delete
  4. Terima kaseh dengan peringatan ini, semuga saya tidak menjadi isteri yang derhaka terhadap suami, insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Salam Sharifah,

    InshaAllah..dan doa kita juga supaya isteri2 diluar pelihara akan status2 mereka juga.

    ReplyDelete
  6. Aunty bila sya sendirian kan teringat perangai sya masa hilang sabar marah marah sedih rasanya menyesal sangat lg pulak duduk berjauhan ni takut rasanya tergolong dlm golongan isteri derhaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Siti,

      Kita kan manusia biasa, itu dulu, dah minta maaf kan? Auntie cam gitu juga, Sekarang dah jaga tertib dgn suami, hik3x

      Delete
  7. tq aunty...walaupun kebanyakan isteri dah tau tapi kita ni manusia yang perlu selalu diingatkan. bile baca ni dapatlah saya bermuhasabah diri tingkah laku saya terhadap suami. ucapan terima kasih tu penting rupenye kadang kita take for granted pemberian suami sebab kita rasa benda tu biasa & memang dah tanggungjawab dia. insyaallah lepas ni akan selalu berterima kasih dengan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dhr,

      Alhamdulillah, n3 auntie dapat munafaatkan kita2 sebagai isteri.

      Delete
  8. Salam aunty, sy share entry ni d fb ye... Sbg ingatan utk diri sendiri.n.kwn2...

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...