THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, September 24, 2012

Tak sihat Ari Ni

Ari ni auntie baring sepanjang hari
Makan pain killer berselang seli dgn panadol
Badan dedar, kepala pening2 lalat
Dalam sakit ditambah dengan sakit
Double sakit tapi disebabkan bernafas lagi
diizinkan Allah swt yg mana tugasan harian yang larat
auntie buat juga..
Alhamdulillah..

Perut lapar
Sarapan dua keping roti dan auntie buka tuna tin
Air teh susu satu mug..
baring..
untuk makan tengah hari pula
auntie bangun dan buat asam rebus ikan pari dengan bendi
sambal belacan dan goreng ikan sepat masin
Itu ajer menu hari ni
Alhamdulillah..uncle makan sambil thumbs up berkali2
dan geleng2 kepala
heran auntie..
Kenapa thumbs up dan geleng2 kepala tuh?
Sedapppp..berselera, katanya
Ishhhh simple macam tuh pun sedappp ker?
Ada combination ikan sepat dan sambal
sedapppp ler! kata nya..

Semalam auntie ada menghadirkan diri
di majlis gathering blogger kat rumah Dato LF
tapi auntie belum lagi boleh buat N3,
badan dan kepala belum cukup sihat lagi..
Nanti2lah dulu..tak kemana citer2 dan gambar2 tu
ada umur, rezeki sihat, InshaAllah auntie update

seronok bila bertemu kawan2 siber
lupa akan hati yang pilu, terobek hampir sebulan sudah..
ermmmm...luka dah kering tapi parut masih ada..
sekarang auntie sedang tunggu, lihat dan bersabar
apa kah tindakkan seterusnya dari orang2 yang
membuat penganiayaan terhadap keluarga auntie..
pelik mereka boleh hidup dengan cara sebegitu
menegakkan benang yang basah


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilah diri ku dengan nurimanmu
Hanya kau tempat ku berserah
Semoga diampuni segala dosa ku
Lenyapkanlah kedukaanku,
Tunaikanlah hajatku
Ya Allah
Tuhan pemberi rahmat

Aamiin



21 comments:

  1. assalamualaikum...banyak kan rehat ok auntie..sampai betul2 larat baru buat entry..takpe kite tunggu janji auntie sihat sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Shuweet,

      Terima Kasih. Auntie akan berihat bila baik demam auntie berblog..InshaAllah

      Delete
  2. Assalamualaikum auntie,
    Semoga auntie cepat sembuh ya. Hari tu saya demam jugak, seminggu. Sekarang ni dah kebah tapi badan masih tak kuat lagi.
    Orang ada macam2 auntie. Keluarga saya pun dianiaya jugak baru2 ni. Sedih bila dihukum orang sebegini padahal hanya Allah yang berhak menghukum kita, itupun kalau kita berdosa. Sabarlah auntie. Allah menguji kita sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Aidah,

      Auntie demam tak teruk sangat sebab tak panas badan cuma dedar ajer tapi sengal dan bisa2, tu yang tahan.

      Ermmmm...betul, ujian Allah datang berbagai2 cara, hanya kita perlu redha dan bersabar

      Delete
  3. Asalamualaikum Kak Nanie.

    Semoga Allah SWT melindungi akak dan keluarga dari dengki khianat sesama manusia. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Kakcik,

      Terima Kasih atas doa kakcik..

      Delete
  4. Bagus juga lah akak keluar jumpa kawan kawan blogger, daripada duduk memikir kan nasib diri, insyaallah kak orang yang bersabar tu ada hikmah nya nanti. Kita tunggu dan lihat permainan apa kah lagi yang mereka2 tu buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Tulah, akak mesti keluar bergaul, kalau tak fikiran dan perasaan amat berat.

      Ermmm...gitulah nampaknya..

      Delete
  5. Assalamualikum auntie,

    Saya doakan semoga diberi keafiatan dan keredhaan dari Allah S.W.T.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Dr Sam,

      Dah lama Dr tak tinggal jejak, apa kabar disana?

      Terima Kasih atas doa Dr.

      Delete
  6. Rehat banyak ...semoga auntie cepat sembuh ....

    ReplyDelete
  7. Selamat berehat Auntie. Semoga segera pulih. Tabik dengan semangat, sakit pun boleh bangun masak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AzieAzah,

      Thank You dear, hehehehehehe masak sebab lapar, no choice

      Delete
  8. semoga auntie cpt2 sihat.. jg diri yer.. kalau x larat jgn di paksa yer.. x pe auntie.. doa org di aniaya selalu makbul.. semoga org yg buat onar pd keluarga untie.. dpt hidayah tuk berubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      InshaAllah, harap2 demam auntie kebah cepat.

      Begitu juga auntie berdoa agar orang2 sebegitu dpt hidayah dari yang Maha Esa

      Delete
  9. Salam Auntie...

    ingat sy lagi? hehe..semoga Auntie & uncle sntiasa sihat ye..seronok dpt borak dgn uncle & auntie..insyaAllah nnti kita jmpa lg ye..

    *sedap tu asam rebus pari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Munna,

      Ingat, aper pulak tak ingat, berbaju purple yang berkulit halus mulus..hihihihi

      InshaAllah, auntie pun harap gitulah hendaknya

      Delete
  10. auntie...take care ok. kite di sini doakan auntie sihat segera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam gB,

      Terima Kasih yea doakan auntie

      Delete
  11. Assalamualaikum auntie. Bila lama auntie x update blog, rasa frust bila berkunjung. Tapi tak pa, auntie rehat and rehat banyak2 ya. Saya faham sgt perasaan bila org aniaya kita. Saya kena dgn car yg x dipercayai minda normal. Tp saya biarkan saja moga org tu diberi hidayah. Alhamdulillah lepas tiga tahun melaluinya, tiba2 je org tu minta maaf. Yakin dan percaya. Allah sentiasa bersama org yg sabar auntie. Moga auntie sihat cepat and kembali berblog.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...