THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, May 29, 2012

Tanah Terbiar

Balik kampung baru2 ni
Uncle singgah tengok tanah dia
di Alai..

Tanah ni, dihadiah oleh bapa
mertua auntie kpd anak2nya
seramai 8 orang, masing2 dapat
suku ekar

Pesanan arwah abah, siapa buat
rumah dulu, dialah yg dapat
tanah depan mengadap jalan raya
malangnya kesemua anak2 dah beli
rumah di taman2..

Selebihnya seramai 6 orang adik2
uncle di beri tanah di Tedung, juga
suku ekar sorang..
hebat arwah bapa mertua auntie
berkerja sebagai guru besar dan
arwah mak mertua sebagai guru
sekolah rendah
dapat membeli tanah untuk anak2nya
seramai 14 orang setiap satu

Pernah auntie bertanya pada arwah
macam maner dia boleh beli
tanah2 tersebut?

Dia sacrifice tidak pakai kereta sehinggalah
dia pencen, dpt imbuhan gratuity barulah
dia pakai/beli kereta..
Dia hanya pakai motorsikal kuasa tinggi
Aduhhhh...hebat

Triumph (mr googles)
motor seakan2 motor arwah
auntie kena cari gambar arwah bergaya depan motor dia


Kata uncle, dia adalah anak sulung mereka
maka unclelah yang selalu dapat membonceng motor ni
Uncle, bila arwah abah dan arwah mak nak keluar rumah
selain dari mereka nak pergi mengajar..
dia nak ikut, bila tak bagi dia akan kejar motor sambil
menangis2..arwah abah dan arwah mak kesian,
maka kendung jugalah uncle bersama2..
anak2 lain tak berani..hihihihihi
sebab arwah abah sangat tegas dan garang orangnya


Bila hujung bulan dapat gaji
arwah abah akan sewa teksi sapu kampung
bawa anak2 makan di restaurant2 dibandar diMelaka
Ingat auntie teksi sapu Hj Ganas nama gelarannya
masa auntie mula2 dirisek oleh keluarga uncle
mereka datang ke KL dgn teksi sapu tu..
huhuhuhuhu

Alfatihah kpd kedua2 arwah..


Berbalik citer pasal tanah
Entah bilalah auntie nak naikkan rumah..

Auntie nak buatkan rumah yg sedang2 ajer
tapi dihalang oleh uncle sebab kami bukannya
nak duduk kat situ, hanya nak
singgah sekali sekala shj

Kalau dirikan rumah, mestilah
kita nak keselesaan
mestilah ada elektrical products
washing machine, kipas, periuk nasi dan
sebagainya..

Emm...sekarang kan ramai
penyangak2..menjadi target mereka
jika rumah kosong berminggu2
kata uncle..
tapi memang betul pun
memang terjadi di kampung tuh
pasang pagar dawai, habis dicabut

Nak tanam pokok buah2an?
monyet dan biawak bersarang kat situ
Ishhhh...


Ada dekat 30++ batang pokok kelapa, 
tapi hasil nya dikutip oleh jiran2 disitu
tapi 2 batang kelapa dah ditebang orang
kenapa?? uncle kata dia tak tahu?

Jalan kecil yang diwakafkan 
utk kampung di belakang tanah


Penghujung tanah ada anak sungai

Siapa pula buat longkang kat situ?

Emm..kata orang dulu2 kalau pencen nanti
balik kampung tanam kacang atau jagung 
hihihihihi
Ni tidak, dah pencen pun masih duduk di KL
Uncle dari dulu tidak bertujuan utk balik kampung
tulah sebabnya dia beli rumah diKL
masa kami beli rumah tahun 1980'an dulu dengan harga
rm110 ribu shj sekarang Wowww..dah boleh jual rm600++
Tak menyesal beli sebab anak2 semua 'cari makan'
di KL, semua dengan auntie..

Tapi auntie faham,
adalah reality kehidupan, anak perempuan
ikut suami jika dah berkahwin.
Nasib anak auntie peeja, suaminya kerja KL
jadi tak lah auntie berjauhan dengan nya
walaupun dia akan berpindah dalam masa
terdekat ni...taman tuh tak jauh dari
rumah auntie
Boleh jumpa hari2..heheheheheh

Any suggestions nak buat aper dengan
tanah tuh?


28 comments:

  1. buat homestay boleh tak auntie? tapi kene ada org tengok tengokkan la.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam gB,

      hehehehehe memang sesuai sangat buat homestay

      Delete
  2. Akak samalah kita ni, bapa mertua saya pun bekas guru besar, dia bekorban beli tanah untuk anak2 yang seramai 7 orang dengan menaiki motor sahaja ketempat kerja. Oleh kerana saya orangn JB dan bekerja di JB dia berjanji kalau suami kerja di KL dia akan bagi tanah umtuk buat rumah ditakdirkan Allah suami dapat kerja di KL dan dia beri kami tapak rumah seluas 2 ekar dimana saya tinggal dan buat rumah dan semua anak anak dapat bahagian masing2. Tapi sekarang rasa nya dah larat nak jaga rumah besar sedangkan kami tinggal berdua je.

    Dengan harga tanah yang mahal sekarang kita tak mungkin mampu membeli tanah untuk anak2 kita, apa yang termampu saya bagi pendidikan yang terbaik sahaja supaya mereka dapat mencari harta sendiri, yang lain terserah lah pada rezeki masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Tulah orang dulu2 memang pandai buat harta utk anak2..
      even yg kerja kampung pun ada tanah sawah berekar2..

      Tanah kat KL dah berjuta2 rege, baik beli apartment utk anak2 kalau mampu, jangka panjang harga rumah pun melambung tinggi juga

      Delete
  3. bolrh buat homestay .. cantik tempat tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Ngah,

      Memang cantik tempat tuh, angin sepoi2, ada sungai pulak, kalau buat kolam ikan pun best jugak..boleh pak ngah datang bercuti di homestay sambil memancing..hihihihihi

      Delete
  4. buat homestay la aunty..pastu minta adik-beradik uncle yg dekat2 situ jagakan..masyuk jugak tu..nanti saya bercuti kat melaka boleh la tido homestay aunty..kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ain,

      Best juga kalau auntie buat homestay tapi auntie tak brapa nak suka nyusah2kan ipar duai

      Delete
  5. hi auntie nani,
    ni cadangan laa.. auntie suruh laa uncle sewakan tanah tu. bleh bagi sewa kat orang yg ternak lembu or kambing. tak pun sewakan kat orang yg tanam sayur or buah. rasanya ada org minat nak menyewa nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fadz,

      Bagus cadangan tuh, boleh diambil kira sebab tak luak duit auntie..hahahahahaha

      Delete
  6. kalau nak sewakan.. nanti last2 org sewa buat cam tanah dia lak.. ad aorg yg mcm ni..kalau jual rugi.. sbb tanah tu dah macam pusaka keluarga uncle.. kalau buat rumah.. nanti jd cam uncle ckp lak.. hah! apa kata kalau auntie wakafkan jd rumah anak2 yatim ker.. x pun simpan tuk anak2 auntie je.. nilai hartanah ni lama2 akan jd juta2 ringgit.. munhkin akan datang akan datang dengan sendiri nya kegunaan nyer auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      Betul, auntie pernah come across kes macam tuh, tak nak keluar dari tanah. Buat mcm tanah sendiri

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    Bestnya suasana kg tu...bersih dan indah je. tak ada semak samun pun. Dah terasa ketenangannya tengok gambar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anyss,

      Waalaikummussallam,

      hehehehehe memang tak semak samun sebab kami upah orang racun dan tebas

      Delete
  8. Untie...
    Sekarang ni banyak projek pertanian yang boleh diusahakan tapi kena ada perancangan yang betul. Bagi Aina dalam umur sekarang ni tak usah fikir pasal kerja lagi just fikir nak enjoy senang hati dan buat ibadat je.

    Tapi kalau ada yang nak uruskan, apa salahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Amat betul, dengan kesihatan dan umur macam auntie nie, elok kejar ibadah dari kejar duit..

      Delete
  9. aunty.. sy tau n hafal jalan2 kat gambo tu... hihihi... home sweet home... punggor...kampung sebelah aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam si cokelatte,

      hihihihi kampung sebelah? Kat maner?

      Delete
  10. Kalau nak bangunkan kita dah tak berdaya, kalau ada anak yg nak bolelah beri, kalau nak jual sayang..
    Jadi makchaq pun nak cadang diwakafkan.. Untungnya berpanjangan..

    Mak makchaq pun ada wakafkan tanahnya sebab kami adik beradik dah tak duduk di kampung dah

    Arwah abah makchaq dulu pakai motor Norton...cantik motor tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq,

      Alhamdulillah, adik bradik makchaq wakafkan tanah, moga Allah swt memberi ganjaran di akhirat kelak

      hehehehe motor Norton juga glamour masa dulu2

      Delete
  11. saya undi untuk buat homestay. hehehe lagipun tanah tu kat melaka. di melaka mmg la ramai yg berminat nak sewa homestay. tengok dlm gambar ni pun nampak suasana tenang dan damai je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Meg-ct,

      InshaAllah, ada juga plan nak buat tapi kena berunding dgn adik bradik dulu..

      Delete
  12. Untuk zey pun AFUNDI buat homestay, buat rumah mcm biasa, pagar sume, with all the appliances and boleh sewa untuk orang2 yang outstation or bercuti di Melaka with good value and at the same time bila Aunty sekeluarga balik Melaka dah ada tpt menginap. And suruh la orang2 dekat2 situ jadi caretaker rumah tu, ada orang bersih2 and others, schedule tempahan sume Aunty jaga so kita boleh block bila nak pakai rumah tu etc.

    BTW kisah Aunty dan Peej duk 'berjauhan' tu lebih kurang dengan Zey gak, mula2 pindah lepas kawin tu, mama hari2 call, pastu siap merajuk2 kenapa tak datang rumah dia, pastu siap umpan2 meh la dtg sini 'aku masak asam pedas kesokaan ko' boleh cam tu, yelah anak perempuan sulung memang rapat dengan ibu, emm lama2 dah biasa, mula2 je rasa something... insya'allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hazey,

      hehehehe wah afundi homestay dah naik carta teratas.
      Cadangan yang amat bernas.

      Memang lazimnya ibu mengingati anak2, walaupun dah berkahwin.
      Masa muda2 dulu, auntie pun macam tuh sedih sangat bila nak pindah dari rumah abah dan mak..huhuhuhu

      Delete
  13. auntie...kalau kat melaka ni buat homestay memang elok sangat...dulu saya nak kesana jenuh nak cari tempat duduk yg sederhana costnya.pastu bglah pekerja jaga...sekali sekala auntie balik melaka boleh duduk situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ieda,

      hehehehehe..anak2 kata buat pelaburan kat ASB dan duduk diam2, tak fening2 kepala..

      Delete
  14. Hi Nanie, I really love that Triumph motorcycle. I almost bought one too, instead went for a Norton Twin bike.
    Enjoyed looking thru the pics here, very well taken.
    You keep well, have a niceday.
    Lee.

    ReplyDelete
  15. Hi Uncle Lee,

    TQ for dropping.

    You too keep well and stay handsome..hihihihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...