Followers

Friday, May 4, 2012

Bahaya Lidah Kalau Tak Dijaga


Tiada satu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada 
di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS Qaaf [50]: 18)
 
Lidah tidak bertulang. Petatah itu menggambarkan 
bagaimana lidah boleh membawa kepada si pemiliknya 
menuju pintu syurga atau menuju pintu neraka. 
Bahaya yang ditimbulkan oleh lidah sangat besar, 
dan petaka yang bermula darinya juga luar biasa. 
Abu Bakar As-Siddiq RA. Pernah memegang lidahnya 
sambil menangis dan berkata, 
“Inilah yang mendatangkan pelbagai bencana padaku.”

Lidah mempunyai banyak “penyakit” yang boleh membawa 
pemiliknya mendapatkan malapetakan seperti perkataan dusta, 
gosip, adu domba, perkataan kasar, mencela, perkataan kotor, 
kesaksian palsu, kata-kata laknat, cemuhan, merendahkan orang lain, 
dan sebagainya. Kerana itu tidak hairan jika banyak perkataan 
yang menghantarkan pelakunya ke neraka, 
lantaran ia tidak boleh mengawal lidahnya, 
dan membiarkan kata-katanya liar.
 
Lidah laksana binatang buas yang amat berbahaya, 
ular berbisa, dan api yang meluap-luap. Ibnu Abbas ra, 
pernah berkata kepada lidahnya sendiri, 
“Wahai lidah, katakanlah yang baik nescaya engkau 
akan meraih kebaikan. Atau diamlah, nescaya engkau akan selamat. 
Semoga Allah merahmati seorang muslim yang menahan lidahnya 
dari kehinaan, mengikatnya dari gosip, mencegahnya dari ucapan sia-sia, 
dan menahannya dari kata-kata yang diharamkan. “
 
Dalam hadis sahih disebutkan bahawa Rasulullah saw. 
bersabda kepada Mu’adz ra. sambil memegang lidah, 
“Tahanlah ini!” Mu’adz berkata, 
“Apakah kami akan disiksa kerana apa yang kami ucapkan, 
wahai Rasulullah?” “Ibumu akan kehilangan dirimu wahai Muadz. 
Tidaklah wajah orang-orang itu dilemparkan ke dalam api neraka 
melainkan kerana hasil perbuatan lidah mereka. “(HR Tirmidzi dan Ahmad)

Namun begitu, lidah juga merupakan sarana menuju kebaikan 
dan boleh membawa pemiliknya ke pintu syurga. 
Maka, alangkah damainya orang yang sentiasa berzikir, 
memohon ampun, memuji, bertasbih, bersyukur, 
dan bertaubat kepada Allah dengan lidahnya. 
Dan alangkah malangnya orang yang mengoyak kehormatan manusia, 
menodai kesucian nilai-nilai sebuah kebenaran.
 
Semoga Allah merahmati orang yang berhati-hati dengan segala ucapannya, 
menetapkan lirikan-lirikan matanya, menghaluskan tutur katanya, 
dan menimbang-nimbang dahulu apa yang akan diucapkan. 
Allah SWT berfirman, “Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya 
melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS Qaaf [50]: 18)
 
Dalam hadisnya, Rasulullah SAW juga selalu mengingatkan 
umatnya untuk selalu menjaga kehormatan lidahnya dalam berbicara. 
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, 
“Sesiapa yang menjamin untukku apa yang terletak di antara dua rahangnya (lidah), 
dan apa yang terletak di antara dua pahanya (kemaluan), 
maka aku akan menjamin untuknya syurga.” HR Bukhari dari Sahl bin Sa ‘ad.
 
Patut kita sedari, melatih jiwa kita untuk selalu melaksanakan 
perbuatan-perbuatan yang dianjurkan Allah SWT dan meninggalkan 
apa yang dilarang-Nya. 

Ya Allah, kami memohon pada-Mu 
agar kami mempunyai lidah-lidah yang jujur dan hati yang bersih.

5 comments:

  1. betul tu auntie nani. Mmg seharusnya kita berhati2 bila berkata2.

    ReplyDelete
  2. Tadi komen tak masuklah, ok cuba sekali lagi. Manusia ni kak kadang kadang bukan tak tahu apa akibat nya kalau tak menjaga lidah, bab bab menghina orang kemain laju nanti lah bila api neraka membakar baru dia rasa.

    ReplyDelete
  3. Salam auntie,

    Saya mohon share this link at facebook...sebab nk bg peringatan jgk pd yg lain2...thank you auntie......

    ReplyDelete
  4. Tidak syak perlunya menjaga lidah, memberi kata kata dan nasihat yang baik.Disamping itu kata kata dan nasihat yang baik tidaklah memberi maana kalau tidaka sisusuli perbuatan sebagaimana yang lidah ucapkan. Kita dipersoalkan 'mengapa cuma berkata apa yang tidak dibuat dsendiri?'

    ReplyDelete
  5. salam kak nani...

    lidah itu lebih berbisa dari mata pedang...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...