THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Saturday, July 28, 2012

Hari Keenam Anak Balik dari Kuwait

Tak larat badan ni, tapi masak juga sebab anak bungsu nak balik
dari Kuwait setelah berada disana selama sebulan setengah..
Dia akan dpt berbuka dirumah kata nya..
Aduhai, dia minta auntie masakkan Asam Pedai Cair
dan Ikan jaket goreng garing
Walaupun simple tapi berat pada auntie dgn badan yang tak sihat

Lebih kurang pukul 1:30 uncle balik dari pasar
gi cari ikan jaket dan kacang bendi yg auntie pesan
tapi satu trolley dia borong,
Auntie tak masuk kedapur lansung
untuk menyimpan apa yang dibelinya dari pasar
biarlah dia yang buat pelan2
nanti auntie kena berdiri untuk memasak pulak
uncle memang ada kesabaran menyimpan barang2
dalam peti sejuk tapi susunannya hancusss lah
kalau auntie nak masak kena punggah balik
Dimana ikan? ayam? daging semua bertindan2..
hihihihi

Kus semangat, padat peti sejuk
Paru, udang, daging, ayam dan ikan2..
siap dengan santan fresh berpeket2

Menangis auntie..sebab auntielah juga yang kena
memasak nanti..
Demi Allah..auntie dah tak larat bulan puasa ni
kenapalah suami auntie tidak faham atau buat2 tak faham?
Auntie rasa ni adalah satu penderaan pada auntie...
Betul2 Menangis auntie depan peti sejuk..

Emmm...dengan doa dan istigfar auntie mulakan
memasak untuk...
anak yang akan pulang
suami dan anak2 yang berselera, pandai makan
dan masih sukakan masakkan auntie
Alhamdulillah..

Penat nak citer panjang2...
layan lah gambar2
diambil oleh uncle yang kelaparan berpuasa
gamaknya..
gambar2 tunggang langgang..
hehehehehehe
Kuih frozen mentah yg di beli oleh Khairul diopisnya
auntie goreng jer sbb tak nak simpan lama2 dlm peti sejuk

Kurma fresh Ajwa 
yang di bawa balik oleh Noy dr Kuwait


Agar2 cendol yg diberi oleh jiran auntie


Kuih lopez dibelli oleh Khairul


Kuih ketayap 
juga di beri oleh jiran yg sama


Roti John dan Popia dibeli oleh Khairul 
Semua yang di belinya di Kampung Baru


Murtabak Ayam dan Daging
di beli oleh PG
Karipap frozen auntie yg goreng

Air sirap bandung kegemaran keluarga
pada setiap ramadhan

Masakan auntie pada petang tuh..
yang di minta oleh anak bungsu
dalam facebook di wall auntie
sehari sebelum dia balik
dari Kuwait..hihhihihi

Asam Pedas Cair Ikan Merah dan bendi

Rendang Daging

Sambal Tempoyak, Sambal Belacan, 
Ulam kacang botol dan petai
Ikan Jaket goreng garing dan tenggiri asin

Ramai dan penuh rakyat masa berbuka malam tuh hihihihi
Peeja & Ben pun balik, kawan auntie (Juita)  juga ada

Seronok kami makan sambil berborak dgr citer2 Noy
di Kuwait..
Alhamdulillah..

Katanya cuaca panas meletop
kalau pecahkan telur dlm kuali
hulurkan ditingkap..telur tuh boleh masak..








23 comments:

  1. salam..

    mmg seronok klau rmai2
    ceria je hti kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Maiyah,

      Aah, ramai2 seronok berbuka, terasa waktu singkat

      Delete
  2. Adoh kak nanie..
    kecur air liur dengan masakan kak nanie..
    memang sedappp, sedappp dan sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Rahmah,

      hehehehehe belum rase dah kata sedap3
      Isey..

      Delete
  3. alhamdulillah...sedapnye..pepun masih tlarat kudrat maklong utk ke dapo..sama mcm sy jgk maklong..dlm pantang nawie masih suruh sy masak..nsb baik msa tu mak adk ada..skrg dh nak masuk mgu k3..alhamdulillah dh blh buat keje sdri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Iza,

      Emmm..nasib masing2 berlainan, kita harungi apa ajer yang telah ditakdirkan..

      Alhamdulillah, Iza dah boleh berdikari

      Delete
  4. Semoga diberi kekuatan mcm aunty, nk uruskan family, bergenang pulak air mata ni tgk kesungguhan aunty nk masak untuk anak, kasih seorang ibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam mrs shaifull,

      Memanglah harus kita sentiasa berdoa agar ada kekuatan untuk memberi khidmat sebagai isteri dan ibu pada family..

      Delete
  5. Salam Aunty,

    Demi anak gagah juga memasak ya.. Saya doakan Aunty diberi kesihatan yg baik. Dalam tak larat tu banyak juga Aunty masak :)

    Take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali peparidsign,

      Terima Kasih atas doa kesihatan auntie

      Delete
  6. Assalamualaikum aunty,
    Terliur benar dengar ikan jaket goreng tu..Sebenarnya itulah yang saya idam2 kan sejak tau diri mengandung,tp sayang,di Norway ni xde pulak ikan cencaru.Rindu betul sambal ikan cencaru mama saya..Yang ade kt cni ikan mackerel,xsama rasanya..Semoga aunty dan keluarga sehat hendaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussallam Warahmatullahi Wabarakatuh Ciklulu,

      Ohhhh..sian pulak auntie dengar keinginan utk makan ikan cencaru.
      Bila balik bercuti ke Malaysia? Moga dapat makan sebelum melahirkan..InshaAllah

      Terima Kasih doa kesihatan untuk auntie

      Delete
  7. kasihnya ibu membawa ke surga, sy angkat topi kt aunty yg x larat pun siap segala utk anak anak dan suami berbuka, may Allah bless u , aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam susumanis,

      Terima Kasih angkat topi utk auntie hihihihi
      dan terima kasih sekali lagi atas doa utk auntie

      Delete
  8. Dah nasib kita jadi isteri dan ibu kak, walaupun badan sakit kita buat juga pelan pelan. Saya masih ingat lagi masa saya belasan tahun, mak saya masak sendiri kat dapur walaupun dia demam saya langsung tak menolong maklumlah manja sekarang baru tahu bila diri sendiri dah jadi ibu.

    ReplyDelete
  9. AsSalam sharifah,

    heheheheheh gitulah juga akak dulu2, tak ambil kisah arwah mak didapur, karma kehidupan, sekarang masaklah akak didapur sensorang, sedangkan anak2 berbual depan tv..

    ReplyDelete
  10. Sya sedih baca part aunty menangis tu,sebab teringatkan kudrat bonda sya yg sama dgn aunty..buatlah perlahan2 ikut kedayaan kudrat aunty ye...tp demi keluarga yg di sayang tiba2 je ada mcm rasa superwomen w.pun lepas tu badan sendiri yg menanggung kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam kasihibu,

      Betul2 auntie tak larat ketika berpuasa, memang auntie mohon pada Allah kudrat untuk menyediakan aper yang patut

      Delete
  11. Salam aunty :)

    uncle & anak-2 tuh sangat sukakan masakan aunty...kalau beli lauk yang sama...tetap takkan boleh tandingi air tangan aunty...sbb tuh lah uncle beli banyak lauk pauk untuk aunty masak :)

    I doakan aunty dikurniakan kesihatan yang baik...insyallah.

    Take care aunty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali ummisara,

      heheheheh betullah tu, uncle kata masakkan sendiri tak sama dgn yang beli.
      tapi auntie tak larat sejak mengalami sakit macam ni.

      Terima kasih doakan kesihtan auntie.

      Delete
  12. seronokkan berbuka beramai2..belum ade kesempatan lagi balik ipoh nak berbuka dengan mak tersayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam shuweet,

      heheheheh memang pon seronok berbuka beramai2..
      Bila cadang nak balik keIPoh?
      Menantu dan cucu Auntie pula hujung minggu ni mereka diKL

      Delete
    2. cadangnyer kalau takde ape2 nak balik hujung minggu nih....

      Delete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...