THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, September 27, 2012

Majlis Walimatul Urus

Walimatul Urus

Walimah ialah jamuan agama

(Bahasa Arab: وليمة‎) atau kenduri kahwin (seperti majlis santapan makanan) 

Mewujudkan sebuah perkahwinan merupakan satu langkah yang sangat murni dan sangat-sangat dituntut oleh agama yang fitrah

Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka


Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah dan pukullah 

gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)


Persoalan : Apkah hukum orang yg menghadiri walimahtulurus itu?

Jawapan : hukumnya adalah wajib utk menghadiri walimatulurus. 
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:.

Maksudnya : "Apabila kamu diundang mengahadiri walimah, maka hendaklah kamu datang/pergi 
(Malik dalam Muwatta no 2008)

Syarat-syarat wajib utk menghadiri walimah :-


1. Dalam majilis itu tidak terdapat perkara-perkara yg haram dan mungkar, seperti minuman2 yg memabukan
2. Tidak sakit
3.Tidah hujan
4. Tidak didahului oleh undangan yg lain. Apabila ada undangan yg lain lebih dahulu itulah yg lebih berhak diberi dihadiri.
5. Tidak ada perbezaan makanan yg dihidangkan mengikut darjat tertentu sahaja.
(Sumber Ust Dr Zahazan Mohamed)

Auntie ada dua jemputan hujung minggu ni
29/9/12 satu di Kajang dan satu di Semenyih
Alhamdulillah kebetulan majlis berdekatan (satu jalan)
jadi dapatlah auntie menghadirinya InshaAllah
dengan izinNYA jua..

Majlis di Kajang, pangkat anak buah auntie
dan majlis di Semenyih, reader blog auntie 

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin,
Rasullullah s.a.w akan berkata

Maksudnya: " Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan 
menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan"

Menurut Iman Nawawi di dalam Al-Azkar adalah di sunatkan kita mengucapkan seperti ucapan ucapan Rasullullah s.a.w. di atas.

Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
'Semoga berbahgia dan banyak anak"

Auntie googles ucapan yang selalu kita dengar dan juga kita
pakai bila menghadiri majlis2 walimah dan terjumpa...

1. Semoga bahagia dan kekal hingga ke anak cucu

Huraian: Ucapan ini yang slalu kita dengar. Cuba baca dan fikir betul2. Bahagia hingga ke anak cucu? Bagaimana pula kebahagiaan pasangan selepas ada anak cucu? Adakah doa kebahagiaan sampai ke anak cucu saja? Lagi satu, kalau setakat bahagia bagaimana pula dengan keberkatan? Ingat, pasangan yang bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya. Wallahu’alam.

2. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

Huraian: Jika berdoa semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, bagaimana pula dengan selepas akhir hayat? Yang berkekalan belum tentu ada kebahagiaan berpanjangan dan keberkatanNya. Bagaimana pula pasangan nak berpisah atas sebab2 yang tak dapat dielakkan atau mungkin membawa kesengsaraan? Takkan la kena terus kekal kalau keadaan cam ni.. Renung renungkanlah.

3. Semoga dimurahkan rezeki

Huraian: Ucapan ni jarang kot kita dengar. Kalau setakat rezeki je yang lain pulak macam mana



Ishhh3x..auntie sendiri pun baru tahu..
Okay..untuk kedua2 majlis walimatul Urus akan datang
auntie akan mengikut pesanan Rasullullah s.a.w. cara doa untuk pasangan pengantin baru

Sedikit sedutan gambar2 majlis yang auntie hadiri baru2 ni
Majlis anak kawan uncle semasa bertugas di RAMD 11 Melayu diKluang
sekitar tahun awal 70'an.
Masa tu, semua muda2 belaka...hik3x
Sekarang bila berjumpa
soalan utama...
Brapa orang anak yang dah kawin
Tinggal berapa lagi yang belum kawin
Dah berapa cucu?
hehehehehe

Majlis diadakan dalam dewan
di Taman Melewar, Gombak
Auntie tak berjalan dalam dewan
tak snap gambar pelamin
dan gambar2 pengantin lalu bawah pedang

Auntie duduk dan berbual dengan kawan2
Uncle yang ambilkan makanan auntie

Jom kita tengok gambar2 dimajlis itu




 Mengalir air mata, (cuh tengok betul2) sampai celak auntie sememeh
tapi dalam senyumam
Auntie teringat kat cucu auntie 
auntie memang tak pernah dan tidak akan dapat 
bawa cucu kemana2 majlis di Kuala Lumpur


 Kawan auntie pegang pipi dia
suruh auntie senyum, jangan nangis dan sedeh katanya

 Pengantin lelaki bertugas sebagai Juruterbang dengan 
Tentera Udara Malaysia

Pengantin Handsome Ohhhhh...hik3x

Nampak tak? 
auntie curi2 nengok baby kat meja belakang tu 
(terlindung dgn ibunya berbaju merah)
Masa uncle ambil gambar ni, pasti dia tahu auntie rindu
cucu auntie

Barisan Pegawai2 Tentera Pencen
(Bapa pengantin yang berbaju melayu) 
mereka pernah sama2 bertugas di Kluang, satu masa dulu
Uncle merupakan adik di antara mereka sebab termuda disitu 
yang lain2 dah 60 tahun ++


Mudah2an kami akan berkumpul lagi pada bulan Oktober nanti
bila kawan uncle yang berbaju oren tuh akan mengadakan majlis walimatul urus
untuk anak lelaki nya yang kedua di Paroi, Seremban..InshaAllah



12 comments:

  1. Semoga mereka hidup dalam aman damai dan berpanjangan jodoh hingga ke syurga. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakcik,

      Bagus juga ayat doa kakcik. Boleh dipakai.

      Delete
  2. Kadang kadang kita pergi majlis walimatu urus tu bukan sebab nak tengok pengantin atau makan, kita sebenar nya nak jumpa kawan kawan lama dan juga sekadar menghormati jemputan orang kan kak.

    Kalau saya jadi nenek saya berdoa banyak2 supaya saya tak tamak dan bersedia berkongsi cucu dengan bakal besan, tapi rasa rasa nya baik keluarga saya dan keluarga shamsul semua anak cucu menyayangi samada nenek sbelah mak atau sebelah bapak, sama je tak ada pileh kasih pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Itu adalah doa yang terbaik,

      Sharifah dan keluarga tidak memilih kasih, tidak ada rase cemburu dan tamak untuk bolot cucu atas kepentingan diri..
      Moga Allah pelihara Sharifah sekeluarga, Aamiin

      Delete
  3. saya nak memberi beberapa pendapat tapi saya khuatir akan membawa kepada salah faham...

    setiap suami yang beristeri mahu isterinya berada dekat dengan dirinya... ibu bapa harus merelakan anak perempuan dia mengikut suami kerana tempat isteri ada lah disisi suami dan menjadi tanggungjawab suami untuk menjaga isteri. tanggungjawab kita sebagai ibubapa sudah terlepas sebaik sahaja anak pompuan kita bergelar isteri orang. walau kita sayang sangat2 kepada anak kita, kita harus fikir, apa jadi kalau diri kita sendiri yang terpaksa berjauhan dengan suami kita. mesti kita sedih kan? nak2 lagi kalau terpaksa bertemu setiap hujung minggu. saya simpati dengan auntie.

    saya faham perasaan autie sebab saya ada baca pasal suara hati auntie tu. walaupun auntie tak cakap dgn jelas, tapi saya faham.

    saya harap catatan ini tidak mengundang prasaan negatif pada auntie atau pada pembaca auntie yang lain.

    maaf sekiranya saya terkasar bahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NP,

      Very clear and well said.

      Gitulah yang mesti difahamkan dan diamalkan sebab itul adalah hukum Allah bukan rekaan manusia..tapi sayang sama sekali manusia leka dengan kepentingan diri dan keselesaan duniawi sampai mengabaikan syariat Allah.

      Ribuan Terima Kasih kerana memberi pandangan dan pendapat mengikut hukum2 islam Nenet.

      Auntie really appreciate.



      Delete
    2. Ya lah berpendapat sama seperti NP. Sabar yer untie...doa byk2..agar apa yg untie hajati akan dikabulkan. InsyaAllah....

      Delete
  4. Susahnya nak penuhi jemputan, kalau pada hari yg sama kita kena pergi sampai 3 walimah! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Daddy Ziyyad,

      Tak susah, jika ada sebab musabab yang konkrit maka Allah swt Maha mengetahui.

      Auntie pernah tidak dapat hadir jemputan tapi auntie hubungi mereka dan memberitahu tidak dapat hadir, dan pernah juga auntie hadir selepas dan sebelum majlis berlansung.


      Delete
  5. teruskan menulis terutama citer2 retro tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madam Casper,

      Belum mahu lagi buat waktu ni

      Delete
  6. assalam aunty,
    Bila terbaca yang uncle pernah berkhidmat RAMD 11 Melayu baru teringat yang ayah saya pun dari 11 Melayu. Kami pernah duduk di Kluang cuma tak pasti tahun bila.

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...