THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, September 20, 2012

Muncul Juga Akhirnya

Salam semua..

Auntie kembali setelah hampir sebulan menghilang diri
Kenapa auntie menghilangkan diri?
Few reasons actually..


  • Sakit terlalu kerap kebelakangan ni

  • Bila datang mood, ada jer orang pakai lappy, tercegat sedang galit pakai berjam2

  • Ada yg tak suka dan rimas bila auntie aktif berfacebook dan berblogging 

  • Mental harassment dengan perangai2 orang yang pentingkan diri, sehingga merosakkan impian, harapan dan hak 

Reasons pertama dan kedua boleh lagi di adjustkan
tapi reasons ketiga dan keempat, memang terluka dan terguris hati
dan akan terus..terguris dan terguris sampai bila???

Jadi auntie pun berfikir dan berfikir
Nak jaga hati *dia, auntie berhenti menulis?
kenapa auntie biarkan *dia merampas hobby auntie?
Apa salah auntie punyai hobby menulis ?
Auntie bukan nya ada menyakiti sesiapa?
note : (*dia - orang luar)

Akhirnya, auntie mengambil keputusan...
untuk terus menulis..dan menulis..dengan izin Allah swt 

Harap yang berkenaan baca dan tidak terasa hati
Ini lah hobby auntie..yang mengisi lapang auntie

Auntie dah ada followers 700++ 
Belum lagi yang tak register as followers
yang suka membaca citer2 auntie...
Kannnnnn???? Hik3x

Nanti2 auntie muncul lagi okayyyy
InshaAllahhhhh..

Auntie akan sentiasa beringat2 pada diri sendiri
untuk tidak menjadi seorang :

perosak jiwa raga 
pemusnah harapan dan impian 
pemutuskan kasih dan sayang

demi kepentingan diri semata2

Orang2 yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya
akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai..

Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat
kasih sayang yang menenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri, lupa hukum hakam.

Seharusnya apa apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas

Kita semakin matang setiap hari kerana usia semakin meningkat, jadi belajarlah untuk menerima pendapat dan keinginan insan lain. 

Walaupun kita kurang selesa dengan hal tersebut selagi ia tidak melanggar batasan syarak.

Jika sudah melanggar batasan syarak maka wajiblah kita untuk menegur.
Bukan niat hanya menegur dirinya tapi niat menegur diri kita sendiri supaya kita sentiasa ditingkatkan....

 Iman dan taqwa.





50 comments:

  1. Jangan pedulikan pandangan orang aunty... aunty nak berfacebook ke , berblogging ke , aunty tak mintak duit diorang bayaukan bil api , bil tenet seme kan.. dan seperti yang aunty nyatakan ..aunty tak ada menyakiti hati sesapa pun.. saya sentiasa sokong aunty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tinie,

      hehehehhehe betul, bil2 semua kita yg bayau..aper yang dia nak rimas?
      Terima Kasih Tinie sokong auntie..

      Delete
  2. aunty.. teringat lagu ahmad jais... iman dan taqwa...

    kepada haters, sila jgn buat onar.. tak suka? jgnla baca!

    aunty.. teruskan menulis.. honestly.. miss u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kisskiut,

      Wahhh..lagu ahmad jais lah pulak yea, auntie dah lupa lagu tu hik3x

      Haah lah, tak suka tapi nak baca? Apa kah? Mungkin juga ada tali barut tukang menyampai dan tokok tambah tu..entah lah..

      Terima Kasih rindukan auntie..hihihihi

      Delete
  3. ada jugak orang macam ni..
    ape hak *dia tak kasi auntie menulis..
    Xsuka!Xsuka!Xsuka...
    Auntie, teruskan menulis..
    I love read ur story, your advises etc..
    Bertabah dan bersabarlah auntie.. Stay health, ok~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam suya,

      Tulah pasal, auntie InshaAllah akan terus menulis
      especially to my anak2 siber diluar sana.

      InshaAllah, auntie tabah dan sabar dengan kerenah2 manusia durjana..

      Delete
  4. Akhirnya....malam td sya baru je jengok blog aunty yg sunyi sepi....
    Ramai yg menanti aunty...dari yg menghalang ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Siti,

      Terima kasih selalu menjengok blog auntie..

      Tulah pasal, kerana dia sorang auntie nak berkorban? Tak berbaloi

      Delete
  5. Assalamu'alaikum Kak Nanie.

    Alhamdulillah, akhirnya akak muncul juga di sini. Bila tengok rambutan yang sedang lebat berputik kat depan rumah saya, mesti tak lepas ingatan saya kepada akak... hehehe...

    **Perlukah kita menjaga hati orang lain sehingga merobekkan hati kita sendiri?? hmmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussallam Warahmatullahi Wabarakatuh Kakcik,

      Alhamdulilah..dah mula berputik yea..kalau dah hijau2 dan ranum boleh lah akak numpang rasa.

      Memang merobek jiwa dengan kerenah mereka tapi akak teruskan ajer kehidupan harian dgn berpegang pada amanah Allah swt
      Alhamdulillah

      Delete
  6. tulis je kak...bukannya bt salah...menulis yang baik mendapat pahala jika mendapat manfaat bg yang membacanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam duniafana,

      InshaAllah,

      akak akan terus menulis articles2 yg berfaedah, berbentuk hiburan2 ringan, aktiviti2 harian dan perihal agama yg boleh kita ingat mengingati sesama kita

      Delete
  7. Alhamdulillah akhirnya auntie berfiir balik. Kalau ikut org auntie juga yg rugi. Kami pun rugi juga hilang satu sahabat di alam maya yg entrinya selalu membuka minda.

    Teruskan menulis auntie.. sabar ajelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      InshaAllah..auntie akan terus coretkan activity harian auntie, kesihatan auntie, perjalanan kehidupan auntie..

      Kesabaran dalam hal2 begini perlu untuk mengelakkan gangguan harmoni keluarga

      Delete
  8. sabar lah Aunty, kadang kala tak semua orang faham kita. Teruskan hobi Aunty selagi termampu, kitorang sedia membaca .. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mrs Yana,

      Memang pun rambut sama hitam tapi hati lain2..tak semua serupa tapi hati yang bertaqwa dan beriman lah yang Allah swt lihat

      Terima Kasih kerna sudi membaca blog auntie

      Delete
  9. ala auntie..saya suka je baca tulisan auntie. byk tentang asam garam hidup. teruskan menulis. kalau auntie happy dgn menulis teruskan. boleh release tension. kalau auntie termenung je uncle dgn anak2 pulak susah hati nengoknya. saya doakan auntie cpt sihat tau =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Oda,

      Terima kasih atas doa kesihatan auntie.

      termenong? Auntie jarang termenong banyak menangis adalah..

      Delete
  10. As-salam kak, lama menunggu akak menulis akhir nya penantian saya berakhir.
    Persetan kan sesiapa sahaja yang tak suka akak menulis, bukan akak menulis pasal hal hal mereka pun. Hidup ni senang jer hari ini kau buat aku esok lusa orang buat kau pulak, ingat itu je kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sharifah,

      Betullah..moga Allah swt buka hati mereka untuk kejalan yang diredhai

      Delete
  11. kalau kita ikut cakap orang tu, maknanya kita acknowledge dia punya kuasa...
    kalau husband auntie tak bising, kenapa orang luar tu pulak nak bising?? kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nenet,

      Betul, uncle selalu tanya auntie kenapa tak update blog, orang yang bising2 tu, tak da hobby kot dan tak reti nak berblog..hahahahaha

      Delete
  12. That's very true.
    Sometimes we cant convey what's deep inside our heart.... but we can release them thru our writings, as long as we are ikhlas about it, kan?

    Take care ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tia,

      You are right, sometimes we need to throw out, instead of keeping all the sadness

      You take care too dear..

      Delete
  13. selepas sebulan...akhirnya auntie update gak.. :) xpa auntie, ramai lagi yang nak membaca...auntie, take care ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ivana,

      Terima Kasih sebab sudi baca blog auntie

      Delete
  14. Salam auntie,

    Alhamdulillah auntie sudah kembali...hari2 buka blog tunggu entry terbaru dr auntie...sunyi bila tak dpt baca blog yg hari2 sy mesti singgah...
    Pedulikan mereka..memang lumrah dunia..ada sesetgh manusia memang bersikap begitu..tak pernah senang dgn apa yg org lain ada...kan auntie!!
    Sy sentiasa doakan auntie sentiasa berada dlm keadaan sihat...insyaallah...
    <3 you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali ly,

      Alhamdulillah, auntie tergerak untuk teruskan menulis.

      Ermmm...tulah auntie dah malas nak fikirkan ttg manusia2 yang saperti itu

      Terima Kasih doakan auntie yea

      Delete
  15. al-hamdulillah auntie dah menulis semula.. x sabar nak baca cerita auntie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      InshaAllah..auntie akan terus menulis..

      Delete
  16. As salam


    semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk Aunty ...
    Jangan pedulikan pandangan orang Aunty

    pB akan tetap membaca nukilan Aunty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassallam pB,

      Terima Kasih atas doa utk kesihatan auntie

      Terima Kasih juga sudi menjengok blog auntie

      Delete
  17. assalamualaikum...finally...yeayyyyyyyyyyyyyy..miss all your post auntie...takpe..kami2 ade tetap setia menunggu entry dari auntie..let the envy people alone...ade la nanti balasan kat die yang nak berdengki2 tu nanti....wishing u good health auntie (walaupun tak sihat sangat but at least hope u can continue writing) :) me love u much auntie nanie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussallam Shuweet..


      Terima kasih for wishing me of good health.

      InshaAllah, auntie will continue writing

      Delete
  18. salam auntie, nadia rindu dgn cerita2 auntie..
    auntie dgn uncle da dpt kad jemputan nadia? jemput hadir ye.. nadia dari jauh doakan semoga kesihatan semakin hari semakin baek. insyaallah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali nadia,

      Rindu2an dengan auntie ya..hi3x
      InshaAllah, kalau tak aper haral melintang auntie ingin nengok majlis nadia.
      Moga majlis berjalan lancar nanti..Aamiin

      Terima Kasih atas doa kesihatan auntie

      Delete
  19. setiap hari ku jenguk senyap n sunyi akhirnya ...... selamat kembali auntie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam guru,

      heheheheheh terima kasih jengok2 blog auntie

      Delete
  20. Replies
    1. Salam piah,

      Terima Kasih berindu rinduan dengan auntie

      Delete
  21. Auntieeeeeeeeee... kite rinru ngan aunty... pedulik dgn apa yg dorg nak ckp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Normala,

      Yeaaaaaaaa...hi3x
      Okay...memang auntie tak ambil pod pun orang2 macam tuh..

      Delete
  22. ...kak nanie..mamaijat pun terasa sesangat apa yang kak nani rasa tu..pengSKODENG ni kan memang x der kerja lain..hak kitalah kan nak tulis apa aja...menyampah kat dia tu..
    apa2 pun teruskan menulis..mamaijat pun x kisah lagi.
    suka ati akulah kan kak..blog aku!!!
    he he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamaijat,

      hehehehehehehe blog aku, suka ati akulah..ayat marah tuh!

      InshaAllah, akak akan terus menulis untuk kebaikan bersama

      Delete
  23. Salam Auntie,

    Rindu nak baca post dari Auntie.. teruskan menulis please.. jangan peduli tentang orang lain atau apa2 pun yang menyakiti hati kita. Ekin pun pernah juga kena serang x pasal2 dgn Anon yang mungkin di kalangan org yg dikenali.. memang frust & down sebab penulisan @ luahan hati kita disalahertikan.. Tapi Ekin just kuatkan hati je.. Blog kita, emosi kita & luahan hati kita hanya kita yang faham.. org lain xkan mampu faham... Hang in there...

    Luv & hugs
    Ekin :)

    ReplyDelete
  24. Slm Aunty,hmpr setiap hari saya jenguk blog aunty tp xde entry baru.Terkadang rasa risau jgk takut aunty x sehat sgt ke smpi x update sekian lama.Alhamdulillah, terungkai persoalan.Teruskan berblog ye aunty.Semoga sihat2 selalu :)

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Auntie, sy antara silent reader auntie and peej, sy mmg suka baca blog auntie sbb byk pengetahuan yg sy dpt dan citer pengalaman hidup auntie sy jd kan tauladan mana yg baik dan mana yg tak baik sy jdkan sempadan...semoga Allah merahmati Auntie sekeluarga.harap auntie tak berhenti menulis blog..Wassalam..

    ReplyDelete
  26. Salam Aunty..
    Waah..lama betul aunty menyepi..
    Akhirnye muncul jgk post baru dari aunty..dah lama menanti tau..rindu!
    Semoga aunty sihat selalu dan terus ber-blogging..^_^

    ReplyDelete
  27. salam unti nani,

    saya rindukan coretan unti yang bersahaja tapi dalam makna..
    saya heran kenapa ada manusia yang berdengki atau irihati dengan penulisan unti.. kalau tak suka jgn baca, it is as simple as that..manusia dengan masalah hati ni mmg menyusahkan!
    take care unti, jgn lambat makan ubat..

    ReplyDelete
  28. As salam kak...sy suka bc blog akak terutama kisah2 lama...mengembalikan nostalgia.patutlah dh lama kak tk menulis hari hari sy dok tunggu entri akak. Semuga kak terus menulis dan sihat insyallah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...