THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, August 14, 2012

Tetamu Bersahur

Menjemput atau orang request nak
berbuka puasa di rumah adalah normal kan?

Yang tak normal dan pelik,
rumah auntie sejak dulu2 lagi
mesti ada orang datang bersahur
Yea! bersahur dirumah
bukan lah selalu tapi dalam
sebulan ramadhan,  mesti ada
dua tiga kali tetamu yang berlainan
Ramadhan ni dah 5 kali dah..
hi3x

Ada yang datang lepas terawih pukul 11 mlm
sampailah pukul 2 pagi kat rumah auntie

Ada yang datang kul 1 pagi
kami bersahur pukul 4:30 pagi
dan sampailah kul 5:30 pagi, siap mandi
dan terus ke Masjid sebab rumah auntie
dekat masjid ajer.

Tapi rezeki kami Alhamdulillah,
auntie tak pernah bersusah payah memasak
lauk pauk mesti ada lebih jika ada
tetamu bersahur..
Auntie hanya perlu tanak nasi
dan buat air panas ajer

Dua tiga malam sudah..
auntie terjaga pukul 3 pagi
jkeluar dari bilik dan jengok di ruang tamu
nampak ada orang tidur di karpet
Sapa tuh?
Uncle pun belengkar kat sebelah dia
tidur kat situ

Auntie  tanak nasi satu cawan dan panaskan
Nasi beriani dan lauk pauk yang ada
Auntie memang beli lebih utk sampai
kesahur nasi beriani.
Nasi putih tu  jika tamu  tak mahu
makan nasi beriani.

Bila auntie dah siap meja barulah
auntie kejutkan uncle.
Uncle kata ada tamu boleh lah
bersahur sama2..
Rupa2nya..tukang urut
semasa uncle kena stroke dulu
yang dah jadi sahabat
memang dia seorang yang amat
baik, datang urut uncle di hospital
dan dirumah selama 3 bulan (hari2)
tanpa mengambil upah, walaupun auntie
hulur duit minyak kereta, dia tetap
tidak mahu.

Jadi dia datang jengok uncle
dan dah terlansung tuh,
dapat lah uncle di picit2 utk
persedian Hari Raya..hi3x

Pernah juga pasangan
suami isteri bersahur rumah auntie
Mereka bawa lauk pauk
restaurant mamak nak
bersahur bersama2 kami..
dan balik selepas solat subuh

Pagi tadi auntie di gerakkan uncle
pukul 4 pagi..
Keluar bilik ada adik uncle
di ruang tamu bersembang2
dengan uncle..
Kata uncle dia datang pukul 3 pagi

Auntie cepat2 tanak nasi,
goreng kentang bilis, telur dadar
dan ada lebihan lauk berbuka
Kami makan dengan berselera
sambil berbual.

Walau apa2 pun auntie bersyukur
Allah swt menghantar tetamu
pada bulan Ramadhan tak kira untuk
berbuka atau bersahur..
Alhamdulillah...

Mudah mudahan Allah melimpahkan
rahmatNYA utk kami dunia dan akhirat
Amin


18 comments:

  1. ni saya nak datang sahur boleh ke tak? keh keh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bujal,

      Boleh..tahun depan okay tak? kita set! hi3x

      Delete
  2. Alhamdulillah..murah rezeki auntie sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shuweet,

      Amin, mudah mudahan

      Delete
  3. arwah nenek saya cakap elok tetamu datang rumah.. diaorg bawa rezeki dan membawa pergi benda2 x bagus di rumah kite.. first time baca ada org datang bersahur.. tradisi rumah auntie unik.. elok d teruskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      Tulah pasal, auntie sendiri belum pernah dengar orang citer2 pasal tetamu bertandang ketika sahur.

      Agaknya muka kami suami isteri berseri2 kot maka orang suka datang bersahur..hahahahahah (puji diri sendiri nampak)

      Delete
  4. Alhamdulillah. Meriah sungguh suasana bersahur di rumah auntie.

    Tetamu datang itu petanda rezeki, auntie dan auntie sungguh bertuah kerana rezeki dtg di awal pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ella,

      Memang meriahlah bila ada tamu waktu sahur..makan pun laju jer..hi3x

      Harap2 gitulah rezeki melimpah ruah utk dunia dan akhirat. Amin

      Delete
  5. reseki untuk dikongsi-kongsi ...
    alhamdulillah


    Selamat hari Raya Puasa aunti Nanie
    mohon maaf , mohon ampun ...

    Esok pB dah nak balik KB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pB,

      Alhamdulillah, memang gitulah

      Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.

      ohhh..selamat beraya di KB disamping keluarga tersayang.

      Delete
  6. Itu sbb le auntie sekeluarga murah rezeki ^____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ai,

      Alhamdulillah..Amin

      Delete
  7. Untie...setiap tetamu tu kan membawa rezeki...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. Sebab akak seorang yang sangat ikhlas lah yang membuat kan tetamu2 akak suka datang bersahur dirumah akak, masa mula mula jumpa akak saya dah agak dah memang akak seorang yang sangat baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sharifah,

      Syukur Alhamdulillah, masih ada lagi orang yang mahu berkawan

      Delete
  9. SALAM, boleh saya mintak no contact utk urut strok tu tak?urgent sbb masih baru lagi kena dan masih di hospital..mintak tolong sangat2...

    imranlah@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali,

      Auntie tak ada nombornya, nanti auntie tanya uncle dulu..

      Delete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...