THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, May 16, 2012

Makan Ikan Bakar Di Crystal Bay, Alai, Melaka

Balik kampung weekend yang lalu
Nak melawat isteri sepupu uncle
yang dah koma di ICU Hospital Besar Melaka

Moga Allah permudahkan urusan Kak Roslah
yang dah koma selama 10 hari masa auntie
melawat tuh..
Tak bergerak lansung..muka, kaki dan tangan
sembab, membengkak, entah auntie tak bertanya
mengapa...

Asal demam selama 2 minggu dan tak baik2/pulih
bila kena fit (sawan) keluarga nya panggil
ambulance utk dibawa ke Hospital

Uncle dan Auntie bercadang tidak bermalam di kampung
nak balik terus ke KL
tapi knowing uncle yg selalu tidak pegang janji
auntie pack juga baju untuk bermalam..
Betul juga sangkaan auntie, kami bermalam di
tedong rumah pusaka yang diduduki oleh
satu2nya adik perempuan uncle..




Bila tak jadi balik, uncle plan nak makan ikan bakar
memang dah lama benar, auntie tak makan ikan
bakar di Melaka..so kesana lah kami
di Crystal Bay, Alai, Melaka

12 adults and 6 children..
so bukak 4 meja bercantum
Masa nak order tuh, uncle bertanya
auntie nak makan aper
auntie cuma kata..
Orderlah apa2 pun, nani makan ajer
tapi jgn lupa order sayur kangkong belacan,
my favourite..

Muka auntie memang ketat malam tuh
sebab setiap kali travel badan auntie
buat hal..sakit yang amat2
tapi makan punya pasal
gagahlah juga ke situ
Pasangan suami isteri

Gerai No 2 beralas sapra merah
Kata anak buah auntie, gerai sapra biru
penuh, kat situ paling sedap..

Anak ketiga, Jiejah anak buah auntie
yang juga rajin menulis citer2 
kisah anak2 dia di blog..


Satu2nya puteri dlm tiga beradik..hihihihi masam muka, 
entah nak aper tak tahulah auntie..

Hah, gambar yg ni baru tersenyum

Orang Penang balik bercuti masa Peeja kawin
anak sulung Mak Laila

Yg  tengah2 tuh lah Mak Laila, 
sedang pegang cucu lelaki dia, Darwisy 

Uncle rasa seronok bila buka meja
untuk keluarga Mak Laila, kesemua anak2nya
dan cucu2nya ada malam tu..
cuma suaminya saja yang kurang sihat
tak ikut..jadi jaga di rumah..hihihihihi

Ibu yang cantik dan anaknya yang comel

Nasrullah namanya

Auntie dah mula nak makan otak2..
masih panasssss lagi

Hah, sebab otak2 tu panas 
maka uncle tiup2 dulu sebelum makan
hihihihihi

Jika kanak2 ada bantal busuk, 
Adawiyah ada baby bear busuknya
kemana saja mesti dibawanya..



Auntie tak menyabar asyik toleh arah 
ke kedai tunggu masakkan siap


Lambat benar siap, 
muka ketat tunggu minuman masih tak tiba

Adawiyah masih menghisap jari 











Pasangan ni tak dapat datang masa wedding peeja,
sebab dia terlibat standby sebab 'BERSIH  tapi kotor tuh'
Alhamdulillah..dia tak aper2..










Muka nakal, orangnya pun nakal

Nasi lemak yang tak brape nak power..

Sambal juga tak power


Kami makan dengan asyik hingga larut malam..
Kesian budak2..mesti mereka dah ngantuk

Ikan siakap bakar dan masak tiga rasa, sotong tepung, kupang berlada, otak2, jelly kelapa,
3 jug air juice orange dan tembikai
Amat mewah tapi amat murah
hanya RM170
tapi suami anak buah auntie, Nawi
hulur RM50 pd uncle..hihihihi
dia tak mahu uncle bayar penuh..

Kalau di KL memang tak dapat harga macam tuh
makan bertiga pun dah RM90 kata uncle..
Alhamdulillah..

Kolestrol tolak tepi..
Sakit badan tolak tepi
auntie makan 2 bungkus nasi lemak..
1 jelly kelapa
dan 3 otak2, 6 kupang
sayur dan ikan2 yg fresh tu
kenyang sampai tengahari..
Alhamdulillah..

Kalau auntie ke Melaka nak makan lagi..
hihihihihi


30 comments:

  1. Seronoknya dapat makan beramai2 begitu. Yang tak seronok bila hidangan lambat sampai. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakcik,

      Haah betul lah..memang lambat service tapi tolerable sebab terlalu ramai orang malam tuh

      Delete
  2. Makan ramai2 memang best untie...walau perut dah terasa kenyang boleh makan dan makan lagi. Nak pulak asyik borak2 cam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      hehehehehe auntie makan sampai perut ketat

      Delete
  3. bila i baca kisah auntie and ur hubby, i rasa mcm beruntungnya auntie dapat kahwin dgn uncle... baik dan prihatin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NenetPenne,

      Memang uncle sorang yg penyabar dan baik hati..
      tiada marah2, tiada dengki hati dan amat pemurah..

      Delete
  4. Best nya makan ramai ramai, dah lama tak pergi makan dengan ipar duai hanya pergi makan anak beranak je. Tapi kak serius harga nya tu murah sangat kalau kat sini makan di bagan lalang tu mau kena tiga empat ratus tau, memang potong kepala punya harga bukan sedap sangat pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Tulah, aktiviti makan2 dgn ipar duai akan menjalinkan kasih dan sayang lebih erat.
      Memang murah makan kat melaka tuh..Alhamdulillah

      Delete
  5. Assalamualaikum kak... kitorang dah lama tak makan ikan bakar... selalunya kitorang makan kat Umbai..jarang ke tempat lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Aeez,

      Banyak tempat ikan bakar dimelaka, tapi ni first time auntie kesitu, selalu kat serkam

      Delete
  6. Alamak kak... tu tadi akaun google anak anie... heheh...terlupa nak log out

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anie,

      Google jgn tak googles..hihihihihi
      Apa kabar Anie? rindulah celoteh anie..

      Delete
  7. aunty.. seronokkan kekadang makan ramai2 ngan sanak saudara. walau pun sakit aunty gagahi jua. anak saudara kita pun suka hisap jari. kekadg bila dia hisap jer kita tarik keluar. lama2 dia marah. hahaha.. kat melaka tempat mana asam pedas dia power..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Normala,

      Sedap asam pedas kat bandar hilir, auntie kalau balik pagi mesti nak makan tengahhari kat situ

      Delete
  8. kat sini memang best auntie. selalu lepak makan kat sini dengan amoi2 office. best santai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lya,

      Ohhhh...Lya kat melaka yea? Memang seronok makan2 dgn orang2 office, auntie missed that occasion..

      Delete
  9. wahhhhhhhhh....sedap nyer...dan murahhhhh...berbaloi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shuweet,

      hehehehehe, memang berbaloi..

      Delete
  10. hye Auntie..sy n family slalu mkn di Muara Sungai Duyong je..sgt sedap.Auntie boleh try.tepi Muara sg duyong n leh nampak laut lagi.mkn pun sedap dan murah..servis cepat.kedai sgt bersih dan proper seating x sesak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aril rostogi,

      Ohhh..auntie tak pernah cuba, tapi kata uncle dia pernah kesana dgn business friend dia..betul sedap katanya, nanti uncle nak bawak uncle kesitu...inshaAllah

      Delete
  11. aunty.... crystal bay kampung sy...rumah sy pon dlm tu jgk.. best nye ikan bakar.. lain kali pegi gerai paling ujung skali.. nasi lemak die power... dekat dengan gelanggang futsal tu.. hihihih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam si cokelatte,

      Ohhh yea ker? hehehehehehe bolehlah auntie calling2 jika auntie dirikan rumah di depan crystal bay, auntie ada tanah disitu..

      Delete
  12. Akak pasangan yg ideal, loving sampai until now. Suka baca blog akak

    ReplyDelete
  13. Untuk maklumat dan Ilmu lanjut berkenaan ILMUL YAKIN layari
    www.ilmulyakin.blogspot.com
    www.haqquliman.blogspot.com
    www.solatundaiem.blogspot.com
    www.peaceforeternity.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. layari haqquliman.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. AnonymousMay 01, 2013

    Thаnks for every other fantastіc post.
    The place elsе could anyοnе get that type of
    information in such a pеrfeсt way оf writing?

    I have a presentatіon subsequent week, аnd I am at the lоok
    foг such infο.

    My blog post - http://beta.truck.net/

    ReplyDelete
  16. Maaf jika servis kami kurang menyenangkn.. Mgkin sbb org ramai.. Berkenaan komen anda ttg nasi lemak dan sambal kurang sedap.. Maaf dan terima kasih.. Kami akn cuba perbaiki... Terima kasih atas pujian anda. Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami. :)

    *klu nk dtg lgi blh kol utk booking...
    012-5287794 (mieza)
    Insyaalah kami akn cbe beri yg terbaik!
    10% diskaun akn diberi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tumpang tnye..ni kdai no.2 qrystal bay ke..

      Delete
  17. AnonymousMay 11, 2013

    Thanks in favor of sharing such a good idea, article is good, thats why i have read it entirely

    Here is my weblog http://www.restoredinc.com/

    ReplyDelete
  18. AnonymousMay 18, 2013

    Normally I don't read post on blogs, but I wish to say that this write-up very compelled me to try and do so! Your writing style has been surprised me. Thank you, quite nice article.

    my web-site; http://www.streetfire.net

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...