THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, August 23, 2012

Segala2 Pinjaman Semata2

Terjaga dari tidur pukul 5 pagi,
Badan rasa sihat, tak saperti biasa
lemah dan sakit2..
Terus kedapur..
Alhamdulillah
tidak ada pingan mangkok kotor
disinki..
agaknya uncle dah kemaskan
dapur sebelum tidur..

Auntie bercadang nak bersarapan
meehoon goreng pagi ni
Gorengan siap didapur
Gerak uncle dan Aiyul untuk subuh
Selepas tuh kami tiga branak
ngadap sarapan mee hoon goreng
hihihihi walaupun baru pukul 7 pagi
berselera pulak uncle dia tambah
sepinggan lagi..
Alhamdulillah..

Hari ni hari Khamis
Hari Raya yang kelima
Rase nya rata2 dah mula berkerja
Pada yang berkerja selamat
menunaikan amanah kerja yang dibayar
oleh majikan..jangan meng'ular
jadikan pendapatan yang halal
untuk darah dan daging sendiri

Nak masukkan baju2 dlm washing machine
Kerana badan rasa ringgan
auntie nak keluar tengok pokok2
bunga auntie..bercakap2 dengan
mereka..nak bagi makan dan minum
baja dan siram

Nak citer pasal Hraya tahun ini
belum ada 'gerak hati' lagi
InshaAllah sekiranya datang
mood auntie bercerita
auntie akan bercerita sebab
tahun ni auntie beraya dengan
tambahan tiga ahli baru...
dua menantu dan seorang cucu
Alhamdulillah..

Allah pinjamkan rasa
Hati yang cukup bahagia
berHari Raya bersama2 mereka..
dikelilingi dengan anak2 dan suami auntie..
Alhamdulillah..


Uncle melaram spec mata hitam dalam rumah..Ieshhh


Gambar uncle tanpa spec hitam

Gambar P G anak auntie tak senyum lansung
sebab dia sakit gusi, aysik menguyah sambal daging..hihihihi


Moroccon  Hijap 

Alhamdulillah...baju Hraya yang disponsor dan di beli
dari Kuwait semasa anak bungsu auntie
Nonoy berkursus disana selama sebulan lebih..

Ya Allah, hamba mu amat
bersyukur diatas pinjaman
rasa kebahagian ini..Amin

26 comments:

  1. Cantik baju Kak Nanie. Pandai Noy pilih dan belikan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakcik,

      TQ....Alhamdulillah, mentara anak masih mahu belikan

      Delete
  2. Selamat hari raya pada nanir sekeluarga. Alhamdulillah Allah beri kesihatan yang baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ibundo,

      Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin juga buat ibundo.

      Alhamdulillah..moga diberi kudrat dan kesihatan yg terus menerus baik.

      Delete
  3. salam lebaran yang indah buat aunty dan keluarga
    ampun maaf andai ada tersalah kata atau tersalah komen ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kasihibu,

      Terima Kasih atas ucapan lebaran

      Begitulah juga auntie menyusun jari mohon maaf jika ada terlanju kata2

      Delete
  4. dah makin ramai ahli keluarga auntie.. hopefuly tahun depan ada baby pija pulak.. selamat hari raya auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      InshaAllah..moga dikabul doa itu..bertambah cucu lagi

      Delete
  5. Salam, auntie,

    Dah baca post auntie yg lepas2, baru tahu yg kami sekeluarga duduk di rumah yg sama di kuarters Kem Si Rusa, PD sejurus lepas auntie dan family berpindah keluar. Ayah saya, Mej (B) Zainal Abidin Wahid dulu junior kepada uncle, sama-sama jadi mass manager.

    Mak dan ayah saya kirim salam kepada auntie dan uncle. Jemputlah datang ke rumah bila auntie dan family ada di Seremban ya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Zetty,

      Ohhh yea ker, salam auntie buat ayah dan ibu diSeremban.

      Auntie bertanya pada uncle, memang dia kenal ayah Zetty.

      Jika ada jodoh dan umur panjang, InshaAllah berjumpalah nanti

      Delete
  6. Wajah wajah bahagia.
    Saya pun berkenan tengok jubah UNTIE tuh. Sesuai sungguh. Sweet!

    ReplyDelete
  7. Jubah dari negara2 Arab ini memang cantikkan untie...walaupun warnanya tak banyak pilihan tetapi desigan dan hiasannya nampak xclusive...

    Bertuah untie dapat anak2 yang sentiasa ingatkan untie.

    ReplyDelete
  8. As-salam kak, selamat hari raya maaf zahir batin, saya baru balik dari Jb pada hari sabtu malam. Semalam hari ahad ingat nak kerumah akak tapi tak kesampaian sebab pagi2 lagi kakak sulung dari jb dan adik yang dipelihara oleh atuk nak beraya dirumah saya so semalam masak laksa johor nak jamu adik beradik. Insyaallah kalau ada masa lagi saya nak kerumah akak.

    ReplyDelete
  9. 1 happy family at home :)

    ReplyDelete
  10. Salam Aidilfitri buat Auntie, Uncle & keluarga. Bila la kita dapat jumpa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ekin,

      Entahlah auntie pun tak tahu bila boley jumpa. Selamat Hari Raya
      to you too..

      Delete
  11. Aslm auntie..i am myzura.i baru aje mengikuti blog auntie after discover blog peej.

    Bila baca blog auntie,teringat pada arwah mama yg umurnya lebih kurang auntie.she was born in1953 and passed away on feb 2010.

    My late mama pun sakit kencing manis since 1986 semasa mengandungkan my little brother.then somewhere in 2003 diabetes dia makin teruk.starting 2007 dia kena buat dialisis 3x seminggu.so dari 2007-2008,selama 3thn sayalah yg menjaga dia.2008 kami ambil binik indon sebab i nak kawen n masuk maktab for kpli.

    Sekarang i am an english teacher in johor.Saya hidup terpisah dr suami n keluarga sebab dipostingkn ke sini pada jan 2010.Arwah mama meninggal pada feb 2010,sebulan setelah sy di johor.Saya mengalami tekanan perasaan yg dasyat sehinggalah sy mengandung pd ogos 2010.Sekarang sy di johor bersama anak lelaki yg berumur 1.5tahun.suami dtg menjengok 2mggu sekali.

    Auntie tulislah lagi kisah hidup auntie yg amat menarik bagi saya.
    Jaga diri auntie baik2.Kalau sudi bacalah kisah sy menjaga arwah mama di blog saya
    http://awinkamarul.blogspot.com/2008/12/mama.html

    Semoga auntie sihat2 selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Myzura,

      Alfatihah pada mama myzura. Terima Kasih, sudi membaca blog auntie.
      Moga myzura dapat posting ditempat suami dalam masa terdekat.

      Ketika ini auntie tak dapat lagi nak sambong citer2 auntie sebab masa dan perasaan auntie tidak mengizinkan.
      InshaAllah nanti bila ada masa auntie ziarah blog myzura.

      Delete
  12. "Segala2 Pinjaman Semata2" is a short but ver very loaded title. I am glad you have had a joyous Hari Raya with an enlarged family. Pakcik may drop you an email message.

    ReplyDelete
  13. Rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya kat Auntie.

    Selamat Hari Raya Auntie.take care, sawanila.com

    ReplyDelete
  14. Hello, have you heard of a raw vegan diet? I believe it can help you get well.

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...