THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, June 19, 2012

Bahan Mesti Ada

Entah bila masak menu ni dah lupa dah
Minggu sudah agaknya

Kenapa baru nak siarkan?
hehehehehehe sebab ada followers facebook nak resepi
Dah janji dalam facebook so lets try out

Sebenarnya auntie tak reti nak bagi
sukatan resepi dalam masakkan
harian auntie..
Maklumlah auntie orang lama
bahan main agak2 ajer..


Tom Yam Ayam

Paprik dalaman ayam (hati dan pedal)

Tahu lembut steam

Recepi Tahu ni yang followers mintak
hihihihi malulah auntie
sebab senang sangat
Jom kita layan

Bahan

2 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan sauce tiram
1/2 sudu makan serbuk lada putih
3 sudu kicap manis
sedikit garam
1 sudu minyak zaiton
1/2 cawan air
Bancuh kesemuanya

Tahu lembut1 bekas
(ada dijual dipasar raya)
masukkan dalam pinggan ceramic
tuang bahan2 tadi atas tahu
dan steam selama 10 minit ajer
Dah siap taburkan bawang goreng 
dan hirisan daun sup dan cili

Makan panas2 sedappp

Bahan2  yang auntie bagi kat atas tuh
boleh juga kita pakai bila
goreng sayur..

Sawi kecil2 (tak yah potong)
celur dulu 
susun dalam pinggan
tumis hirisan bawang putih dua ulas
masukkan 10 udang hidup yg sedang 
atau udang kering 
curah kan bancuhan bahan dlm 
tumisan bawang putih tadi
kacau2 sikit bila dah nampak pekat
curah atas sayur..
taburkan bawang goreng


Kat dapur auntie
mesti ada bahan2 ni

Kicap
Cuka
Tauco
Tomato Sauce
Cili Sauce
tomato puri
Sos Tiram
Minyak Zaiton
Pati Ikan Bilis
Pati Ayam
Sos Ikan
Serbuk lada hitam
serbuk lada putih
garam dan kunyit
asam jawa dan asam keping
segala bahan tumisan utk
kari..bunga lawang, kulit kayu manis
etc..


 Sila abaikan dinding berminyak tu..



Daun2 pula ada ditanam
kesum, limau perut dan daun kunyit

bila bahan2 ada, mood nak
masak tinggi..
Auntie perangai tak suka 
nak masak kalau tak cukup..huhuhuhu

Janji nak bagi resepi dah tertunai, silalah cuba



29 comments:

  1. akan dicoba dan bitau aunty soonnnnn!!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam gorjes,

      Wokey, silalah cuba

      Delete
  2. Sy suka mkn tauhu....tp asben x suka....huhu
    d sabah trutamanya d tawau amat femes brekpes mee tauhu....mee goren kosong kemudian d mkn bserta tauhu sumbat tauhu plain dan d tuang dgn sup yg rasa nya d bt dgn sos tiram....x prna cuba bt. ...tauhu steam nie pn mngiurkn....nyum3x....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Qaseeh,

      Memang sedap tahu stim nih, cubalah

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Kak Nanie...

    saya pun masak tak guna sukatan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakcik,

      hehehehehe betulkan kita dah expert..

      Delete
  4. hehe tenkiu2 auntie..***hugss*

    da dpt idea nk mkn ape mlm ni..mau try tauhu stim lah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam GreenJade,

      Dah 'stim' ker? hihihihihi

      Delete
  5. salam kak nani
    ...tauhu lembut tu buat saya tergoda...rasanya nak cuba
    untuk buka puasa..terimakasih sudi berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Farid,

      Aah, sesuai untuk berbuka sebab tak pedas dan lembut.

      Delete
  6. Ilmu yg dikongsi ganjarannya berpanjangan..

    Anak makchaq dah beberapa kali masak ayam karipulai kak nanie yg diambik dari blog peeja... Sedap.. Macam tak percaya tak letak serbuk kari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq,

      Ohhh yea ker, memang ayam karipulai tuh sedap, sesuai kalau dijamu pada tetamu, ringkas dan cepat.

      Delete
  7. Terima kasih auntie.. lps ni boleh cubalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      Cubalah..sedap tau.

      Delete
  8. Mcm chinese style sikit cara masaknya ya untie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Memang masakkan cina tahu stim ni

      Delete
  9. tahu lembut stim tu sesuailah untuk IM..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam IM,

      Kenapa pulak sesuai utk IM?
      Untuk baby tak de gigi pun sesuai jugak..hihihihihi

      Delete
  10. tauhu jepun tu so tempting.. Boleh buat nanti

    zar pun macam auntie, nak masakmesti ada semua bahan.. Dah macam tesco dah kabinet tu.. Kicap je dua tiga jenis... Minyak jagung, minyak zaitun, minyak sawit.. Auntie ada resepi ikan salmon tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zareda,

      Ohhh..tahu ni asal dari Jepun yea? Baru tahu..hihhihi
      Ikan salmon selalunya auntie makan diluar..
      since Zareda dah sebut nanti2 auntie nak buat grilled salmonlah.

      Delete
  11. Teringat arwah mak mertua selalu cakap kau ni kalau tak cukup bahan tak nak masak ya, habis nak buat macam mana dah itumyang mak kita ajar bahan mesti cukup kalau nak memasak kan.

    Saya nak cuba resepi tahu akak ni, saya kalau tahu ni selalu nya saya suka buat Rojak tahu cara orang Johor memang best juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Wah..boleh ker share resepi Rojak tahu orang Johor?

      Delete
  12. pija skrg bahan tgh tak cukup la. kena pergi market soon. tu yang tak masak hari ni. kita makan nugget je. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anak ku Peeja,

      Ishhh...belilah segala mak nenek tu supaya rajin masak yg sedap2.

      Alahai, makan nugget ajer?
      Umah mama lemak cili api telur tenggiri+kentang, sedapppp

      Delete
  13. pB jeles betul dengan orang yang pandai masak ni.
    Campak campak bahan , wa lahhhhh....siap satu hidangan yang sedap dan superbbbb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pB,

      Dah lama auntie berumah tangga maka main campak2 ajerlah..hihihihihi

      Delete
  14. Resepi Rojak Tahu Johor:
    Beberapa keping tahu ( tahu mestilah yang tebal, digoreng separuh masak)

    Kuah nya:
    Segengam cili padi
    Kicap manis
    Cuka/air asam
    20 biji bawang putih
    Garam sedikit
    Gula
    (semua bahan kuahnya diblender)
    Dan kemudian masukan kacang tanah yang telah ditumbuk sebanyak yang kita suka
    Kalau nak kuah nya pekat letak banyak, kalau tak pekat letak sikit.

    Bila nak makan potong empat tahu, letak timun yang telah di hiris diatas nya dan taugeh yang telah di celur dan barulah letak kan kuahnya siap, senang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Wahhhhh...TQVM
      Nanti akak nak cubalah..

      Delete
  15. Salam aunty,

    Saya pun, klu dah rancang masak sesuatu mesti kena cukup bahan. Kalau x cukup, mood nak masak boleh hilang! Tapi klu terpaksa, improvise saja dgn apa yg ada. Hehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...