THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, June 7, 2012

Kali Pertama Berpisah

Sejak anak auntie kahwin,
Ini lah kali pertama dia
balik tidur rumah dia
huhuhuhuhu

Sebelum dia bergerak malam pukul 11 malam
dia salam dan cium pipi auntie
Bila dia dah pergi barulah auntie
terasa sedih dan kesunyian
tambahan lah pula
uncle tak de dirumah
dia ada meeting
Anak2 lain keluar..

Masukkan status kat FB
nasib lah ada anak2 siber ada
yg rajin melayan auntie..huhuhuhu
Jom layan baca status FB


Nanie Nms
Tuesday
Tetiba feeling sad..huhuhuhuhu
 · 




Semalam uncle ajak auntie pergi rumah Peeja
dah pukul 10:30 mlm tapi auntie tidak pula
menolak..memang melonjak2 hati nak jengok dia..
hihihihihi

Anak buah auntie pula ada datang dari kampung
auntie bawa ikut sekali.

Sampai depan gate, auntie goyang2 rantai gate
sebab door bell belum install lagi..
Kesian, lama baru dia buka pintu, grill
dan gate, semuanya dia kunci..

Auntie tanya kenapa kunci semua?
Takutlah..tinggal sensorang..

hehehehhehe auntie gelakkan dia
Kami sembang2, dia buatkan air root bir
walaupun dah larut malam kami berais batu
memang kehausan sebab bahang panas
siang bawa ke malam..
Sambil mereka sembang2, auntie minta diri
sebab nak masuk bilik, nak rehat kejap
Aduhai, bukan nya kejap..
sedar2 dah subuh..
terus mandi dan solat
dah tuh bedebum balik

Pagi ni sarapan terlalu mewah
Nasi Lemak, donnut, karipap, pau goreng
dan air teh tarik
Insulin lupa bawak, auntie hanya minum
dan makan nasi lemak separuh ajer..
tak berani nak makan lebih2..

Auntie bawa berpeluh, perbetul pokok2
depan rumah dia
sampai sekarang dah pukul 2:30 ptg masih di rumah peeja
Aduhai, uncle tengah polish kereta lah pulak
bila nak balik ni? kalau ada insulin auntie tak
kisah, tidur lagi semalam pun tak per..hihihihihi

Ramalan cuaca kata 33 centigrade
dengan mendung dan hujan di sebelah petang
Mendung? Matahari terpacak kepanasan
hehehehehe
Nak mandi..nak solat zohor

Perut dah lapar balik..
Nak makan takut..
Ishhhh..




11 comments:

  1. Sian auntie... G la ambik insulin.. Nanti lapar..
    Saya mula2 pindah rumah sendiri pun rasa mcm tu.. Masa 1st nk klua tdo rumah sendiri tu... Rasa nk mengalir je air mata.. Lelama nanti ok la auntie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rokayah,

      Auntie kelaparan, bila sampai jer rumah terus inject dan makan

      InshaAllah, hati ni boleh menerima hakikat yg anak telah pun berumah tangga, cuma rindu2an melanda..hihihhi

      Delete
  2. Aunty..lenkali bawa jer insulin tu klu ke umh peeja dah mlm camtu sbb senang ku rasa taknak balik tak risau sbb dah ada bekalan..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rina277,

      Aah, Peeja pun pesan suh letak kat rumah dia utk spare kalau2 terlupa bawa.

      Delete
  3. Kak dengar cerita akak ni takut lah saya, macam mana kalau satu satu nya anak perempuan saya tu kawin mesti saya pun rasa macam akak rasa juga, ish tak nak pikir lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Doalah dari sekarang supaya dapat menantu yg berdekatan..hehehehehe

      Delete
  4. Assalamu'alaikum Kak Nani.

    Mujur juga rumah Peeja tu tak jauh mana. Buatnya jauh beratus kilometer, puaslah nak menanggung rindu, kan?

    Mungkin tak lama lagi, saya juga akan mengalami perasaan macam yang Kak Nani rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh kakcik,

      Em...gitulah rasa nya bila anak dah berkahwin, eloklah mereka juga bina rumah tangga sendiri
      Memang terasa bila mereka berpindah keluar

      Delete
  5. Sabar auntie.. Rindu rindu je terjah rumah peeja ok..

    ReplyDelete
  6. :) seronok kan tido umah anak. heehhe..camtu la jugak kalau mak mimie datang....tido sesak2 pun takpe...seronok...

    ReplyDelete
  7. salam auntie.
    rasa nak klik like je kat gambar screenshot fb auntie tu tapi tak tercapai.. hihi. rumah peej jauh tak dengan rumah auntie? kalau berdekatan boleh la lawat selalu. sebab dua2 pun rindu kan :) sy dah kahwin tapi sy duduk dengan mama sy, sebab husband sy jauh kat tganu. nanti lepas raya dia nak pindah sini kot. nasib baik la dua2 family rumah area selangor jugak, kalau jauh pun tak berapa jauh la kan. auntie kalau rs rindu je terus call peej, sebab sy kalau rindu kat nenek sy yg jauh tu sy selalu call je kacau dia. haha. ok tk cr, auntie ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...