THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, August 10, 2012

Sedikit Sedutan Berkenaan Lailatul Qadar

Salam Jumaat pada readers auntie,

Auntie nak kongsi bersama
Sedikit Sedutan berkenaan Lailatul Qadar..
dari buku koleksi auntie

************************

Apakah erti Lailatul Qadar?

Mengikut pengertian bahasa, perkataan laila bermaksud malam.
Manakala perkataan qadar pula bermaksud mubarakatin (keberkatan)
atau saat yang diperingati. Jika kedua-dua perkataan itu di gabungkan,
ianya membawa maksud lailatul qadar iaitu malam keberkatan atau malam
yang diperingati.

Mengikut tafsiran ilmu makrifat, perkataan laila merujuk kepada jahil,
manakala perkataan qadar pula merujuk kepada berilmu (alim). Jika
kedua-dua perkataan tersebut digabungkan, ianya membawa maksud
iaitu dari bersifat seorang yang jahil kembali bertukar kepada seorang
alim yang berilmu. Ia itu terbuka hijab pintu hatinya daripada seorang
yang tidak mengenal Allah, ianya berubah kepada seorang yang mengenal
Allah swt. Saat mengenal Allah itulah yang dikatakan saat keberkatan dan
saat2 yang tidak akan dilupakan buat selama2nya. Ianya juga membawa
maksud, daripada suasana gelap zulmat, hitam kotor dan jahil fasiq hatinya
dari ilmu makrifat, bertukar kepada suasana yang gemilang sirna cahaya
keberkatan yang amat terang benderang hatinya setelah mendapat ilmu
mengenal Allah. Daripada bersifat jahil bertukar kepada sifat mengenal
dirinya dan bertukar kepada mengenal Allah.
Inilah pengertian malam lailatul qadar.

************************************************

Oleh itu barang siapa yang berhajat untuk mencapai lailatul qadar,
cara atau kaedahnya adalah dengan melalui jalan mengenal diri.

Bawalah diri kita supaya selalu menziarahi kematian dan kuburan bagi mengambil
keinsafan, yang menjadi tempat pulangnya jasad kita kerumah abadi.
Amalkan bertafaqur dan berzikir, lihat kedalam diri sendiri dan perhatikan nafas yang
keluar masuk, denyutan jantung dan nadi.

Mengamalkan ajaran Nabi, menjauhi mungkar
dan mendekati yang maaruf,

Mencari ilmu dan mencari guru bagi menuntut ilmu
mengenal diri dan mengenal Allah.

mudah mudahan lambat laun kita akan temui lailatul qadar
InshaAllah..



10 comments:

  1. Assalamu'alaikum Kak Nanie.

    Mudah2an kita diberiNya kesempatan untuk mendapat keberkatan Malam Al Qadar itu. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussallam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      InshaAllah,

      Delete
  2. rumah saya sebelah kubur auntie~he~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bujal,

      Moga dapat keinsafan yang lebih mendalam

      Delete
  3. Assalamualaikum auntie..

    Moga2 kita dpt bertemu malam yg lebih baik dari 1000 bulan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Warahmatulahi Wabarakatuh,

      IshaAllah..

      Delete
  4. As salam kak, rumah saya pun sebelah kubur. Apa pun nak ucap terima kaseh pada akak sebab selalu post entry2 yang mengingatkan kita semua dan berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam sharifah,

      Moga Allah pilih kita untuk mendapatkan perjalanan yang lurus

      Delete
  5. semoga kita bertemu dgn malam yg penuh barakah ini .. aminnnn ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...