THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, August 17, 2012

Tak Habis2 Lagi Mengemas

Terfikir dihati
Dari mana datangnya tenaga auntie
Memang tak sihat memanjang tapi
kerana nak menyambut Hari Raya
persiapan membersih rumah perlu
dilakukan juga..
Alhamdulillah..sebagai isteri dan ibu
Allah beri kekuatan untuk menjalankan
amanah itu..

Dah dua hari projek berjalan lancar
Anak auntie Khairul memang dialah
yang selalu menolong auntie
Semalam dia turunkan langsir yang
dah berumur 10 tahun yang lalu
dibasuh, digosok dan dipakai berkali2
auntie pungut langsir2 tuh, rendam dalam besen
dengan clorox sebab langsir putih tu
dah nampak kuning.
Leceh betul langsir warna putih
baru dua bulan yang lalu auntie gantung
Jap2 lagi auntie nak basuh dan jemur
Tingkap2 dan sliding door bogel tu
belum dinaikkan langsir bersih lagi
Memang tak tempah langsir tahun ni
Dalam lemari berset2 langsir lama
pakai ajerlah..
Dulu2 langsir pun auntie ikut tema warna
Tempah warna pink, hijau, putih
choklat, biru dan putih.
Hishhhh...tingkap pulak size yang berbeza2
ada yang satu, dua dan tiga panel
sliding door, tingkap bilik air
boleh tahan pembaziran $$$$
Udah2lah..sekarang dah pencen
pakai ajer yang sedia ada, masih elok
tunggu reput baru buat baru
tapi tak reput2lah pulak..hi3x

Sambung citer lagi
lamp shade auntie juga warna off white
auntie bukak dan basuh semalam
dah pasang balik..
Ada niat nak beli baru tapi tak jumpa
yang berkenan dihati...lamp shade tu
pun dah ten over years..

Khairul polish sofa leather auntie
sambil tuh Noy bertanya auntie
Mama.. bila mama beli sofa ni?
Berapa ribu? Belum sempat auntie jawab
Kakak dia Peeja tolong jawabkan
Dah lama dah..tahun 2005 mama beli
dengan duit saham dia..
dia teringin sangat nak sofa leather..
Auntie cepat2 bertanya Noy..
kenapa tanya?
Nak hadiahkan mama sofa leather baru ker?

Elehhhh...orang tengah kumpul duit nak
beli rumahlah..
dia jawab sambil geleng kepala...
Buat aper nak beli baru? kan elok lagi..

Elok tang maner? Habis dah calar2
sofa tuh dengan cakaran kucing2 kau..
kata auntie..

Dia tak berkata apa2 hanya jeling
kat auntie..
tapi sempat citer pulak,  kawan dia belikan
emak dia utk CNY ari tuh kat
Lorenzo..50% off..

Tak perlah..no problem
selagi boleh duduk..pakailah
sampai senget..hahahahahaha

Ehhh...terpanjang pulak n3
pasal mengemas2 rumah
baru citer dua perkara
Frames dinding, frames atas
console table, bunga2
Alas meja..aduhai citer pasal mengemas
sampai besok pun tak kan habis..

Jap lagi kena basuh bekas kaca
balang kuih dan gelas2 minuman
dan pingan mangkok
Dah lah..nak berhenti dulu
citer2 kang tak berjalan kerja2 tuh..

Ari ni kena buat kerja
berdua dengan uncle
sebab Khairul balik Melaka
nak fetch isteri dan anak dia untuk beraya
di KL
Noy fly, Peej dah pindah..

Anak auntie yang nombor dua P G
memanjang berat tulang
tak ambil kesah..
semalam siap pergi jamming lagi
Sempat auntie perli dia..
Kau practice lagu Hari Raya
nak buat rakaman di TV ker?
Dia senyum sambil galas guitar dia

Ehhh..jap lagi uncle dah nak pergi pasar
beli bahan2 basah..berpandukan
list yang auntie buatkan

Nampaknya auntie kena buat
pelan2lah...
Cian kan? auntie tak punyai bibik
untuk nolong

 Bekas2 kaca


Langsir Putih dah di rendam

Kenapalah tak dihantar dobi ajer..
Ishhh..dah terendam baru teringat..

Esok bersilat untuk memasak
pulak...


20 comments:

  1. wah!! auntie.. mmg kuat betul auntie ni kan.. saya.. ape sahaja ttg pembersihan.. baik basuh baju.. kemas rumah.. vakum rumah.. semua hubby saya buat.. saya cuma masak, lipat kain dan tolong sikit2 je la dia.. hubby saya mmg buat sejak awal kami kawen lagi.. so smpi skrg saya x rasa terbeban sgt.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      Auntie juga bernasib baik sebab uncle seorang yg amat rajin menolong kerja2 rumah dari muda hinggalah sekarang..Alhamdulillah

      Delete
  2. Salam untie....penat sgt2...x abis2 keja mngemas mmbasuh...wlpn ada maid part tym dtg tetap jgk byk benda nak d buat...lngsir rmh sy dah 3 kli raya...baru 3 kli basuh....x peduli la lngsir rosak..sy masuk mesin saja cuci....tp bla iron aduhhhhh.....baru tringat apesal x antar dobi....tahun2 lpa...hihi..plan ganti lngsir slps 5 yrs pkai...tp mcm dah boring mningk lngsir tu spjg 3 thn x gnti2....nak tempah 1 rmh nie kos ribu2 jgk...tnguu la urg sponsor...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Qaseh,

      hehehehehe betul, dah rendam baru teringat, kenapalah tak hantar dobi..Ishhh

      Kalau langsir masih elok, pakai ajerlah..duit boleh simpan untuk keperluan yang lain..hi3x



      Delete
  3. Assalamu'alaikum Kak Nanie.

    Syukur Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan buat akak.

    Langsir kat rumah saya pun dah bertahun2 tak pernah berganti. Suami saya tak suka langsir beropol2, jadi kenalah saya ikut selera dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussallam Warahmatullahi Wabarakatuh Kakcik,

      Alhamdulillah..kekuatan dan kudrat dariNYA

      Eloklah ikut selera suami, sebab kalau dia rimas dlm rumah sendiri, kan haru..hi3x

      Delete
  4. Ella pun mcm auntie. setelah 5 tahun tak tukar langsir, baru tahun ni ella tukar. saya pun byk lagi belum siap auntie. tgk la cmna nnti. mmg last minit rasanya sbb hari ni, Jumaat saya masih lagi bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ella,

      Wahhhh..tahun ni langsir baru yea? Tema warna aper hi3x
      Ella beraya dimana?

      Delete
  5. saya pn belum kemas rumah lagi...SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk Auntie Nanie dan Uncle Bob :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shuweet,

      Selamat Hari Raya AidilFitri, maaf zahir dan batin dari auntie juga untuk shuweet yea.

      Delete
  6. selamat hari raya..maaf zahir & batin buat auntie sekeluarga...moga auntie sihat2 selalu & gembira bersama anak cucu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ieda,

      Selamat hari raya aidilfitri buat ieda dan keluarga juga dari auntie.

      InshaAllah, tahun auntie bergembira bersama2 cucu.

      Delete
  7. tahun ni rasa nak meraung pun ada bila banyak kerja tak dapat buat .bukan saja mengemas,memasak pun harap anak anak saja....,selamat hari raya buat nani sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamason,

      Nasib anak2 mahu menolong..
      Selamat hari raya buat mamason dan keluarga disana

      Delete
  8. As salam Auntie,

    Semoga auntie dikurniakan kesihatan yg baik selalu.. Ameen... Selamat Hari Raya! Taqabbalallahu minna wa minkum....

    Terasa sgt dah aura nak raya! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Marya,

      Terima Kasih atas ucapan kesihatan dan hariraya untuk auntie.

      Delete
  9. Assalamualaikum autie,
    ni first ni nak type comment kat sini :D kelakar lah bila baca part aunti perli anak auntie yang nombor dua P G

    "Kau practice lagu Hari Raya, nak buat rakaman di TV ker?

    haha..anyway, selamat Hari Raya auntie&uncle, maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ivana,

      hihihihihi, saja2 jer auntie perli, dah nak raya dia boleh gi jamming pulak..

      Terima kasih kerna sudi tinggalkan komen.

      Selamat Hari Raya to you too.

      Delete
  10. Selamat menyambut hari raya aidl fitri..
    Semuga kesihatan kak nanie lebih baik pd hariraya ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rahmah,

      Selamat Hari Raya aidil fitri buat mu jua.
      Kesihatan akak mendatar, sama ajer, kena makan pain killer kalau tak nangis2 kesakitan.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...