THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Sunday, July 29, 2012

Hari Ketujuh Pilihan Uncle

Uncle nak jenjalan di Param
nak beli lagi kuih muih
dan beberapa lauk kegemaran dia

Jadi auntie kata tak yah lah auntie masak
kalau dah nak beli lauk
So dapur tak berasap dan auntie dapat berehat

Emmm...uncle pergi sensorang
Auntie benar2 tak larat nak ikut
Hasil nye..

Kuih popia basah
talam kukus, cara berlauk, onde2, pulut inti pedas dan manis

Lauk pauk pula mengalahkan orang negeri sembilan
tapi uncle dilahirkan dan dibesarkan di Masjid Tanah, Melaka
sempadan NSembilan, memang bertutur dan tekak masakkan
negeri sembilan..hihihihihi
sampai 4 jenis lemak cili api yang dibelinya
Ikan kembong salai, siput sedut, telur itik dan daging salai




Sayur pucuk manis, pajeri terung dan rendang limpa tok

Semuanya selesai..
Alhamdulillah..

Perasan tak?  dah beberapa kali unce beli lemak telur itik
daging salai dan pajeri terung..
sebab lauk2 ni kedai yang sama
memang sedap..

Lagi pun auntie tak pernah usaha untuk masak
lauk2 macam tuh...hihihihi tak reti
macam maner telur itik boleh jadi cantik,
seketul lonjong macam tuh? comel jer..
sedap pulak bila ada buah belimbing buluh tergolek2
rasa masam2..

Hoiiiii...terkecur auntie dibuat nya..
hihihihihi

22 comments:

  1. Terus lapar saya bila tengok gambar lauk tu.. Kt sini saya tak pernah lg jumpa masak lemak telur masin tu... Rasa pun tak pernah.. Mesti sedapkan auntie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam rokayah,

      Masak lemak cili api telur itik memang sedap, bila ada belimbing lagi mantoppp..

      Delete
  2. Syukur UNCLE dapat jumpa gerai yg jual menu sesuai tekak dan juga sedap. Pendekata berkat dia meniaga sbb tak membazir kita beli.
    Ada stgh kes, gerai jual masakan yg sudah lah tk sedap dahtu tak segar.
    Selamat berpuasa dan selamat berbuka buat Untie dan Uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam AA,

      Alhamdulillah, gerai ni auntie dan uncle dah kenal pasti bertahun2 sudah.

      Terimakasih atas ucapan AA pada auntie dan uncle

      Delete
  3. Sedapgulai lemak telur itik tu.. Zar pula hari ni puas makan kari kepala ikanair tanganbonda.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Zareda,

      Alhamdulillah, dapat makan masakkan air tangan ibu tersayang

      Delete
  4. Ada gerai tetap yang menjual lauk yg sedap... rezeki tu...
    bukan mudah nak dapat lauk yg sesuai/kena dengan selera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Rahmah,

      Aah, memang susah nak dapat makanan yang bersesuaian dengan selera kita, bila jumpa, memang situ ajer yang akak tuju

      Delete
  5. Salam auntie... ni first time comment.
    Telur itik tu, saya selalu pecahkan sebutir dlm bekas/ mangkuk kecil, baru tuang pelan2 dlm periuk.. buat utk seterusnya... jgn terus kacau, biar lama sikit agak2 telur dah keras.
    Dan jgn letak garam awal, letak kemudian bila dah hampir masak.
    Mak saya yang ajar teknik ni... jadi telur tu tak pecah berderai. Telur itik yg dah lama pun boleh buat jadi tak cantik dan bulat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali idana,

      Ohhhh..TQ ajarkan auntie teknik memasak telur itik, hihihihi
      auntie memang tak tahu selama ni, malah tidak ada siapa dalam keluarga auntie yang pandai masak mcm ni..

      TQ again

      Delete
  6. Sya nak turunkan ilmu juga td tp baca komen yg sblm tu dah ok lah tu betul dah kalau masuk dlm periuk jgn kacau dulu nanti pecah

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam,

      Tak perlah tak sempat turunkan ilmu tapi niatnya dah sampai hihhihihi

      Delete
  7. saya pon orang masjid tanah auntie
    bazar masjid tanah pon banyak pilihan makanan. orang ramai je. kalau weekend, merasa nak marah jugak la pergi sebab ramai orang nak bersesak2 kat bazar tu. ada 1 gerai jual kuih2, special dia kuih talam. memang sedap. tapi nak membelinya kene berasak2 jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Lya,

      Tulah, auntie kalau balik ke Masjid Tanah time Hraya, YaAllah suka sangat rendang dari masakkan makcik2 dan sepupu sepapat uncle, memang sedap.
      Memang kelas betul masakkan orang Masjid Tanah

      Delete
  8. Salam kak...anie pun suka masak lemak telur itik...lebih2 lagik kalau ada belimbing....yummy...org masjid Tanah memang suka makan masak lemak cili padi kan? Lebih2 lagi masak lemak tempoyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Anie,

      Aah memang kecur bila sebut lemak cili api ngan belimbing..Ishhh
      puasa2 kita citer pasal lauk pauk..ade ke patut..hihihihihihi

      Betul orang masjid tanah famous dgn masakkan tempoyaknya..

      Delete
  9. kecur terliur....sedap tu lemak telur itik..rasanyer satu hari nanti nak kene pegi jugak la param AU2 nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam,

      hehehehehehe gilah jengok2

      Delete
  10. salam auntie, kadang-kadang lauk pilihan lelaki ni sedap2 juga kan ? :)

    ReplyDelete
  11. Salam kembali mommy lily,

    Uncle memang pandai membeli tapi kadang2 dia beli yang sama berhari2..kadang2 jelaklah jugak..hihihihi

    ReplyDelete
  12. Assalam kak, bertuah nya badan dapat abang bob yang baik dan tak banyak kerenah dan sangat bertimbang rasa orang nya.

    ReplyDelete
  13. AsSalam sharifah,

    heheheheheh Alhamdulillah, dia tak banyak ragam, yang susahnya akak yang banyak songel..aper ajer semua tak kena..
    Ya Ampun, tiap2 hari sebelum tido kena cium tangan suami, takut dosa..hihihihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...