THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, June 29, 2012

MENANGIS

Lahirnya keinsafan dan dari keinsafan bederainya air mata.
Dari deraian air matalah gugurnya dosa, dengan gugurnya dosa
maka sucilah jiwa. InshaAllah

Bagaimanakah untuk kita menjelmakan perasaan  ini
dalam jiwa kita? Tidak ada jalan lain lagi kecuali kita
memikirkan kembali perkara2 berikut :

Kematian yang akan menempuhi kita dan kubur yang
sedia menunggu kedatangan setiap yang hidup.
Bagaimana pula dengan soal Mungkar Nakir di kubur
yang akan menyoal dengan setiap dosa yang kita lakukan?
Dan adakah kubur kita akan menjadi kancah daripada
kancah api neraka atau menjadi taman dari taman Syurga?
Sekiranya kubur menjadi kancah api neraka, mampukah
menghadapinya dengan 70 hasta dai kuku malaikat
Mungkar Nakir itu?
Mampukah kita menghadapi ular ular sebesar anak
lembu dengan sekali patukkan sahaja sakitnya akan kita
rasai selama 70 tahun?
Mampukah kita menanggung sengatan kala jengking yang
sepitnyanya sebesar batang kurma?
Sedangkan tidak seorang pun dari kita akan melepasi
kematian dan kenyataan kubur yang sedang menanti

Jika pemikian kita selalu di arah untuk memikirkan
perkara yang disebut di atas InshaAllah ketakutan
akan menjelma

Hari Akirat ialah hari terakhir bagi alam ini.
Kegoncangannya begitu dahsyat sekali. Ketika itulah
kita akan diheret ke padang mahsyar untuk di hisab,
seluruh perbuatan kita lakukan sama ada baik atau jahat
akan di pertimbang oleh Allah s.w.t

Sekiranya kejahatan kita mengatasi kebajikan kita sendiri,
dimanakah kita ketika itu?
Sekiranya ke neraka, mampukah jasad mu mendukung api
yang dibakar seribu tahun hingga menjadi hitam lalu dibakar
lagi hingga menjadi putih spt debu arang.
Tenaga api melebihi 70 kali ganda daripada apa yang ada
di dunia.
Mampukah meminum nanah dan darah serta air2 bisa?
Mampukah makanannya adalah buah zakkum yang dipanaskan
berserta dengan duri2 yang tajam di mana akan menjerat semua
urat2 perut akan terburai. Urat perut yang terburai akan
di heret diatas tanah dan dipijak oleh sesiapa yang ingin
memijaknya.
Mampukah menanggung azab yang mengerikan itu?

Sekiranya kita merenung kematian dan bersama sama dengan
permasaalahnya serta akhirat dengan kesukarannya, InshaAllah
ketakutan dan kebimbangan akan dapat kita rasai, ketika
itu kita akan merasa INSAF dan akhirnya kepada tangisan
dan deraian airmata.

Ketahuilah bahawa, air mata keinsafan yang mengalir itu
dapat menyucikan jiwa manusia.
Ini dijelaskan sendiri oleh Nabi s.a.w. didalam hadis hadis
yang banyak, diantaranya ialah :-

1. Dari Ibnu Abbas :

Maksudnya : "Aku mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda
dua jenis mata yang tidak disentuh oleh api neraka ialah
mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata
yang berjaga di jalan Allah s.w.t."

2. Maksudnya : " Tujuh golongan dilindungi Allah dibawah
lindungannya di hari yang tiada sebarang pelindung
(salah satu daripadanya) seseorang yang mengingati Allah
ketika keseorangan lalu mengalirkan air matanya"

3. Baihaqi meriwayatkan dari Al-Abas bin Abd.Mutalib r.a.
berkata
Maksudnya :
Rasullullah s.a.w. bersabda
" Apabila gementar seorang hamba kerana takutkan Allah
maka berguguranlah segala dosa-dosanya sebagaimana
berguguran dedaun dari pokok yang kekeringan"

4. Tarmizi meriwayatkan dari Abi Umarah dari Nabi s.a.w.
Maksudnya :
" Tiada sesuatu yang dikasihi Allah lebih baik dari dua wangian
dan dua kesan. Wangian air mata yang mengalir kerana takutkan
Allah dan wangian berupa darah yang menggalir kerana berjuang
dijalan Allah. Adapun dua kesan ialah kesan kerana menunaikan
fardu yang difardukan oleh Allah (iaitu solat berjemaah)"

Untuk menjelaskan lagi maka diceritakan beberapa contoh
perlakuan Nabi s.a.w. sebagai tauladan dan penghayatan
untuk kita bersama.

1. Nabi bertemu dengan Ibnu Masuud dan berkata :
"Bacalah untuk mu Al-Quran"
lalu Ibnu Masuud berkata :
"Apakah aku baca untukmu Al-Quran sedangkan
kepada engkau diturunkan"
Nabi menjawab, " Aku suka mendengarnya dari
orang lain" lalu Ibnu Masuud membacanya iaitu
surah An-Nisa sehingga sampai ayat 14 lalu Nabi s.a.w.
berkata " Cukuplah sekadar itu" lalu Ibnu Masuud
memandang wajah nabi, didapati pipinya dibasahi
dengan air mata.

2. Apabila Nabi s.a.w. menceritakan tentang api
neraka seorang lelaki dari Habsah menangis
teresak di hadapan Nabi.
Tiba2 datang Jibrail lalu bertanya kepada Nabi,
"siapakah yang menangis itu? Baginda menjawab,
"Lelaki dari Habshah dan aku mendoakan baginya
kebaikan"
Maka berkata Jibrail " Sesungguhnya Allah berfirman :
"Demi kekuasaanKu dan ketinggian di atas Arasy, Tidak
menangis satu mata dalam dunia ini kerana takutkan Aku
melainkan Aku banyakkan ketawa untuknya di Syurga."

3. Abdullah bin Amru apabila mendengar Nabi bersabda :
"Sekiranya seorang ahli neraka dikeluarkan kedunia, maka
akan mati seluruh penghuninya kerana rupanya yang buruk dan
baunya yang busuk". Kemudian Abdullah menangis tersedu sedu.

KESIMPULAN :

1. Kita perlu menjadi orang yang banyak menangis dimuka
bumi bukan menjadi orang yang banyak ketawa yang akan
mematikan hati.

2. Menangis kerana takutkan Allah boleh menggugurkan
dosa hamba saperti gugurnya dedaun yang kering.

3. Mengingati mati dan permasaalah2 selepasnya ketika
berada dikubur disamping banyak mengingati akhirat dengan
azab dan sasaranya akan menolak untuk merasai takut dan
insaf.

4. Lihatlah Nabi dan sahabat2 dalam konteks menangis
kerana takutkan Allah agar menjadi pembimbing pada
jiwa kita bersama untuk merasai demikian.

Pengarang
Ustaz Haji Othman Hj Ibrahim
B.A. Al-Azhar (Usuluddin)



13 comments:

  1. thanks auntie for d info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      You r most welcome dear

      Delete
  2. Takut kakak bila baca N3 ini kakak rasa semakin kerdilnya diri ini auntie. Terima kasih kongsi N3 ini.. sangat indah utk dijadikan renungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Renung2 dan dapatkanlah air mata itu..

      Delete
  3. Akak selalu post cerita2 begini membuatkan saya rasa insaf, terasa masih banyak dosa, mudah mudahan Allah terima segala amalan amalan yang baik yang telah di laku kan, insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Allah Yang Maha Mengetahui..InshaAllah amalan yang ikhlas utkNYA akan menerima yg dijanjikan

      Delete
  4. Memberi kesedaran betapa azabnya balasan bila kita lupa dan ingkar suruhanNYA. Terima kasih atas ingatan.

    ReplyDelete
  5. Salam kak Nani, saya terharu dan bersykur kak Nani masih boleh berkongsi kpd kami setiap Jumaat dan berkongsi cerita saban hari...
    moga kak Nani terus tabah dan kembali sehat sperti dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Queenie,

      Mudah2an gitulah hendaknya..

      Delete
  6. salam..singgah melawat

    ReplyDelete
  7. jazakallah khair kak nani, 1st time comment kt sini, selalu kt blog peej je, love tiz posting very much, may Allah keep blessing u n yr loved one aamiin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...