THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, July 27, 2012

Hari KeLima masak lagi

Hari dah masuk hari ketujuh kita berpuasa
Alhamdulillah, dengan izinNya dpt auntie
berpuasa.

Ya Allah..sakit dan gigil2 badan auntie bila
setiap kali selepas berbuka..
Lazimnya, air seteguk dua, dan kurma
auntie berbuka..
Air panas jadi amalan dan pilihan nescafe
auntie belum pernah lagi minum ais
ketika berbuka
Auntie selalunya makan kuih pedas dulu,
sekarang kuih2 manis auntie tak berapa gemar
kalau teringin sangat baru auntie makan.

Ramadhan tahun ni  auntie rasa amat
gembira sebab auntie ada kawan berbuka
dirumah. Dia seorang balu, dan kesemua anak2nya
tinggal diluar negara, jadi sebelum bulan puasa lagi
Auntie dah pelawa dia berbuka puasa dirumah
sehinggalah dia akan mengerjakan umrahnya
minggu depan.
Alhamdulillah..

Auntie cuba masak lagi
amatlah simple..

Semua gambar2 auntie yang snap
Emm...malas nak pakai spec
main tembak ajer..
hasil nya..
semua gambar tunggang terbalik
hihihii

Kuih kemboja 
dibawa oleh kawan auntie


Kuih Peria 
(lebihan semalam, auntie panaskan atas nasi)


Puding Roti - buat sendiri
(nampak tergaring tapi tak hangus..hihihihi)

Kuah Kastad..
Ishhh main tembak 
dah lah jadi too bright..
nampak sudu ajer


Sirap Bandung +cincau+selasih


Tempoyak Kacau (Udang+Terung)

Kawan auntie yang berbuka puasa tuh
bagi sebekas tempoyak mentah dari kampung
tu lah maka dua tiga hari, auntie membega2 masak
masakkan bertempoyak..
Sedapppp, berselera sikit

Kari Ikan Bawal + White Turnip


Bawal Goreng


Mee Goreng
(setengah bungkus ajer)

Uncle tak sentuh mee goreng tuh
sedangkan dia yang suka sangat mee goreng
auntie makan sesenduk, kawan auntie juga
sesenduk ajer..
Anak2 memang baham nasi, memang dia orang
tak suka mee kuning..
Dlm hati auntie berkata2..
Sayangnya, siapalah nak makan?

Alhamdulillah, selepas terawih
auntie ada tetamu 
Kawan yang dah lama tak jumpa

Anak auntie yang buat air kopi O kaw
hidangkan pada tamu tuh

auntie hanya larat untuk bersembang2
nak menapak dua tiga langkah pun dah tak larat

Wahh..dia suka mee goreng kata nya
hehehehe Alhamdulillah
uncle dan dia perabiskan  mee tuh

Bersyukur tidak ada pembaziran..


23 comments:

  1. aduhhh tengok pic2 lauk ni lapar pulak. lambat lagi nak berbuka. waaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Lya,

      Isehhh, memang sengsara tengok gambar2 makanan kan? hihihihi
      tapi bila dah berumur mcm auntie dah tak menjadi aper? relax ajer..hihihihi

      Delete
  2. alhamdilillah.. auntie saya ni masih gagah mengharung ramadhan.. semoga kuat menghadapi smpi akhir ramadhan. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Normala,

      InshaAllah dgn izinNya auntie harap dpt hingga penghujung Ramadhan

      Delete
  3. lama dah x pekena kuih kemboja tu. kuih bakar kitorang panggil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Eliss,

      Aah, auntie pun panggil kuih bakar juga

      Delete
  4. meriah n sedapnya. tertelan-telan air liur pija kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam anakku Peej,


      Telanlah air liur tu, nak makan datanglah sini

      Delete
  5. Alhamdulillah. Ella suka hidup auntie meriah macam ni .. tak la auntie rasa sick and lonely. Ella doakan auntie terus sehat. Ella percaya, Auntie kuat semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Ella,

      Alhamdulillah, kawan yang sesuai membawa bahagia, ada juga kawan yg boleh heret keneraka..hahahaha

      Delete
  6. Assalamualaikum Aunttie

    banyak nye juadah....


    Insyaallah, iftar ikut sunnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussallam atuk,

      Tidak membazir, semuanya habis.

      Delete
  7. Kenapa kak Nanie sampai menggigil2 lepas berbuka.. selalunya masa lapaq yg menggigil. Berkuat sangat kot.. semangat nak masak sebab Noy dah balik..

    Apa2 pun lauk2 kak Nanie nampak best la esp tempoyak tu.. tetus lapaq jadinya...

    ReplyDelete
  8. Dalam pada tak sihat tu masih sudi mempelawa kawan akak berbuka bersama2, imsyaallah murah rezeki akak sampai bila bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam sharifah,

      InshaAllah..Amin

      Delete
  9. Kak nanie...
    mee kasar goreng memang faberet saya...
    jika ada sambal sotong... hrrrrmmmmm memang suka sangat...
    - terasa2 nak rasa mee goreng kak nanie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Rahmah,

      hehehehhe akak tahu memang Rahmah suka mee goreng + sambal sotong

      Alah mee goreng akak biasa2 ajer tapi kalau makan sepiring mesti kaup nak tambah lagi..hehehehehe

      Delete
  10. salam..

    alhamdulillah.. makanan semua sedap2 tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Syira,

      Syukur..

      Delete
  11. alhamdulillah, byknya juadah yg enak enak semuanya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam susumanis,

      Aah, rumah auntie memang tekak berselera semuanya..Alhamdulilah
      lauk pauk memang habis

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...