THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, May 17, 2012

Terasa Kehilangan Anak2 Bila Dah Besar..

Semalam lepas Asar, auntie ke Carrefour
nak repair jam dinding yang auntie beli
masa auntie kanak2, duit belanja sekolah
yang auntie simpan dalam tabung ayam
Citer2 ni ada kat sini hehehehehe


Pendulum dah tak nak bergerak, dah buruk sbb hampir 47 tahun jam ni
tak tahu lah boleh repair ke tidak sebab tokey cina tuh
suh tinggalkan seminggu utk dia check..

Lepas berurusan di kedai jam, auntie dan uncle masuk ke supermarket
beli barang2 putus..
angkut ni dan itu...
wohhhhh...bila dikaunter pembayaran,  ranap lah 300 ratus lebih..
Ishhhhh..tak per barang makanan bukan enjoy2 macam dulu
berkarok sefamily sampai 500 ke 600 ringgit sebulan
Berhenti aktiviti karok bila auntie jatuh sakit...
kan ker ada hikmah tuh..tak delah berjimba2 
menghabiskan duit..hihihihi

Auntie seperti biasa nak makan bila keluar..
hihihihihi
tapi makan ringan2..
Rojak dan teh tarik halia

Muka tersenyum, sedangkan badan sakit 
tapi lega bila makan pain killer, dan sakit balik bila dirumah

Abu Suffian namanya..masih single

Adik uncle masih di KL sejak kawin Peeja tempuh hari
Banyak dia menolong auntie dan uncle ketika berada di KL
Dia lah drive kami kehulu hilir
Dia buat perniagaan nya sendiri, ada kedai gunting dikampung,
hujung minggu ni, balik lah dia..

Selepas menyopping di Carrefour tuh
Kami balik terus sebab dah hampir masuk magrib
Di rumah, pasangan pengantin, Nonoy dan Dr Jonet
bersiap2 untuk pergi bercutian

Isteri yang membetulkan beg galas suami nya..


Pada mulanya sisuami bergambar malu2..

Uncle suh si suami letak tangan dibahu si isteri..
hihihihihi

Gambar dari belakang
Beg masing2 sungguh berat 
tapi Peeja punya barang2 share dgn suami nya 

Gambar dari depan
Orang nak bercuti lah katakan
semua ketawa riang gembira
tapi auntie huhuhuhuhu
seperti biasa sedih2..

Sempat uncle bergambar dengan menantu nya
Mak Aii..ketinggian uncle hanya 
mencecah bahu menantunya Ben

Terasa juga di hati nak pergi bercuti2..
tapi mengenangkan keadaan auntie yang sentiasa sakit
maka niat terpaksa di tunda dulu..huhuhuhu
Berapa lama lah agaknya auntie terpaksa menahan sabar
tiket penerbangan international dah tiga tahun,  auntie dan uncle
let go..Ishhhh...sayang nye..
Belum ada rezeki kesihatan yg sihat untuk makan angin


16 comments:

  1. Pasangan pengantin nak berbulan madu ke mana tu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakcik,

      Kata mereka akan ke Pulau Perhentian

      Delete
  2. comel giler ben dan peej..hihihi mcm malu je peej

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mimy,

      Peeja malu2? Tak de nyer..

      Delete
  3. Akak nampak muda lagi...Selamat berbulan madu pada pengantin baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Wardah,

      Muda??? Ishhhh dah 57 tahun sudah..Alhamdulillah, kulit belum kedut2 lagi tapi badan sakit2...hancusss..hihihihihi

      Delete
  4. xpe lah auntie, insyaAllah ada rezeki nanti korang semua boleh pergi bercuti ramai-ramai overseas nanti :) suka la tengok family auntie.. happening. auntie ni macam mama sy, sporting je ^^ keep the chin up! jgn sedih2 k. kjp lg diorang balik la tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam wani ezryl,

      Kalau gi oversea, auntie rather go for Umrah dulu lepas tuh baru gi sana, gi sini..hihihihihihi

      Sporting2 pun ada juga batas, kalau tak kena gaya, auntie hamput jugak..hihihihihi

      Delete
  5. Saya doakan, supaya kak Nani sihat & dapat pergi bercuti spt yg dihajatkan. Insyaallah. By the way, baju hijau yang kak Nani pakai masa wedding Peeja tu sgt cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam che nor,

      Terima Kasih atas doa utk kesihatan auntie.

      heheheheheh cantik ker baju tuh? simple ajer..

      Delete
  6. As-salam kak, jam tu dah jadinjam antik lah lama betul akak simpan yer. Cakap pasal jam duatahun lepas jam hadiah perkahwinan saya rosak dan tak boleh diperbaiki lagi sayang betul nak buang, ya lah jam tu dah berkhidmat dengan saya semenjak Wan anak sulung saya
    Belum ada lagi dan rosak pada masa umur Wan 26 tahun.

    rumah saya pun sunyi macam rumak akak, pada 2/6 ni anak saya yang bungsu si Afiq akan ke Uitm Kuantan untuk foundation TESL tinggal lah saya berdua dengan rumah yang besar ni, rasa rasa nak cari rumah teres setingkat lah dah malas jaga rumah ni penat.

    Amboi Kak cantik Beg Gucci akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sharifah,

      Tulah nak buang sayang, nak simpan dah tak berfungsi..emmm kadang kala aper yg kita sayang kena let go

      Beli kondo jgn beli rumah setingkat, security terkawal, zaman dah berubah..

      Memang cantik beg tuh, akak beli pursenya sekali di KLCC. Dah lama akak beli, beli pun masa dapat duit imbuhan sakit dr syarikat akak kerja dulu, cuma jarang pakai..hihihihihi

      Delete
  7. aunty.. sbr yer. kdg2 yg terjadi kat kita ada hikmahnya. sakit pun salah satu tanda allah ingat pada kita kan aunty. insyallah ada rezeki aunty lain kali. moga2 aunty sihat2 sentiasa.amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      Amat betul dan tepat.
      Terima kasih doa utk kesihatan auntie.

      Delete
  8. Untie...boleh je kalau nak gi jenjalan...
    Pergi tempat yang hanya untuk rehat sambil santai2 tapi make sure bawak bodigads...hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      hihihihihi tulah, auntie rase macam nak gi langkawi, hotel yg paling auntie rindui Burau Bay..boleh relax2 tepi laut, petang gi shopping sikit2, malam boleh makan besar..hihihihihi
      Bodigad siapa lagi kalau bukan uncle?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...