THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, July 26, 2012

Hari Keempat Cuba Memasak Sendiri

Uncle minta auntie masak
untuk berbuka pada hari keempat..
teringin masakkan auntie lah tu
hihihihihi


Terfikir juga dihati 
Aduhai..kalau hari2 biasa
auntie memang tak miss memasak
tapi bulan puasa ni,
Emm...memang tak larat bila
sakit bisa2 badan dan lemah
sepanjang hari..
Sememang dah jadi amalan harian
bila sakit jer, auntie akan telan pain killer..
legalah sikit sekejap
tapi bila bulan puasa,  tanpa pain killer
emmm...bayangkanlah..sakit yang di tanggung..

Tak perlah, barang2 kat peti sejuk pun padat
kalau tak masak, nanti rosak pulak
tak sanggup auntie buang ke tong sampah

Slow2, sorang2 auntie masuk dapur pukul 3:30 ptg
Jengok2 aper yang ada dlm peti sejuk..
untuk siapkan hidangan berbuka hari keempat..


Hasil nye..


Sayur goreng Jawa 
(Kacang panjang+karot+tempe+ tahu+soohun+udang)

Kambing Black Pepper

Sambal Mentah Tempoyak + Timun Jepun


Kari Ayam + Kentang

Bubur Lambuk (uncle beli)

Cendol
Aduhai, kenapa handbag auntie pun interframe?


Bila dah penat di dapur
Auntie tak larat nak ambil gambar sendiri
auntie minta tolong anak auntie si Khairul snapkan 
Ishhh...gambar kuih muih dia terlupa gamak nya..

Tajuk N3 auntie lambat sehari kan? hihihhihi
tak perlah..orang tua slow2 ler

Hari ni hari yang keenam berpuasa
Anak bungsu auntie balik dari Kuwait
setelah kesana selama satu setengah bulan
menjalani kursus dan renew lesen penerbangan
Entahlah pukul brape dia sampai, 
mungkin sebelum berbuka puasa kot
dia siap pesan di facebook auntie semalam
suh masak Asam Pedas cair
dan ikan jaket goreng garing2 untuk dia berbuka

InshaAllah...dapatlah auntie dakap dan peluk cium dia
Rinduuuuuuu sangat2..






20 comments:

  1. Isteri mithali la kak Nanie ni.. padanla abang Bob sayang.. he he

    Dlm sakit2 macam2 boleh masak.. malu pulak makchaq rasa.. makchaq selalu 2 lauk saja..

    Makchaq n anak2 suka sangat sayur goreng jawa.. kalu buat mesti kena lebih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam makchaq,

      Masak sekali untuk sahur, nanti panaskan ajer bila nak makan

      Aah, kami sekeluarga pun suka sayur goreng macam tu

      Delete
  2. takpe auntie.. buat bila rasa mampu je taw..kalau rasa tak sihat sgt, rehat taw.. Assalamualaikum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Suya,

      Tulah, auntie ikut rentak kesihatan, kalau sihat buat kalau tak beli

      Waalaikummussallam Warahmatullahi Wabarakatuh

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Kak Nanie,

    selamanya seorang isteri dan ibu tak akan sanggup mengecewakan permintaan suami dan anak2, kan?

    Semoga Allah SWT terus memberikan kekuatan buat akak, InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussallam Warahmatullahi Wabarakatuh Kakcik,

      Berkorban apa saja..hihihihi

      Terima Kasih atas doa

      Delete
  4. rajinnye auntie masak
    malu pulak dengan diri sendiri yang still bertenaga ni tapi malas masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Shakira,

      Auntie rajin memasak sebab memang suka masak, suka dapat hasil dari air tangan sendiri

      Delete
  5. As salam Auntie. Walau pun dgn keadaan auntie tak sehat, auntie masak macam-macam. Ella doakan auntie terus sehat. Auntie kuatkan semangat ye. We love u auntie. We want u to be happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Ella,

      TQ so much Ella, tak putus2 mendoakan kesihatan auntie

      Delete
  6. mesti auntie x sabar tggu noy balik kan?

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..
    Lauk kak naie memang sedap2..
    Terbaek dari seorang isteri dan ibu...
    ## nanti share resepi sambal goreng jawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Rahmah,

      hehehehhe resepi sambal goreng jawa?
      InshaAllah

      Delete
  8. sedappp nyer lauk2 tu auntie.......

    ReplyDelete
  9. Masak sendiri memang puas hati kak, tapi kalau macam akak ni kesian pulak saya kalau akak duduk sebelah rumah saya hari hari saya hantar lauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Wah beruntung badan kalau ada insan menghulur lauk setiap hari..huhuhuhu

      Delete
  10. sayur goreng jawa... lama dah kita tak merasa aunty. dulu masa dok kat johor my mum selalu buat. Ni dah balik Kuching lupa pula cara nak buatnya.... nanti nak google lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tia,

      Aah sedapkan, betul tuh Mr googles boleh menolong bila lupa..hihihihi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...