THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, September 26, 2012

Menziarah hingga kelaut biru

Semalam auntie ke Teluk Kemang, Port Dickson, 
mengziarah kematian,  

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

Setiap insan akan melalui kematian

Uncle drive dengan tenang, P G duduk sebelah 
auntie di belakang, baring sebab masih demam
Bergerak pukul 9 pagi selepas bersarapan
nasi goreng kampung yang auntie buat
sesudah subuh.

Sebenarnya semalam auntie ada appointment
doktor yang dah 2 kali ditunda
dah 5 bulan auntie tidak diperiksa oleh doktor
tapi bab2 kematian kita haruslah
utamakan dulu sebab itulah penghormatan
terakhir utk arwah dan menziarahi keluarganya
yang bersedih atas kehilangan ahli keluarga.


Walaupun jauh, uncle berusaha untuk

menziarahi sebab bukanlah orang lain
malah saudara yang paling terdekat
dengannya..ia itu


Suami kpd arwah adik perempuan
uncle yang telah kembali kerahmatullah 7 tahun yang 
yang lalu ketika arwah berumur 50 tahun.
Kini suami nya bersemadi pula menyambut Ilahi.
Arwah pula mengakhiri hidupnya ketika berumur 67 tahun..
Arwah  meninggal semasa bersolat..
meninggal ketika sujud waktu maghrib..SUBHANALLAH..


Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam 
kalangan orang2 yang beriman
Aamiin.

Al-fatihah

Kami pulang ke KL lepas zohor
singgah disebuah restauran masak kampung
untuk makan tengah hari
Pilihan lauk auntie ketika itu
masakkan yang pedas hingga panas perut
masak lemak cili api..
mak aiii, bukan satu tapi tiga jenis dalam pinggan
lemak api pucuk ubi, lemak api rebung dan
lemak api ikan keli salai..
tempe kentang goreng sambal, begedil dan telur dadar
air teh o ice limau..
hamik kau..gian nak makan
air tangan orang nogori sembilan
Alhamdulilillah selamat sampai KL
waktu asar..




Aamiin

27 comments:

  1. Innalillahhiwainnailaihirojiun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakcik

      Sesungguhnya dari dia kita datang dan kepada dia kita kembali

      Delete
  2. Innalillahi wainna ilaihiroji'un...
    Walau kita tak tahu tapi cara perginya ia terlalu istimewa. Pasti bibir dan hatinya tika itu memang mengingati Allah.

    Takziah buat keluarga dan alfatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakzakie,

      Betul sungguh istimewa.
      Dalam wudhuk, dalam solat dan ketika sujud..Subhanallah

      Delete
  3. Al-Fatihah and takziah untuk keluarga arwah

    ReplyDelete
  4. Innalillah....saya juga berharap dijemput dlm husnulkhotimah.
    Haaa..kak, makan tu berpada-pada ya, takut memudaratkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norhaizan,

      Begitu jugalah auntie berharap agar dijemput pulang dlm husnulkhotimah. Aamiin

      Aduhaii, kecundang ttg makan2..selalu tak berpantang..huhuhuhu

      Delete
  5. Rahmat ALLAH itu sungguh luas. Moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Mudah2an dan terima kasih

      Delete
  6. Takziah diatas kematian ahli keluarga abang dan akak.

    Orang nogori punya masak lemak memang power ya kak, saya pun suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sharifah,

      Terima Kasih
      Pergi nya sudah berlalu, kita pula akan menyusul entah bila

      Haah, akak memang gemar masakkan orang nogori

      Delete
  7. al Fatihah buat arwah...
    auntie sakit apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Tie,

      Terima Kasih, auntie sakit panjang ceritanya,
      pernah auntie cerita diN3 yang lalu

      Delete
  8. takziah utk keluarga uncle..sesungguhnya hidup itu insyaAllah tetapi mati itu pasti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puteri zulaika,

      Terima kasih..
      Betul kematian itu pasti

      Delete
  9. Takziah atas keluarga uncle. Alfatihah utk arwah. Semoga arwah mendapat tempat istimewa disisiNya. Kampung saya kat Teluk Kemang jugak auntie. Tapi belum sempat tanya mak pasal arwah ni. Mungkin dia ada dengar jugak agaknya. Auntie jaga diri tau. Kalau letih bawaklah berehat ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidah,

      Terima Kasih, Mudah2 arwah ditempatkan dikalangan soleh.

      Oh yea ker kg Aidah di TKemang. Arwah ialah anak kpd Hj Ahmad, anak murid kpd Mufti NSembilan, tarikat Ahmadiah.
      Rumah arwah kat atas bukit kat sekolah cina.

      Haah, auntie banyak berihat.

      Delete
  10. Innalillahi wainna ilaihiroji'un...

    Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman... mesti arwah orang baik2, meninggalnya dalam keadaan yang mulia..

    Kuat pedas rupanya kak nanie ni.. makchaq memang tak tahan pedas, orang rasa tak pedas makchaq dah pedas.. kalau makan pedas sikit rasa pedih telinga... saluran bocor kot.. he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Makchaq,

      Aah, semasa arwah hidup memang dia saorang yang baik kpd kawan2 dan keluarga.

      Kak nanie memang suka pedas, kalau kurang pedas, cili padi auntie gigit..huhuhuhu

      Delete
  11. InnaLillahhiwainna Ilaihirojiun....
    berbalik soal makan...
    memang terbaek pilihan lauknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rahmah,

      hehehehehehe makan ikut selera dan tekak..

      Delete
  12. Salam takziah juga. Sudah sampai masa.

    Lama saya tak merasa Keli Salai N9. Sebab beli keli pun hanya goreng dan goreng sajaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AA,

      Tulah bila auntie nampak ikan keli salai terus tanpa lengah auntie ceduk..sedappp

      Delete
  13. As salam Auntie,

    Innalillah... Al-Fatihah... Takziah...

    Marya pun rindu dgn masakan Nogori... dah nama pun asal Nogori... Kebetualan kampung mak di PD juga...

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...