THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, August 21, 2012

Hari Raya Ketiga

Ari ni auntie masak,Nasi Lemak
7 cawan
Sambal Udang Petai
Sambal Ikan Bilis
Rendang Hati, Limpa dan Daging
Ayam goreng berempah
Kacang panjang dan buncis goreng
Timun + Kacang Goreng
Telur Rebus
Lemang dan nasi impit

Sapa2 datang itulah yang auntie jamu hari ni..
Alhamdulillah..sambal tumis power
nasi lemak2 menangkap..hahahahaha
Kalau auntie tak puji diri sendiri sapa lagi..hihihih
Seronok bila dapat jamu kawan2 auntie yang datang
Alhamdulillah..

Nak berjalan2 rumah sedara mara
belum lagi..badan tak mengizinkan
maklumlah kalau menziarah bukan
boleh nak baring2 rumah orang..
Jadi, biarlah orang yang datang umah
auntie..
pada auntie macam tu lebih selesa..

Pada sesiapa yang mengenali auntie
dan tahu rumah auntie sila lah datang
rumah auntie terbuka bila2 saja
untuk Hari Raya ni..
Sapa2 datang secara bidan terjun, tak call
Air terjunlah auntie hidangkan..keh3x

Jap lagi nak nap nap
kekenyangan, ngantuk dan letih
Nasib lah Peeja nolong auntie didapur
pagi tadi
auntie tak larat
nak buat sensorang..
Uncle pulak sedang membasuh
pingan2 dan gelas2
dan mengemas dapur..

Alhamdulillahhh...mana nak cari
suami yang amat amat amat rajin

Gambar balance2 lauk pauk

Besok tak tahulah menu aper
Mungkin spaghetti bolognese
Buat kuah seperiuk besar
kalau tak ada visitor, kuah tu boleh frozenkan
senang..ada jer visitor kita perangatkan
dan rebus spaghetti..

Mata auntie dah kuyu sangat2
Bye2..nanti auntie citer2 lagi bila dah segar
InshaAllah




10 comments:

  1. Nampaknya macam kata orang hidup kerana hendak makan bukan makan kerana nak hidup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Al-Manar,
      Hidup manusia perlu makan
      Pada yang berkemampuan lebih hidup, kehendak makannya berbagai2, pada yang kurang mampu ala kadar..

      Walaubagaimana pun seelok2nya berhenti makan sebelum kenyang..

      Delete
  2. Teringatkan roti jala aunty dulu...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam gedek,

      Aduhai..dah berbulan2 dah kita tak jumpa kan?
      Harap2, masa terdekat nanti dpt berkumpul lagi..InshaAllah

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Nanie...

    Saya dah mula kerja secular hari ini, Kalau tak boleh juga jalan2 ke rumah akak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh Kakcik,

      InshaAllah jika kakcik senang bolehlah beraya dirumah akak nanti yea..

      Delete
  4. Salam Aunty,
    walaupun dah masuk raya ke 4,
    saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali fathen,

      Terima kasih dengan ucapan Hari Raya pada auntie.

      Begitu juga auntie ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin

      Delete
  5. Sedappppp tu kak nanie...
    Tq bg idea nak sediakanapa utk tetamu...
    Spagetti mmg sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rahmah,

      hihihihihi..bahan2 masih dalam peti sejuk, akak belum kesempatan masak lagi..

      Delete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...