THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, August 8, 2012

Air Mata Tok Mama

Menantu dan cucu datang pada 3/8/12
hari Jumaat malam Sabtu

Anak ku Khairul mengambil cuti
pada hari Jumaat dan balik ke
Melaka untuk menjemput isteri
dan anaknya ke KL untuk
bersama2 kami pada hujung
minggu...

Kesian juga dia kena berulang alik
keMelaka selama ni, dah hampir 3 tahun
sudah..sejak kahwin
Entahlah..bila lah akan berakhir
dia berulang alik macam tuh

Pernah auntie selam perasaan dia
dengan bertanya..
apa perasaan dia bila hanya dapat
berjumpa isteri dan anaknya pada
hujung minggu sahaja..

Lama baru dia menjawab..

"Rindu amat2 pada isteri dan anak
memang tak tahan nak jumpa pada
setiap hujung minggu....
Dah lah bercinta dulu jarak jauh
dah berkahwin pun masih jarak jauh..
teringin macam orang lain jugak
dapat bersama2 isteri dan anak hari2..
teringin benar nak pergi kerja dengan
isteri sekereta..duduk sebumbung
dan bertanggung jawab
sepenuhnya sebagai suami"
sambil mengesat air mata dia..

Memang anak auntie Khairul macam auntie
penyedih..kalau sedih mesti menitiskan air mata

Mama faham..berdoalah..
Mohon pada Allah s.w.t permudahkan
urusan rumah tangga kau
kata auntie

Mama juga berdoa agar lembutkan
hati keluarga mertua kau untuk melepaskan
satu2nya anak perempuan mereka
ke Kuala Lumpur jika perlu..

Emm..jom citer pasal cucu pulak sebelum
auntie pula meleleh air mata mengenangkan
nasib anak ku Khairul dan isterinya..
moga Allah s.w.t satukan mereka
dan penuhi hajat mereka
dalam masa yang terdekat..Amin

Pada malam tu mereka sampai dah
agak lewat, dah pukul 11: 30 malam
tapi cucu auntie segar bugar..hihihihi
sebab dia tidur dalam kereta sepanjang
perjalanan dari Melaka

Umurnya sekarang 1 tahun 5 bulan
Boleh dia pandang auntie, pandang uncle atas bawah
ini mesti disebabkan,  dah hampir 2 bulan tak berjumpa
mungkin dalam hati dia berkata..
siapalah orang tua berdua nih? hihihihi
tapi pandai Daddy dan Mummy dia main peranan
suruh anak mereka salam dan cium tangan
Tok Papa dan Tok Mama
elok pulak dia mahu bersalam..Alhamdulillah
maka hati Tok mama amatlah terharu lagi
bila Daddynya suruh cium pipi auntie
dia mahu cium..
Ya Allah..luruh jantung auntie ketika tu
auntie terus memeluk Zara erat2.
Dapatlah auntie menatap gelagat dia
lebih kurang sejam lebih
sebelum dia masuk tidur.

Pagi sabtu auntie ke pasar tani
membeli barang2 basah
ikan2 dan sayur mayur..

Sesampai jer di rumah
Cucu sedang bermain depan rumah
bawah porch..

Khairul tolong uncle unload barang2
dari kereta ke dalam rumah.
sementara tu auntie jaga cucu

hehehehehe cucu nak main dengan
trolley auntie
mulanya dia main tolak2 ajer
lepas tuh dia rebahkan trolley tu
dia nak masukkan kaki
terus daddy dia masukkan dalam trolley
dan tolak kedepan kebelakang..
mula2 buat muka teruja
lepas tu terkekek2 dia gelak suka..
(auntie tak dengar tapi nampak mimik muka ajer)




Cian cucu tak de kereta dan basikal mainan kat KL
Trolley pun jadilah..hihihihihi
nanti2 Tok Papa belikan yea..InshaAllah

Tibalah saat cucu dan menantu nak balik Melaka
pada petang Ahad.
Khairul nak bergerak sebelum berbuka, takut penat dan letih
katanya untuk balik keKL semula selepas bersahur
diMelaka nanti..

Perasaan seorang nenek..yang amat terharu..
setiap kali berjumpa dan setiap kali nak berpisah
akan menitis air mata..
atau adakah perasaan auntie saja yang begitu?


Ya Allah..bersyukur atas nikmat yg diberikan pada ku 
sehingga dapat bertemu dan melihat
cucuku yang pertama


Nampak tak air mata auntie di belah kanan mata?..
Itu dah kontrol tuh..lepas jer mereka bergerak..
berjurai2 air mata auntie..
kenapalah perasaan macam gitu melanda?


cucuku Nur Zara Sofea dan menantuku Zeity Azila


Bye2 kedua2 kesayanganku...
sehingga berjumpa lagi..


30 comments:

  1. Subhanallah
    Comelnya zara...
    Mmg seronok melayan baby baya tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rahmah,

      Alhamdulillah, Allah pinjamkan untuk keluarga kami

      Delete
  2. Salam aunty,
    semoga sihat dan ceria selalu.
    Sabar ye aunty..semoga ape yg aunty doakan dimakbulkan..mudah²an. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali fathen,

      Terima kasih atas doa fathen

      Delete
  3. saya pulak meleleh air mata kat sini. saya sedih jugak kalau anak sedih tinggalkan nenek dan atoknya bila pulang kembali ke sini kalau time balik kampung. dia dh besar kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eliss,

      Aah, tulah perasaan, bila tak jumpa rindu kemain, bila nak berpisah sedih tak terhingga.

      Delete
  4. Replies
    1. Salam gB,

      Air mata nampak tapi kesedihan dihati hanya Allah yang tahu

      Delete
  5. comelnya zara dah besar
    teringat dulu arwah nenek saya belah terengganu
    setiap kali kami pulang raya, lepas tu nak balik ke melaka semula, menangis2 dia. sedih cucu jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lya,

      Memang semua perasaan nenek macam gitu kot..hi3

      Delete
  6. Salam Ramadhan Auntie

    saya aminkan doa2 auntie tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan kembali pada atuk,

      Terima Kasih

      Delete
  7. Kak nanie,
    Saya pun ikut sayu baca entry ni. Teringat masa anak2 saya kecik2; bila balik ke Johor; bila nak balik semula kat KL, emak saya mcm kak nanie la, meleleh air mata. Btw; Happy 35th Anniversary to kak nanie & hubby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam che nor,

      Kenapalah seebagai nenek asyik sayang cucu terlebih2? hi3

      Terimakasih atas ucapan untuk akak dan hubby.

      Delete
  8. Salam Ramadhan Aunt Nanie,

    Saya dan suami dah 12 tahun dok berjauhan, hanya berjmpa setiap hujung minggu.. Anak dua org, sepasang... suami di Alor Gajah dan saya di Shah Alam.. 5 tahun pertama tiada anak, bila anak sulung dilahirkan, suami saya masih ok sbb anak pon masih kecil, belom beremosi sgt, tp sejak anak sulung dah berumur 7 tahun ni, dah nampak emosinya terganggu, membuatkan saya dan abah dia sgt sedih bila nak berpisah utk balik ke negeri masing2.. anak yg nombor dua berumur 2 thn lebih ni cepat beremosi.. kdg2 tu sampai melalak2 bila abah nak balik ke alor gajah mlm ahad... adoiii, hati ibu ni mmg sedih, dan utk pengetahuan aunt, da byk resume saya hantar utk mendaptkan kerja di Melaka, tp masih blom ada rezeki agaknya.. aunt doakan saya cepat2 dpt kerja di melaka ya? sampaikan saya ckp dgn suami, hujung tahun sekiranya belom dpt kerja di melaka, saya sanggup jadik surirumah sepenuh masa, janji dpt duduk dgn u dan anak2... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan kembali atam,

      Bila auntie baca kisah ni, sedih amat auntie rasa.
      Masing2 ada ujian yang harus dilalu..
      Kesian kat anak2lah, mereka masih kecil dan memerlukan kasih dan sayang kedua2 ibubapa mereka.

      Auntie juga berdoa agar atam dapat kerja diMelaka. InshaAllah

      Delete
  9. Salam Kak Nanie
    Sayu makchaq tengok gambaq Kak Nanie.. Zara makin comel..
    Makchaq doakan Ayul dan Zeity dapat tinggal bersama segera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali makchaq,

      Terima kasih doakan utk Ayul dan Zeity..akak pun berdoa agar mereka bahagia bersama2.

      Delete
  10. ...Bestnya kak nani sempat main ngan cucu...
    mamaijat ni x taulah lagi.....
    entahkan x merasa nak di panggil nenek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamaijat,

      InshaAllah, dengan izinNYA, dapatlah kita menikmati jadi nenek..hi3

      Delete
  11. assalam auntie...sayu di hati baca entry ni..semoga Allah memakbulkan doa auntie....amin ya rabb....
    selamat ulangtahun perkahwinan...semoga bahgia sampai akhirat sana....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ummi,

      Aah, masa menulis n3 ni memang sedang sebak..
      Terima Kasih atas doa ummi utk auntie

      Delete
  12. Kasih nenek pada cucu lebihkan kasih kepada anak. Dulu mak marah anak bila bercucu mak marah cucu mak kena marah balik dengan nenek...:)

    Semoga ALLAH memudahkan segalanya buat mereka berdua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      hehheheheheh selalunya macam gitulah, kalau anak dimarahi dan dilibas, tapi bila cucu memang tak berdaya nak buat apa3..

      Terima kasih atas doa untuk anak dan menantu auntie.

      Delete
  13. Kak kesian saya dengan Ayol, saya bukan nak jadi batu api tapi saya bercakap seikhlas yang boleh patut nya mertua Ayol kena memahami yang anak dia tu dah berkahwin dan kena ikut mana suami pergi, kita kena redha walaupun kita sayang dengan anak2. Bagi lah peluang anak dia hidup dengan suami dan sepatut nya Zeity memain kan peranan memujuk ibu nya supaya paham dengan situasi dia yang duduk berjauhan dengan suami.

    Jangan marah ya kak ini pandangan saya je sebab kesian sangat dengan Ayol dan akak terlalu baik sampai orang ambik kesempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Sharifah bukan batu api, apa yg sharifah katakan adalah perkara yang betul.

      Isteri wajib mengikut suami.

      Akak selalunya dalam semua perkara, selalu meneliti keadaan terlebih dahulu, kalau dah melampaui batas barulah akak akan bertindak..

      Bertindak untuk kebahagian dan sejateraan kedua2 pihak.

      Delete
  14. inilah situasi di telan mati emak , di luah mati bapak...dah tiba masanya a parents has to lo of a child to learn more about the reality of life...just my 2 cents

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shahrizat,

      No such thing as di telan mati emak dan diluah mati bapak, dalam situasi macam ni.

      Ikut agama islam anak perempuan yang dah sah diakad nikahkan, harus dilepaskan mengikut suami.

      Delete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...