THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, August 13, 2012

Penghujung Ramadhan

Kenapa hati debar2 dan tetiba sedih ni?

Tak ada apa2 pun yang berlaku ari ni,
lepas berbuka saperti biasa ajer..

Emm..apa yang kurang:? Apa yang terlebih?
Entahlah..

Mungkin dah nak penghujung Ramadhan
agaknya..

Persiapan Hraya tak seberapa tahun ni
sederhana saja bagi auntie..
tapi bersyukurlah..
baju jubah dibeli oleh Noy dari Kuwait
Lipstick, eyeliner and body gel
pun dapat dari dia
Rantai white gold hadiah dari suami pd anniversary
boleh lah dipakai untuk Hraya..
Biskot2 dan kerepek2 pedas pun dah dibeli

Beraya masa umur tua tak sama macam umur muda
Dulu2 ghairah menyambut Hari Raya
semua persiapan nak baru..
Auntie pun dah 57 tahun..dah tak ada
apa nak dikejarkan..

Teringat juga kat arwah mak auntie masa akhir2 hidupnya
menyambut Hari Raya tanpa arwah abah
hanya 3 helai baju kedah, 3 helai kain batik
ada dodol, ada biskut makmur, biskut bangkit, tart nenas
dan kuih bahulu, kuih2 tu kuih wajib dia..
kuih2 yang senang hadam, tak yah kunyah..
itu saja dah beraya lah dia..
second day, dia dah start puasa enam

Duit raya rm150 dia minta auntie tukarkan
note baru untuk cucu2 dan kanak2 yang
datang beraya dirumah

Beraya dalam bilek dengan menonton tv
kalau ada orang datang rumah auntie
dia jengok dari bilik
kalau sedara dia join in, kalau kawan2 auntie
dia sambung perap dalam bilik dia..
Arwah mak mengakhiri hidupnya umur 84 tahun

Tradisi dan adat lama..
Ipar duai dia, anak2 buah dia datang rumah auntie beraya
tapi sejak dah arwah tak ada, mereka semua dah
terus menghilang..
Kini auntie pulalah kena sambung tradisi tu
mencari mereka di seluruh pelusuk Kuala Lumpur
InshaAllah..kalau auntie terdayalah..
Kalau tidak mungkin auntie juga akan terperap
dirumah..sebab tahun ni
uncle decide tak nak balik keMelaka
baru dia sedar yang dia dah tua, dah tak larat
nak travel..dah 60 tahun sudah umurnya..
Tak tahulah auntie adik beradik dia sanggup
datang ke KL untuk berjumpa dia sebagai
abang yang sulung..selama ni, dia berusaha
untuk balik beraya di Melaka bersama2
adik2 beradik di rumah pusaka..

Tak per, Hari Raya sebulan...nak seribu daya, tak nak
seribu dalih..kita tunggu dan lihat..

Mungkin penghujung2 Syawal, uncle
akan ke Muar dan Serkam utk berjumpa Pak Sedara
sebelah arwah mak. Mereka berdua saja
yang masih hidup.
Mengapa penghujung Syawal? sbbnya  nak elakkan
jem di perjalanan nanti..InshaAllah

Tahun ni juga menantu perempuan auntie
Zeity Azila dan cucu Nur Zara Sofea
akan beraya dirumah auntie.
Kata anak auntie dia akan menjemput
isterinya pada hari Jumaat
so hari sabtu, menantu dapat menolong
auntie masak rendang dan sambal daging...hi3x
Tapi Hari Raya kedua,  lepas maghrib mereka
dah kena balik ke Melaka sebab Khairul
dan Zeity dah bermula kerja hari Rabu

Menantu lelaki no problem, orang KL
sentiasa ada..hi3x
Entahlah..adakah cucu penambahan
pada Hari Raya tahun depan?
Mudah mudahan..InshaAllah

Adakah umur auntie dan uncle
beraya tahun depan?
Wallahu'alam..

12 comments:

  1. insyaallah auntie moga kita semua dimurahkan rezeki dimurahkan rezeki dibarakahkan hidup ini. moga bertemu ramadhan dan syawal di tahun mendatang

    ReplyDelete
  2. Semoga Syawal kali ini akan lebih indah dan meriah.
    Makanan yg Auntie Nani sebut tu buat saya terlior tak sabar nak raya..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AA,

      hehehehehe ada umur dan rezeki jumpa kat rumah Dato LF, auntie cuba bawa masakkan itu..InshaAllah

      Delete
  3. Insyaallah...moga2 untie & uncle diberi kesihatan yang baik untuk sama2 beraya denan anak2 serta cucu-cucu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Auntie, saya dah lama baca blog auntie senyap.. cuma kali ni, terasa nak membalas komen. Alhamdulillah, kita sama2 panjang umur sehingga hari ni, menyambut Ramadhan. Dan insyaallah Syawal. Betul, tradisi ziarah menziarah tetap perlu diteruskan. Tak kira siapa cari siapa, yang penting kita sama2 mengingati. Semoga Syawal kali ni, auntie dan uncle dikurniakan kesihatan yang baik, untuk melayan tetamu.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Waalaikumussallam Warahmatullahi Wabarakatuh Mrs Yana,

      Terima kasih sudi membaca blog auntie. Terima Kasih sekali lagi kerana tinggalkan jejak dan komen.

      Amin atas doa2 Mrs Yana untuk auntie dan uncle.

      Delete
  5. Assalamualaikum auntie...sma la kita...persiapan raya adalah ala kadar dan sederhana saje...hehehe...dah terbayang sambal daging auntie tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussallam Warahmatullahi Wabarakatuh shuweet,

      Wahhhh...muda2 dah kontrol nafsu untuk bersederhana beraya. Alhamdulillah.

      Sambal daging? Auntie selalu buat 5 kilo, tak per tak habis, shuweet kalau di KL silalah datang rumah auntie yea.

      Delete
    2. Alhamdulillah auntie..memang dah beberapa taun saye beraya secara sederhana je..tak beli baju baru sangat pun..hehehe..insyaAllah..kalau ade rezeki mimie singgah di rumah auntie berhari raya :)

      Delete
  6. Persiapan raya saya pun ala kadar, kueh mueh langsung tak beli atau buat, saya cuma beli beberapa jenis kek lapis dan buah asam asaman, minggu lepas pergi tempat kerepek ramai sangat orang dan kerepek banyak yang
    dah habis ada lah dapat satu dua jenis je itu pun tak banyak lebih senang beli pada bulan bulan biasa.

    Langsir pun pakai yang lama sebab tahun lepas baru je buat langsir baru, kalau asyik nak tukar je boleh jadi fengsan lah tak sangup pokai kerana nak bergaya. Setelah 6 tahun berhari raya di JB rasanya tahun ni kami beraya dirumah sendiri dulu, raya ketiga baru balik JB.

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...