THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, June 20, 2012

Suamiku Berfacebook

Bangun pagi amat sakit dan bisa badan auntie
selalu memang macam tuh lah..
walaupun cukup tidur dan makan berjaga

Routine biasa setiap pagi
Inject insulin..
Hari ni sarapan sekeping roti gardenia coklat dan nescafe
Telan ubat2 saraf dan pain killer
yg di issue oleh doktor pakar

Uncle kata bawalah berpeluh ke garden
dah banyak daun2 pokok bunga kering

Emm...auntie bukan nya tak berpeluh
memang berpeluh bila buat kerja2 dalam rumah
tapi elok jugalah dibawa berpeluh diluar rumah
sekurang2nya kena matahari utk beberapa jam

Alhamdulillah..beres mengendalikan daun2 kering
masukkan dalam plastik bag
Emm...berjangkit mengalih pasu2 bunga pula
bila dah alih pasu bunga
lantai yg berbekas, auntie berus dan simbah air

Kucing2 dalam kandang auntie
melonjak2 kena tempias air yg auntie spray lantai
Buka kandang tujuan nak bagi makan
Baju auntie tersangkut kat kandang..
Apa lagi..melompat keluar 4 ekor kesemuanya
Ishhh..dah 2 bulan baby2 kucing dalam kandang
sejak lahir, sekarang dah besar semuanya..
tak perlah..memang mereka nak bebas kot
tapi auntie tak tutup kandang, makanan, air dan
pasir ada dlm kandang kalau2 mereka
masuk balik..

 Gambar dari facebook tiga minggu sudah
comel kan? Baka kucing siam gamak nya

Baru seminggu ni ketiga2 kena kurap kat telinga
Auntie spray ubat kurap tiap2 hari
sekarang dah baik sikit

Aduhhhh..tercerita pasal kucing pulak
tak masuk tajuk n3..hihihihi

Okaylah..
Dah siap depan, auntie masuk dalam rumah
punya lah penat..Allah saja yang mengetahui..
Penat sampai tergigil2 dan terketar2..
lalu menangis mengadu kat uncle

Lahhh...kenapa you terlebih buat kerja?
Dahhhh...gi shower, pakai tabita
dan rehat kata uncle

Sambil jeling uncle..
Dalam hati auntie kata
sempat pesan suh pakai tabita pulak?
macam lah tabita boleh pulihkan tenaga
huhuhuhuhu...

Agaknya, auntie comot kot dgn peluh2
maka dia suh mandi dan pakai tabita supaya nampak
segar..hahahahahaha

Ada lebih kurang sejam auntie rehat
dah time masuk dapur pulak
nak masak untuk tengah hari

Emmm...tak terdaya rasanya nak masak
tapi entahlah..
auntie tetap masak juga

Gunting kacang buncis,
Kopek udang dan goreng
Sambal tumis sardin..
Dah lah, asal ada jer lauk yg boleh
dimakan untuk tghhari ni..

Kebelakangan ni auntie dah kurang buat n3
sebabnya?
Uncle dah sibuk dengan facebook
guna lappy auntie
Baru terbuka hati dia nak bukak account

PC ada sebuah kat landing area,
tak mahu pulak dia pakai,
Auntie pulak tak larat nak naik tangga
Ishhhh...kena alih kebawahlah jawab nya

Uncle sentiasa melekat jer dgn facebook
rupa2nya dia sibuk upload gambar2 lama
buat album dan pandai pula dia cari
kawan2 tentera dia..
Tak perlah..sekurang2nya dia dapat
berinteraksi dengan kawan2 tentera dia
yang duduk jauh dari KL

Bukan itu saja, auntie
punya readers pun ada jadi
frenz dia..hahahahhaha

Kata auntie pada uncle
If you are happy, I am happy too
coz kawan2 dia adalah kawan2
auntie juga

Mula2 uncle buat account facebook
auntie lah jadi sasaran nya
pantang nampak kelibat auntie
dia gamit suh ajar
nak upload gambar, buat album
hihihihi
sekarang dah independent dah..
tak gamit2 auntie lagi..

Alhamdulillah..


42 comments:

  1. Replies
    1. Salam cekodok,

      heheheheh comel2 comot bila dah tua2..

      Delete
  2. ha3 terhibur dengar cerita uncle dan fbnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam radiah,

      Itu citer suka2 dlm perjalanan hidup, ada kalanya yg sedih pun menyisip jua..

      Delete
  3. salam auntie,
    nadia pn frenz dgn uncle.
    uncle auntie, ramah2 belaka.

    uncle skrg da teror la ye?
    bole ajar uncle buat blog ni.hehehe

    auntie, semoga sihat2 belaka ye,
    kirim salam uncle :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nadia,

      Ohhhh yea ker? Huishhh..merayap merata uncle dlm facebook..hihihihi

      Aah, teror betul dah uncle dgn facebook, dah mula ramai yg add dgn dia and vice versa

      Salam nadia utk uncle dah auntie sampaikan..

      Delete
  4. wahhhh..uncle dah macam abah saya jugak auntie..sejak ada account FB ni potensi untuk anak-anak atau cucu main laptop tok wan dah semakin tipis hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nonie,

      Tulah pasal, asyik uncle jer monopoli lappy auntie nih..hahahahha

      Semalam auntie sound uncle, lappy untuk light duty jgn lah pakai berjam2, nanti rosak..huhuhuhuhu

      Delete
  5. loving couple tul lah Uncle dan Auntie nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pB,

      Loving2 pun ada juga kalanya tergigit lidah..biasalah adat
      berumah tangga dah lama

      Delete
  6. Hehehe... Bagus sebenarnya fb ni... Untuk mencari kenalan yg Dah lama tak jumpa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mooniqueen,

      Betul, uncle seronok betul dgn fb dia, selalu dia gamit auntie utk duduk sebelah bila dia dapat jumpa kawan lama dia..
      Kami enjoy bersama2 tengok album kenalan lama

      Delete
  7. Haha...comel plk untie & uncle nie....so sweetttttttt...mnjalani hari2 tua dgn bahagia n penuh kasih syg.....uncle tu bole plk pesan suh pakai tabita....nak untie sntiasa lawa2 la tu....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Qaseeh,

      Aah, auntie cuba menjalani hari tua dengan baik perhubungan suami isteri, tak lama lagi perjalanan hidup kami, siapa dulu pejam mata?

      Uncle dari muda suka auntie 'bersiap' walaupun duduk dirumah..ishh

      Delete
  8. Agaknya sempat tak saya dgn hubby lalui saat2 macam tu bersama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      InshaAllah, jagalah keharmonian rumah tangga, berkasih sayanglah, memang ada pertelingkahan tapi jangan biarkan lama2, cuba berbaik2 secepat mungkin, bermaaf2an..

      Delete
  9. Huhuhu... 2 2 comei. still loving smpi skrg. envy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      Alhamdulillah, jodoh auntie dan uncle panjang, dah lalui segala rintangan, maka pada usia yg dah tua kami berdoa agar happy hingga keakhir hayat.

      Delete
  10. salam auntie..
    tadi tengok kat feeds new FB dan npk auntie tukar cover TL. loving couple sungguh. Pastu perasan uncle bob dahda FB. Suka sangat dgn both of u. wishes i boleh jadi mcm auntie and unlce (loving couple sampai tua) one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam DSHK,

      InshaAllah, doa pada Allah agar diberikan harmoni rumah tangga, jika ada ujian, hadapilah dgn redha, sayang menyayangi dan sentiasa bermaaf2an dgn suami.

      Delete
  11. Saya dan Wan pun dah jadi kawan facebook abang bob, sekurang kurang nya dapat juga dia menghiburkan hati dia kan kak maklumlah anak anak sentiasa ada hal masing2 dan cucu pulak jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sharifah,

      hahahahaha dgn Wan pun dah jadi kawan abg bob? Ishhhh3x
      jauh betul perjalanan abg bob dlm facebook, gamaknya habis kawan2 akak dia add. hihihihihi

      Aah, sekurang2nya minda dia terbuka bila berhadapan dgn fb..

      Delete
  12. Comel je dgr auntie citer...semoga auntie n uncle sihat n happy selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yati,

      Terima Kasih doakan auntie dan uncle

      Delete
  13. Amboiii uncle ^______^

    Auntie take care ye. semoga sihat2 selalu. lebiu auntie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ai,

      Lebiu u too, TQ doakan kesihatan kami

      Delete
  14. hehehe.. so sweet uncle ada FB acc jugak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam peparidsign,

      hehehehehehe

      sweet2 sour, bila uncle bukak fb
      auntie dah tak de privasi hihihihihi

      Delete
  15. Seronok baca kisah keluarga bahagia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hani,

      Dalam seronok2 kehidupan akak, ada juga yang tak seronok..hihihihi cuma tak citer jer

      Delete
  16. hai auntie! saya reader dan friend fesbuk auntie jugak! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam gB,

      Aah, berkawan di dua tempat yeah..Alhamdulillah

      Delete
  17. Fb ni baru2 ada a/c makchaq pun teruja.. sekarang ni buka untuk tahu perkembangan semasa kawan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq,

      Betul teruja dgn facebook, saya selalu buka sebab situ ajer yg dapat saya berbual dgn kawan2.

      Delete
  18. welcome to facebook uncle bob...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shuweet,

      Ramainye welcome uncle..
      anyway TQ on behalf of uncle..

      Delete
  19. salam auntie..saya pun nak fren ngan uncle jgk bole ker hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puteri,

      Apa salahnya silakanlah..

      Delete
  20. sonok bc blog untie..tb2 rs untie ni mcm makcik sy lak..huhu..take care k!

    ReplyDelete
  21. harap2 dah pencen nanti saya dan suami akan jadi sweet couple macam auntie dan uncle

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...