THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, June 12, 2012

Mati Akal

Kaki makan dah tak ada
dah kawin dah berpindah
Kuranglah korum sorang dalam rumah
Yang tinggal bukan tak kaki makan
Makan tapi tak ada feed back
sedap ker? masin ker? tawar ker?
makan ajer sampai habis dipinggan..
jenis tak tambah..
Uncle pula makan nasi sekali saja
dalam sehari, dia suka kuih muih
bubur dan roti jadikan meals yg lain..

Sejak kebelakangan ni
auntie tak berapa nak reti nak masak
bila kurang korum sorang, nonoy terbang
tak per lagi tak terasa
tapi bila 3 orang tak ada
Peeja pindah
Khairul balik melaka
Noy terbang..
Mati akal auntie, apa nak masak?
Banyak mana nak masak?
Kena adjust takut tak habis
makanan yang dimasak..

Contohnya..
Auntie goreng Kuey Teow
selalunya sebungkus setengah
sekarang sebungkus pun
tak habis..jadi auntie panaskan,
kami makan sampai kepetang
Bila malam, nak masak aper?

Kalau masak malam, kalau tak habis
tak kan nak  panas, makan utk sarapan pulak
Ishhhh...
Tak seronoklah..kalau masakkan
tak habis, auntie pula jenis tak suka
masakkan yang sama untuk meal kali
kedua..
hihihihihi auntie cuba masak sikit
rasa macam main pondok2 pulak..

Kesudahan nya auntie
jadi mati akal

Semalam auntie masak sambal tumis sardin
satu tin jer dan so hoon tumis air
Masih ada  lagi dlm periuk
petang uncle ajak kerumah peeja
so auntie pack lauk tuh bawak
kerumah peeja, tinggal kan dua ketul
untuk PG dan Ayol..
Alhamdulillah..pagi ni basuh periuk
kering kontang atas dapur
Ishhhh..anak lelaki,
tak tolong basuh bila lauk habis
dalam periuk..

Ni dah pukul 11:30 pagi
time untuk auntie kedapur
untuk masak tengah hari

Cadang Nak masak paprick  ayam..

36 comments:

  1. Kalau opis ai ni kat sebelah umah auntie, bleh gak ai TOLONG dtg mkn ;)

    ReplyDelete
  2. hehehe lama-lama boleh adjust lah auntie.. mcm my mom dulu pun gitu.. skrang masak macam main masak2.. tapi bila anak2 balik semua.. terus pening nak masak banyak.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      hehehehehe betullah tuh

      Delete
  3. see i told u. sebab tu pija nak masak pun tak semangat. macam main pondok2 n tak reti nak adjust. dah biasa if masak untuk ramai. tsk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Peeja,

      Mana boleh kamu macam mama? Kamu kena juga masak sebab baru bina gerbang perkahwinan..Ishhh

      Delete
  4. agaknya macam tu la situasi mak saya..ada 6 anak..5 orang dah keluar tinggal la 1..sbb tu bila balik kg saya jenguk bawah tudung saji takde apa2..agaknya sekali masak makan sampai abis..nak makan balik baru masak agaknya ;)

    anak ramai2 pun bila dah besar..tinggal berdua jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Irfa,

      Yealah lah tu, seelok2nya masak dan makan sampai habis, lapar boleh masak balik

      Delete
  5. saya ni langsung tak masak sebab yang nak makan tu saya sorang jer... kang beria2 masak, saya jugak yang nak kena abiskan...baik ke kedai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nenet,

      heheheheheh makan luar kena rajin, salin baju dan start kete baru dapat makan.

      Delete
  6. Mak walaupun penat bila time makan anak2 habiskan hilang penat. Rumah memang sunyi tanpa anak2 selepas berpuluh tahun jaga mereka tetiba masing2 bawak hal sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Betul, walaupun anak2 dah besar panjang, ibu sentiasa berkorban utk anak2..

      Delete
  7. Salam Aunty, di doakan agar Aunty selalu sihat dan di lindungi Allah saw...amin... Aunty, mula mula memang aunty akan rasa begitu tapi as time goes by ..you will get use to it..shima pon macam tu jugak masa anak masuk U dulu huhuhu...tinggai seorang aje anak shima kat rumah ...sedih la sangat tapi lama lama tu okay skit...apa apa pon menu hari ni nasi pakprik ayam memang terbaik...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saam Norbashima,

      First of all, auntie mengucapkan terima kasih sbb doakan kesihatan auntie.

      Auntie faham bila masa anak2 dah membesar, memang akan meninggalkan rumah utk perjalanan hidup mereka pulak.

      Sekali sekala paprik okaylah, sbb uncle tak brapa nak gemar sngat.

      Delete
  8. auntie...pagi2 ambil order dulu dari isi rumah...then baru masak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ieda,

      hehehehehehe tak de keroja nak ambik order dari mereka..hihi

      Delete
  9. Assalamu'alaikum Kak Nani...

    Kalau saya duduk sebelah rumah akak, boleh saya tolong habiskan makanan tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusallam Kakcik,

      hehehehehehe tolong habiskan?

      Delete
  10. Assalamualaikum aunty, dah lama baca blog aunty nih tapi tak pernah tinggal jejak...suka baca blog aunty nih...teruskan menulis ya aunty...boleh dijadikan panduan dan sempadan sebagai ibu macam aunty...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussallam JembalCastle,

      Terima Kasih tinggalkan jejak kali ni,

      InshaAllah..jika sihat auntie terus menulis

      Delete
  11. auntie buat saya rasa sedih...mesti mak saya pun rasa mcm tu jugak nanti....sebab saya kaki makan...wuwuwu~

    ReplyDelete
  12. Kak saya pun mati akal juga bila bab masak memasak, rumah dah tak ada orang, semalam masak ikan kembung taucu 2 ekor pun tak habis kadang2 masak sedap2 nak hantar pergi rumah Wan pun malas sebab nak ke kl 40 minit hanya semata mata nak hantar makan.

    Kesian Wan saya tengok dia masak sendiri dan tag lauk2 yang dia masak kat fb saya, dia kata dah jemu makan kat luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Memang gitulah, sedap macam maner pun kalau tak ada anak2 memang tak seronok.

      Kesian wan, suh dia cepat2 mendirikan rumah tangga jgn tunggu lame2

      Delete
  13. auntyyyy sedap nyeee paprik ayammm...
    kalo saya dekat ngan aunty..
    tolong perabis pon xpe kekekekee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam gorjesbanyakcakaph,

      hehehehehehee

      Perabis?

      Delete
  14. time ni lah yang nak masak satu macam jd sampai 3 yer.. huhuhu.. nak resepi tahu tu auntie... huhuhu.. x pernah try.. saya walaupun dah kawen hampir 8 tahun.. pun x tau nak masak apa kekadang.. sbb berdua je kan.. tu yg slalu "jom makan luar".. tp kekadang bosan gak mkn luar.. bukan best pun.. mahal je lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      Betul, makan luar hanya sekali sekalalah, kalau selalu tak elok
      InshaAllah, next N3 auntie bagi resepi
      tahu tu..hihihihihi

      Delete
  15. Assalamualaikum Auntie

    betul tu....masa anak2 kecil...apa masak semua licin...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussallam atuk,

      Seronokkan bila semua licin..hihihihi

      Delete
  16. bes nya.....terliur.....mskn tgn ibu paling sedap......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Qaseeh,

      Betul masakkan ibu memang terbaik

      Delete
  17. kasihsayang seorang ibu memang tak pernah putus dan tak akan putus

    aunty makan je di luar kalau dah gitu gayanya(,")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kasihibu,

      Makan luar sekali sekali, kalau selalu sangat adalah melambangkan seorang isteri yang pemalas..hihihihi

      Delete
  18. nenek saya pun selalu serba salah nak masak berapa banyak..takut terlebih atau terkurang..:)

    ReplyDelete
  19. salam, auntie. gitu la kan bila anak2 dh kawin.
    kata org tu life cycle..
    baru kawin, hidup berdua. dapat anak walau sampai 10 org.. last2 pun tinggal berdua jugak mcm baru kawin.

    yg penting time anak2 balik, rumah akan meriah je kan. ibu bapa la yg paling happy

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...