THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, August 15, 2012

Undangan Berbuka DiTolak Bulat2

Setiap undangan berbuka di luar yang
bersajikan konsep buffet auntie terpaksa
tolak sejak auntie sakit
Hanya uncle ajer yang pergi
Kenapa auntie begitu?

Kaki dah tak kuat nak tawaf
meja buffet..huhuhuhu

Dah tuh nak bersolat maghrib
memang payah lah
auntie nak ketandas utk berwudhuk
solat pulak solat duduk yang memerlukan
kerusi..sapa pulak nak layan tuh?

Dah tuh lagi, memang auntie perasan
sejak berpuasa lagi, lepas jer berbuka
badan auntie mula meragam, bisa2
melanda start pukul 8 malam
terpaksa auntie telan pain killer
selepas dua jam kemudian barulah
rasa lega sikit..
Abis kalau macam tuh cam maner
lah auntie nak berseronok dengan kawan2?

Uncle pujuk auntie untuk berbuka diluar hari ni
sebab undangan adalah dari group
kawan2 ex army dia diPortsea, Aussie
Lebih kurang 200 pax bersama isteri masing2

Auntie fikir dan fikir masak2, auntie terpaksa let go
kalau auntie ikut memang kesian kat uncle
nanti pergerakkan dia akan tersekat2
sbb kena melayan kerenah auntie..
Uncle kena ambilkan auntie makanan berulang kali
aper2 perbualan uncle kena repeat
dan explain pada auntie..sbbnya
auntie well versed dgn lips reading uncle
kalau orang2 baru nak kenal dan jumpa
memang tak dapat faham
Ohhh...terpaksa turn down the invitation
Biarlah uncle enjoy dengan kawan2 dia..

Jap ni tadi, auntie keluarkan frozen chicken
Nak masak aper hari ni?
belum terfikir lagi..
Nak mandi, tunggu solat Zohor
pukul 3 baru masuk dapur..

Terasa cepat sungguh masa berlalu
Tinggal empat hari jer lagi kita berpuasa
Alhamdulillah..

Nak kena turunkan langsir,
tukarkan yang bersih tapi bukan baru
sapu sawang2, kilatkan perabut
Kemas kabinet dapur
nak keluarkan pinggan mangkok dan gelas2
untuk di basuh

Nak keluarkan periuk dan kuali
yang pakai hanya setahun sekali

Banyaknya tugas seorang ibu bila nak
mengadap Hari Raya..



16 comments:

  1. TAKPE AUNTIE..BILA DAH SIHAT NANTI BOLEH LA PERGI BALIK BERBUFFET... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam gB,

      Dah baik pun auntie dah tak mahu gi, sudah puas berbuka diluar masa dulu2..

      Delete
  2. Agaknya mak Jun kat kampung pun tengah sibuk sekarang ni yang tinggal dengan dia semua teruna je...ada sorang pompuan anak Jun kat sana tolong bising boleh le...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Kalau ada teruna yang rajin menolong, InshaAllah boleh beres kerja2..
      Budak2 memang boleh buat kecoh ajer..hi3x

      Delete
  3. salam aunty,
    xpela aunty..xdapat pegi buffet Ramadhan xpe lagi..
    yang penting aunty sihat, lebih² lagi raya tahun ni
    dengan cucu tersayang..harus bersungguh sket..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fathen,

      Betul dapat sihat sikit pun jadilah, happy nak beraya dengan cucu dan menantu auntie..
      InshaAllah

      Delete
  4. salam kak nanie..
    semuga kesihatan kak nanie lebih baik lagi.
    selamat berpuasa dan selamat berbuka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Rahmah,

      Terima kasih atas doa dan ucapan.

      Delete
  5. salam untie...
    sedih baca untie x sihat...sy amat mmahami..sy lg la x prna bebuka buffet2 ni...1st reason mknn byk mmg x bole...tiap kli brbuka larat mkn 1 jenis menu shj...air 2 jenis...2nd reason penat la brbuka d luar x santai...harga mhl klu x mkn byk rugi..huhu...posa thn ni x trasa brlalu dgn cpt...

    untie. ..today sy pn baru turun kn lngsir nak basuh...x lngsir xtra nak tkr...nie dah 3 kli raya pkai langsir yg sm spjg thn...tnggu la lps 5 yrs baru bt lngsir baru...kira brbaloi la bt lngsir mhl pkai lama2...hihi...rmh skrg tgh brsepah...nak kluar kn itu ini..penat nya. ..sgt2x penat...x larat even siang nya ada maid part tym bt keja...untie ygx sihat tu lg la kesian..jgn paksa diriklu x mmpu...bt pelan2...tek k untie

    slmt hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Qaseeh,

      Tak de aper seronoknya berbuka diluar berbuffet, berbaris panjang2 nak ambil makanan.

      Betul kata Qaseh, kita bukan boleh makan banyak pun bila berbuka memang sengkak perut ler..dah lah bayar mahal satu kepala sampai ratusan ringgit pun ada..

      Tulah..rumah auntie pun kerja2 tengah belambak tu..huhuhuhu


      Delete
  6. Kak, kalau dah tak sihat elok lah buka dirumah je lagi pun kawan2 Abang Bob dah tahu akak tak sihat dan
    Bukan sengaja tak nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Aah..semua kawan2 abang tahu akak tak sihat.

      Delete
  7. Hi Nanie, you just take it easy, ya. Sometimes life has its hiccups. But you'll be fine.
    Here's wishing you all the very best for hari raya.
    Selamat hari raya.
    Keep a song in your heart.
    Best regards.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Uncle Lee,

      TQ for dropping by..

      Delete
  8. Saya baca cerita ini sebagai sebuah lambang pengorbanan dan kasih sayang yang ikhlas memberi dan menerima.

    Semoga kehidupan Auntie dan Uncle Borhan terus sejahtera dan aman bahagia...

    Auntie... steady cool, okeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AA,

      heheheehehe auntie terpaksa cool..
      kalau panas memang susahlah..hi3x

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...