THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, July 25, 2012

Berbuka Hari Ketiga

Emmm...tak larat lagi nak memasak
tapi laratkan juga ke Param untuk membeli
kalau nak ikut badan memang tak kuasa
nak keluar rumah tapi auntie risaukan
uncle beli yang melalut2 dan membazir
maka auntie beli aper yang patut saja

Auntie masih berlegar di tempat yang sama
di Param AU2
parking senang dan tak sesak dgn manusia
bergesel badan.

Peminta sedekah berderet
Orang buta dengan alunan nyanyian,
ada yang cacat kaki, cacat tangan
dan ada ibu memangku bayi
Mungkin lumayan hasil tadahan
kole yang mereka goncang2 berisi
duit2 siling pada bulan ramadhan?
Auntie perasan bila mereka dapat
dari sesiapa duit kertas
mereka akan simpan dalam poket
yang tinggal hanya duit siling dlm kole..
Strategy merekakah itu?
Moga yang menghulur ikhlas bersedekah
dan yang menerima benar2 orang2 yang
memerlukan..
Wallahualam

Okaylah..pilihan auntie petang tuh

Cara berlauk Rm 2, Akok Rm 2 dan pulut inti pedas dan manis Rm 2

Putu piring Rm 2, kuih bakar Rm 2 dan talam gandum Rm 2

Total kuih muih Rm 12

Lauk pauk pulak

Salai daging dan kentang masak lemak cili api Rm 5


Batang keladi masak asam rebus Rm 2


Kerabu perut Rm 2


Pajeri Terung Rm 2


Sambal tumis ikan bilis petai Rm 3


Pegedil Rm 3, Ikan Bawal berlada Rm 8, (sekor Rm 4)
Ikan goreng bawal kosong tuh auntie goreng
sendiri..hihihihi sbb takut yg beli tuh manis

Total spend on lauk pauk Rm 25

Alhamdulillah..auntie bersahur tak payah masak
cuma panaskan ajer yang tak habis dimakan 
dua ekor ikan bawal berlada, 
balance lemak daging salai dan sambal tumis bilis petai
Nasi panas2..
Air Teh O wangi cap masjid

Tunjuk2 lagi ker? untuk hari Keempat nanti?





16 comments:

  1. auntie.. bertiga pun byk gak yer lauk2 dan kuih muih auntie..huhuhu.. take a good care of urself.. jgn paksa dia utk masak.. xpelah tunjuk2.. bila aunite betul2 boleh masak baru auntie start masak yer..selamat berpuasa auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam NorMala,

      hihihihi kami berempat berbuka, sebab auntie ada menjemput seorang kawan berbuka dirumah auntie sepanjang ramadhan.
      Kesian sebab dia seorang balu dan kesaorangan.
      Seronok dapat berbuka dengan dia sebagai tetamu

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Kak Nanie.

    Berbuka semalam pun saya beli lauk pauk dan cuma masak nasi serta bancuh air. Sebabnya, peti sejuk rumah saya mengalami 'musim kemarau' - bahan mentah untuk dimasak tiada. Mungkin hari ini baru suami saya pergi beli dan bolehlah saya memasak semula petang nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussallam Warahmatullahi Wabarakatuh Kakcik,

      hihihihihi..tulah pasal, kalau tak de bahan, nak masak macam maner?

      Tapi yg sebenarnya masak sendiri, walaupun simple tapi puas makan.

      Delete
  3. wah sedap tengok sambal petai tu. tergolek2 petai dia. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Lya,

      Memang sedap sambal petai tuh, serupa mcm sambal auntie masak, nanti nak beli lagi kalau kesitu

      Delete
  4. Alhamdulillah..
    Rezeki org menjual dan rezeki org membeli..
    Jika kena rasanya dgn tekak, boleh beli lg... Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Rahmah,

      Betul..kehidupan yang dah tertulis di luth

      Beli pun selalu di gerai yang sama, tak brani cuba gerai baru..

      Delete
  5. Jun hari-hari memasak atas permintaan anak2. Beli tetap beli tetapi nasi dan lauk kena masak. Penat merempit balik kerja sampai rumah 6 petang cepat2 sinsing lengan memasak.

    Take good care untie. Memasak atau membeli yang penting kita masih terus dapat menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Jun,

      Betul, masak ker, beli ker kita sebagai ibu mesti tentukan ada hidangan berbuka utk anak2 dan family.

      Delete
  6. Kak saya masak sendiri, di telok panglima garang makanan kat pasar ramadhan tak sedap langsung,

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Sharifah,

      Masak sendiri dapat kepuasan selera makan.

      Delete
  7. Salam aunty, kuih akok tu dibakar dekat situ ke, or aunty beli yang siap bungkus2 dah? Sebab saye carik kuih akok tak ada orang jual tahun ni dan tahun lepas.... Kecewa sgt... Huhuhu.... Coz mase 2010, punye meriah gerai kuih akok dkt param danau kota..... Btw param au2 tu dkt belah mane aunty? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSaam HadSha,

      Kuih akok yang auntie beli dia buat kat situ panas2, ada dua perisa, pandan dan biasa2.

      Param AU2 tuh berhampiran kat Masjid dan 7E, auntie tak tahu address penuh dia

      Delete
  8. Salam Auntie. Tak pe la kalau terpaksa tunjuk-tunjuk pun, Janji auntie sehat, kannn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Kakchik Ella,

      Emmm...auntie sentiasa tak sihat tapi terpaksa pertahan saja

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...