THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, May 22, 2012

Tenangkan jiwa kamu

Bila auntie tutup pintu utk komen pada anon
Baru tenang hati sebab ramai malah kesemua
komen masuk positif dan membina..
Lama lah juga ada mahu 2 tahun
seronok berinteraksi dengan readers auntie
yang ikhlas, yang periang, yang membuat
auntie happy dengan doa2 yang baik2

tapi
dah dua tiga hari ni..

Ada manusia yang berjiwa JIN
kenapa auntie kata JIN
sebab 
tak cukup berani nak tunjuk wajah nya
JIN ni jelajah blog auntie dan tinggalkan 
komen kat n3 lama
Komen macam 'puaka'
JIN ni Perasan dia bagus
JIN ni Sangka dia pandai serba serbi
JIN ni Pandai berdakwah

Persoalan nya kenapa nak
sibuk2 di blog auntie?
Tak cukup itu, dia juga tinggalkan
komen di blog anak auntie
Siapa kamu?
Takut nak tunjuk diri?
masih belum berani pada diri
sendiri?
Berselindung di balik bayang2?
Tenangkan jiwa kamu..
Jaga mulut dan lidah,
jari2 yang menaip
dan hati kamu
Berani kerana benar, bukan lempar batu
sorok tangan..

Jangan nanti di padang mashyar tak kenal wajah 
sendiri...

readers auntie klik kat
SINI
Gambar dipilih sebagai lelaki
penulisan nya macam perempuan

Seronok ker?
Memperbodohkan auntie yang dah tua ni?
Yang dah berumur lima puluh tujuh tahun ini?
Macam2 pengalaman hadir dalam kehidupan auntie
Auntie sudah cukup untuk menilai baik atau buruk
sudah masak dengan susah dan senang
Dah berkahwin, dah beranak dan dah pun bercucu
Dah merantau dalam dan luar negeri
Tak pernah ketandusan kawan2 dan sedara mara
Auntie ramai kawan beribu2..
Yea!
dari yang miskin dan kaya raya
Yea!
kalau 1 kem tentera ada 2 ribu penduduk
bayangkan lah, kawan yang ada bila uncle
bertugas berkem2 semasa dlm khidmatnya
dan tidak ada dlm pengalaman auntie
yang auntie pernah cari 'pasal'

Tidak pernah auntie ada rasa iri hati
dengan berkawan dgn yang kaya raya
yang senang lenang..
malah auntie bangga dapat berkawan
dan kekalkan persahabatan
Kawan2 auntie ramai yang berkereta mewah
Bentley, Porshe dan lain2..
mereka hadir di perkahwinan anak auntie
Ada yang duduk di luar negeri,
yang berkali2 ajak auntie bercuti kesana
tapi rezeki kesihatan auntie belum diizinkanNYA lagi..
mereka amat2 menyayangi auntie
Kenapa mereka hadir di perkahwinan anak auntie?
Kenapa mereka sayang auntie?
Siapalah auntie?

Auntie tidak ada apa2..

Yang di kenal pasti,  auntie tidak menyusahkan orang
tidak menyakiti orang..tahu adab berkawan
Alhamdulillah..

Yang pernah jadi pembantu2 kami
yang berpangkat rendah ketika dlm tentera dulu
sentiasa mendoakan kesejahteraan kami
Malah mereka selalu menalipon menanya khabar
bukan kah itu tanda nya
sayang di balas dengan kasih?

Tenangkan jiwa kamu

Jangan sekali2 cuba nak berat2kan perasaan
orang yang sedang menanggung sakit
Kerana doa orang sakit makbur dengan izin Allah

Auntie banyak berdoa untuk diri dan keluarga
tidak mahu dan tidak akan mendoakan yang tak elok

Ya Allah..
Pada 1 Rejab hari ni
Hamba mu ini mohon
Kau hapuskanlah dosa2 ku
Bersihkanlah diri ni dari dosa2 ku
sebelum pulang menemui mu
Permudahkanlah sakratul maut ku
Kau tetapkan lah iman ku
Kau salutilah kegembiraan pada keluarga ku
Kau lindungilah keluarga ku ke jalan yang lurus
Kau hampirkan insan2 yang penuh kasih sayang
di sekeliling ku, jauhilah hasad dengki 


Amin


52 comments:

  1. Salam Aunty

    Sabarlah aunty.. insyallah satu ketika manusia yang suka memandang buruk / rendah pada org lain Allah akan turunkan balasan. What goes around comes around.

    Kita sama-sama berdoa agar manusia tuh di beri petunjuk.

    Semoga dia sedar.

    Take care aunty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali edelweiss,

      Auntie banyak astagfal..Alhamdulillah

      Auntie tak mahu ambil pusing orang pada Unknown Authur yang sakit jiwa yg sememang nya rosak jiwa tu
      Dia masih belum sedar dan masih mengganggu auntie lagi..
      tak per Allah pasti akan balas akan perangai dia yang sibuk jaga tepi kain auntie..

      Delete
  2. sabar bnyk2 auntie.. ada je org yg tak tenang hati dgn kita ni kan auntie. lantak lah mereka.. janji auntie dan keluarga sihat sejahtera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam me suya,

      Emmm...gitulah org yang tak tenang memang sentiasa jeles dgn kehidupan kesejahteraan family lain..
      Alhamdulillah..Allah bekalkan family auntie kegembiraan

      Delete
  3. i clik kat tempat yang auntie minta clik tu kan?
    dah tak ada dah..kosong..profilnya kosong...
    patutnya auntie copy dan pastekan kat blog auntie..
    dah lari dah orang tu....
    takut ler tuewww...
    sabarlah auntie...
    orang PHD ni dimana2 pun ada...
    not to worry ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NP,

      Memang gitu jer profail dia,

      Ari ni dia masih menjawab dan mengomen auntie, tak puas komen sekali, komen kedua pun negatif juga tapi auntie just delete ajer...
      Tak ambil 'pot' sebab pada auntie, dia amat mentah dlm hidup, panjang lagi perjalanan hidup dia, dia masih muda...

      Delete
  4. AsSalam MM..just ignore..take good care of your health yea.
    Ameen to your doa bulan Rejab..

    Semoga Allah SWT merahmati hidup kita dan semua yang kita kasihi..Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam mamasita,

      TQ mendoakan utk kita semua dalah rahmat Allah
      lebih2 lagi bulan rejab yang mulia ini

      Delete
  5. Sabar ye aunty..biasa lah tu..tak sume org suka dgn kita even sama2 bergelak ketawa..sbb tu ada istilah musuh dlm selimut..dan yg tak mengenali kita plak mungkin dia iri dgn kehidupan kita yg gembira dan aman damai bersama keluarga n rakan2..
    Begitulah dgn kisah aunty ni..anon tu mungkin iri hati dgn kehidupan aunty..jadi dia gunakan cara menyakitkan hati aunty mcm ni..smoga aunty kuat n tabah hadapi dugaan ini ya..smoga anon tu diberi hidayah oleh Allah dan segera meminta maaf pada aunty..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rina277,

      Kenapa perlu ada iri hati pada kehidupan auntie?q
      Kehidupan auntie adalah haq Allah, Allah yang menulis, apa yang auntie ada.
      Emmm...he/she is so sick mentally.
      Tak perlulah dia minta maaf pada auntie because I do not want to meet a person with a dirty and filthy character..

      Delete
  6. Assalamu'alaikum Kak Nani.

    Saya klik tadi, yang keluar hanya UNKNOWN AUTHOR.

    Saya dah kena berkali2 dicerca dan dimaki atas sebab yang saya pun tak pasti. Saya andaikan 'orang itu' adalah dari kalangan mereka yang jiwanya sakit. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Kakcik,

      Memang itu saja profile dia,
      Kakcik di cerca dan dimaki? Penulisan kakcik sangat lembut dan family kakcik sangat teratur, pun ada orang dengki? Ishhhh.. memang sakit jiwa orang2 mcm tu.
      Moga kita di lindungi tidak ada orang macam tuh dlm family kita yg aman dan bahagia.
      Nauzubillah..

      Delete
  7. auntie...sabar....

    orang yang busuk hati memang banyak dalam dunia ni. kite tak kacau dia pun dia tetap nak kacau kita.

    auntie sabar ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam gB,

      Banyak ker orang macam tuh, tapi readers auntie semua baik2 belaka, cuma satu ni ajer yang rosak jiwa nye..hahahahahaha

      Delete
  8. Salam Auntie Nani,

    Auntie abaikan jelah 'mereka mereka' tu...
    Ni kan blog Auntie, lantak piiilahhh 'mereka mereka' tu...

    Saya respek Auntie, sebab penulisan Auntie dalam blog ni sangatlah jujur...
    Apapun, takpe Auntie, ramai lagi yang SUKA..so, abaikan yang DUKA tu yea...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Sue,

      Terima kasih atas nasihat tu.
      Auntie sangat happy dengan life auntie sekarang..memang auntie tak ambil pot pun..

      Delete
  9. Hidup ini penuh dengan suka duka, berbagai-bagai jenis jin yang ada, jin baik, jin jahat, jin dengki, jin toncet, jin mabuk kih kih kih. Semoga 'jin' yang aunty katakan tu mendapat hidayah dan petunjuk supaya tidak mendengki lagi..btw Aunty boleh bagi contact number untuk candy kelapa kenduri Peeja hari tu, sedapnya nak order la Aunty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hazey,

      Kih kih kih..ketawa besar auntie baca komen Hazey..mcm2 jin ada kan?

      Hazey, auntie ada order lebih candy kelapa tuh, cuh Hazey datang umah auntie, boleh auntie bagi.
      Mehlah, serius, datanglah..

      Delete
  10. as salam ...


    banyakkan bersabar Auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam pB,

      huhuhuhuhu TQ dear

      Delete
  11. Heran kan...Macam tak ada kerja lain, duk diam2 dan tak sakitkan hati orang tak leh ke? Kak, ramai yang macam ni..Kata orang, mereka yg cuba menjatuhkan kita ialah mereka yang tak dapat berada di tempat kita..jeles la tu...Semoga Tuhan buka hati mereka untuk menerima kelebihan orang lain tanpa unsur dengki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Granny Hani,

      Well said..TQ

      Delete
  12. cepat je org tu menghapuskan jejak..
    anyway auntie, biarlah makhluk tu, mental illness tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Deceptive,

      Memang sah, makhluk tuh mental..
      bila ramai kata macam tuh..dah 22 orang yg komen di n3 auntie semua kata dia mental

      Delete
  13. salam

    kalau pasal anon ni, abaikan je kak..mmg sakit hati kalau kita pk..

    jemput joint contest syira :

    http://www.sissyira.com/2012/05/contest-2-kata-kata-indah-sticky-post.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali sissyira,

      Alah auntie tak retilah contest2..tak pernah cuba pun...hihihihihi

      Delete
  14. Assalamualaikum auntie,
    ade jgk org mcm ni kan?
    nadia try click, da xde da..

    auntie jgn pikir psl org2 mcm ni sgt ye.
    jage kesihatan,
    rase nyer belum terlambat kan?
    hepy mother's day :)
    ceria2 selalunyer auntie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Nadia,

      TQ nasihatkan utk kesihatan auntie, and TQ again for the mother's day wish..

      I will always be happy..inshaAllah

      Delete
  15. Salam Kak Nani,
    Org2 species mcm ni mmg pandai je nak kritik life org lain walhal dia bukannya kenal kita sgt. If they don't really know us, they don't have the right to judge us.Buat tak tahu je Kak Nani.Yg penting, jaga kesihatan ye.Saya doakan Kak Nani sentiasa sihat & dlm lindungan Allah.Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali che nor,

      Well said che nor, TQ for yr prayers.
      May Allah shower us with his blessings..Amin

      Delete
  16. Salam Aunty,

    Aunty tak rugi ape pun.
    Kalo di layan si anon yg begini, buat stress je.
    Lebih baik aunty abaikan..yg penting aunty sihat & gembira.
    Btw, nampak sgt 'dia' rajin baca blog aunty..sebab link yg aunty bagi tu dah takde..hmmm..memang takde keje kot, sebab aunty baru je publish entry ni kan? huhu..cepat betul bertindak.
    ok aunty, take care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali fathen,

      hehehehehehe memang pun auntie tak heran dgn orang macam ni..
      Auntie berserah pada Allah
      Dia masih ada, masih belum puas hati, masih mengomel2 lagi tapi auntie just delete, tak habis baca pun....hahahaha
      Rasa mual dan geli bila tengok nama 'unknown author'
      Itulah tanda jijik kan?

      Delete
  17. Alahai Auntie .. knp la org nak menyakitkan hati auntie ye. So far ella baca entry2 auntie, ella rasa cool dan tenang jer .. entry Peej pun camtu. Tak pernah lagi terasa hati atau wujud rasa tak suka atau benci dgn tulisan2 auntie.

    Tak pe la auntie, sesungguhnya Allah SWT sangat kaya dan sentiasa berlaku adil pada hambaNya. Jangan difikirkan yang membenci tapi kenangkanlah kami yang menyayangi auntie. Auntie jaga diri ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakchik ella,

      Ella bersih hati jadi terserlahlah diwajah ella. Sejuk mata memandang wajah ella. Auntie happy meeting you the other day.
      Ella tidak ada irihati dan tidak ada perasan benci kat saper2, Itulah anugerah Allah pada ella. Keep it up. Syukur

      TQ for advice.

      Delete
  18. Sabarlah untie...anggaplah ini adalah satu ujian buat kita sebagai hambanya.

    Sakit kita moga dibalas dengan kemanisan akhirnya. Doa kita moga org tu diberi petunjuk kejalan yang benar, di sucikan hatinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Mudah2an gitulah hendaknya.

      TQ

      Delete
  19. Sabarlah auntie, may be ada hikmahnya.. Doa aje yg baik baik.. Insyaallah.. Kita manusia mmg tak sempurna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zareda,

      Memang auntie tidak sempurna, auntie tahu itu, maka auntie banyak berdoa pada Allah

      Delete
  20. Kak abai kan je orang macam ni, alah tak luak pun apa yang di buat kat akak tu, saya sendiri bersyukur dapat berkenalan dengan akak dan berkongsi kongsi2 cerita yang baik kita jadikan teladan yang tak elok jadi kan sempadan itu lah hakikat nya bila kita berkawan.

    Anon tu biarkan je lah di sakit jiwa sensorang, dia sakit jiwa bila tengok ramai yang hadir ke majlis peeja tu yang dia meroyan tak tentu pasal. Haram jadah punya orang kan dh keluar bahasa kurang ajo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sharifah,

      Betul kata sharifah, dia meroyan bila selepas nengok majlis kenduri.

      Memang patut keluar bahasa kurang ajo dan kesat tapi akak cool ajer..hihihihihihi

      Delete
  21. salam auntie,

    Auntie, sabar ye auntie....dunia ni sntiasa ada manusia yg hasad dengki walhal mereka xmenyedari kekurangan diri sndiri.....yg pnting ada yg lebih memahami auntie...yg sntiasa bdiri dan yg sntiasa bsedia bsama-sama auntie ssah dan senang.........;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali CNain,

      Emmm...PHD memang susah nak di bendung pada orang2 yang tak beriman tapi syukurlah kita tidak ada penyakit keji macam tuh..

      Alhamdulillah, family auntie sentiasa happy dan bersyukur seadanya

      Delete
  22. salam auntie,

    Auntie, sabar ye auntie....dunia ni sntiasa ada manusia yg hasad dengki walhal mereka xmenyedari kekurangan diri sndiri.....yg pnting ada yg lebih memahami auntie...yg sntiasa bdiri dan yg sntiasa bsedia bsama-sama auntie ssah dan senang.........;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam CNain,

      Terpublish dua kali pula komen ni..
      tak per..
      Ayat penenang dr CNain utk auntie..TQ

      Delete
  23. Salam auntie,

    Banyakkan bersabar ye auntie..biasalah fitrah manusia...kdg2 mereka tak suka dan dengki apabila melihat kesenangan org lain....agak keterlaluan ke bila saya cakap ada sesetgh org melayu mereka penuh dengan sifat hasad dengki dan iri hati???wallahualam..kesabaran penuh dgn hikmah kan auntie..smoga allah je yg dpt balas setiap apa yg mereka katakan...mintak dijauhkan sifat mcmtu dr kita semua..insyaallah..orng yg berhati bersih punyai jiwa yg bersih...orng mcmtu punyai hati yg kotor dan hitam..tidak dpt petunjuk dan rahmat dr allah barangkali.

    ReplyDelete
  24. Salam kembali Ihmysh,

    InshaAllah, auntie sabarkan hati ni. Auntie tahu itulah ujian and wake up call dr Allah.

    Betul, kesabaran penuh dgn hikmah, auntie lalui itu maka family auntie bersatu padu dan bahagia.

    Amat betul, jauhilah hati hitam sebab orang yang punyai hati hitam tidak sedar akan keadaan dirinya..dia akan terus berada dalam keadaan kealpaan..

    Nauzubillah..

    ReplyDelete
  25. Auntie, sabar byk2 ye. keep on writing..saya suka baca kisah2 auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam leeza,

      TQ dear, InshaAllah auntie akan terus menulis dgn izinNYA

      Delete
  26. Ngerinye dengan orang begini Auntie....
    Saya sentiasa doakan auntie sihat.
    Sayang sungguh kita belum dapat bersua muka...
    Harap2 panjang umur kita, dapat juga berjumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rin,

      Aah, memang parah org mcm ni

      Moga kita berjumpa nanti InshaAllah

      Delete
  27. Auntie,

    Dunia ini dijadikan Allah dengan perangai manusia yang berbagai ragam. Annggap lah mereka yang berniat buruk dan berhasad dengki itu sebagai dugaan dengan Allah. Insyallah, orang yang bersabar dan redha dengan perangai manusia sebegini sebenarnya adalah kesayangaan Allah dan hidupnya terjamin di akhirat walaupun ianya berduka di dunia. Saya doakan kesihatan dan ketenangan Auntie sekeluarga. Insyallah..................

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...