THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, July 30, 2012

Hari Kelapan

Hari Kelapan jatuh pada Hari Sabtu
Bermakna anak auntie Khairul dah keMelaka
dengan family isterinya disana.

Pasangan anak auntie Peeja dan Ben
berbuka dengan mertuanya
so tinggal lah kami berempat branak saja
dan jemputan tetap kawan auntie,  Juita Zen

Uncle tiba2 terasa nak jemput dua pupu
dia berbuka dengan kami
pada auntie no hal
lagi ramai lagi meriah..
bukan kah gitu??
Tapi auntie jamu berbuka lauk2 belilah

Kalau dulu2 memang auntie dan uncle
amat rajin menjemput kawan2 berbuka dirumah
memang auntie masak...All dishes tau
kini..no strength

Agaknya hari2 seterusnya dalam bulan ramadhan
auntie nak ukur makanan diParam jerlah

Bila nak masak, terasa penat
memang dalam sinki dah berendam
bahan2 dari peti sejuk sejak pukul 1 tghhari
tapi bila tiba pukul 3 petang, auntie mesti
rase nak pengsan bila berdiri lama2 didapur

Hari kelapan tu
ada lah satu, dua macam yg auntie larat masak
selebihnya lauk beli..

Nanti kita tengok gambar2,  aper yang auntie masak
dan apa pula yang uncle beli..

Emm...Uncle beli dua jenis agar2
untuk memulangkan pinggan jiran kami

Agar2 pelagi dan agar2 kastad

Jom go through pemanis2
yang dibeli oleh uncle

Auntie tak ikut membeli, so segalanya
ikut selera uncle..
of coz dia juga terfikirkan
selera anak2 dan isteri tercinta..hihihihihi


Popia Goreng


                                                               Pulut Inti dan Karipap sardin kentang




Onde2 dan berbagai jenis kuih2 kukus

Macarons - Noy beli kat KLIA

Tart nenas - uncle beli kat giant
boleh tahan sedap gerk!

Kurma, Kismis, Peach dan Tin

Makanan Berat Pula..

Dua macam sambal 
belacan dan tempoyak
ulam kacang botol dan petai


Tiga macam masak lemak cili api
nenas ikan kering
rebung daging
telur itik belimbing


Rendang Limpa Tok
Huishhh..ni favorite auntie



Pajeri Terung dan 
sambal tumis ikan bilis petai

Bubur lambuk kg baru
Auntie tak makan nasi lansung tapi bubur lambuk saja pada malam tuh


Yg kat bawah ni auntie masak
2 macam ajer

Tempe masak jawa dan kari ayam kentang kering



Masakkan tempe tuh arwah mak mertua auntie yang ajar
Uncle suka makan tapi anak2 tak reti
Auntie suka juga tempe tu sebab rasanya lemak2 dan pedas

Dengan hidangan diatas meja tuh dapatlah
dapat menjamu selara kami berbuka
seramai 7 ahli (ada tiga jemputan malam tu)

Alhamdulillah...



14 comments:

  1. salam Ramadhan Auntie

    penuh meja tu....

    Selamat menjalani ibadah puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan kembali atuk,

      hehehehehe walaupun meja penuh tapi quantitynya
      sikit ajer, semangkok kecil2

      Sama2lah kita beribadah pada bulan yang mulia ini

      Delete
  2. Alhamdulillah. Ada rezeki untuk dikongsi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam kakcik,

      Gitulah, rezeki yg ada kita kongsi2 bersama

      Delete
  3. terliur pulak telur itik. dah la baru abs stok telur itik. kena pi cari param la gamaknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Eliss Mie,

      hehehehe..selain masak lemak cili api, auntie tak tahu masakkan lain yg pakai telur itik

      Delete
  4. kak nanie..
    jika dah sedap masakan yang dapat di Param, baiklah beli jer...
    nak makan bukan ramai sangat pun...
    dan yg dijual tu kena pulak dengan tekak... jika dekat.. saya pun teringin borong sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rahmah,

      Yeaaaaaa...

      hehehehehe tulah pasal, nak masak sikit, tapi kalau dah selalu membeli jelak lah pulak, kena juga masak sekali sekala

      Delete
  5. sedap2.. dan byk menu mlm tu yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      Sedap2 macam maner pun lauk pauk tu, auntie tetap makan nasi dua senduk sahaja

      Delete
  6. seronok dapat berbuka puasa ramai2 sya hari cuti2 je meriah suami dan anak dara ada di rumah hari biasa sedih aunty x lalu nak mkn teringatkan apalah yg diaorang mln masa berbuka dan sahur :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kasihibu,

      Betul, kalau ada peluang dpt berbuka ramai2...memang seronok

      Delete
  7. Kalau ramai yg nak berbuka tambah pulak ada tetamu.. Makchaq pu rasanya beli jugak la.. Tambah pulak makchaq bukan reti sangat nak masak macam2 lauk..

    Sedap nampak masak tempe tu.. Makchaq apa2 berasaskan tempe semua suka, walaupun bukan orang jawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq,

      Auntie dan uncle memang suka berbuka dan menjemput tetamu berbuka tapi tak berani lah ramai2..sebab dah tak kuat macam dulu lagi.

      Uncle memang suka tempe juga sebab nenek sebelah arwah ayah dia jawa sumatra...tempe ada dlm darah daging dia..hihihihihi

      Delete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...