THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, April 25, 2012

Sungguh Berhati Murni

Semalam auntie tinggal sensorang di rumah
Semua keluar..masing2 ada hal
Auntie tak kuasa nak ikut
sekurang2nya boleh lah juga buat kerja2 ringan
mengemas lemari dan cabinet
Auntie kunci pintu depan sebab..

Jiran sebelah rumah dah berpindah dan
rumahnya disewakan rm1,800 sebulan

Yang menyewa orang Sudan berkulit hitam
Baru 2 malam lepas mereka masuk
Aduhhhhh...memang tak pernah duduk
dan bercampur dengan bangsa kulit hitam
Maka auntie rasa risau dan sentiasa mengunci pintu

Lepas solat zohor auntie kedepan rumah dan
mata terpaku di kerusi ..
Ada acar buah..


Terus kehairanan..
Bila masa agaknya Khairin hantar?
Siapa sambut? Aduhhhh..banyak dan berat
memang boleh tampung 1,000 tetamu
maka auntie biarkan saja disitu
balik anak2 auntie atau uncle nanti bolehlah
bawa masuk kerumah

Ribuan Terima Kasih pada Rin
Moga Allah pelihara Rin dan melipat gandakan rezeki

Khairin adalah silent reader blog auntie
tak pernah berjumpa..
Khairin sponsor acar buah untuk wedding anak auntie
Ya Allah..sungguh berhati murni orang nye
saudara mara pun tak bersusah payah macam tuh

Khairin email auntie akan hasratnya nak bagi acar buah
kami beremail beberapa kali
Boleh auntie lupa nak minta alamatnya
untuk kad jemputan kawin
Aduhhhh...punya lah benggong auntie ni
Nak hantar pun dah terlewat sangat
Memanglah auntie dah jemput melalui email
tapi auntie risau, takut2 Rin tak tahu lokasi
majlis kawin
So..auntie invite dia ke majlis akad nikah
since dia dah tahu rumah auntie.
masa tuh boleh lah auntie bagi kad kawin nanti..
huhuhuhu..

Uncle suruh auntie scan kad wedding tuh
tapi masaalah nya printer dah di cabut wayar2
dan di bawa atas..
auntie memang tak larat nak naik keatas..

Auntie amat2 bersyukur pada Allah swt
kerna ramai yang menyayangi auntie
walaupun auntie tidak kenal mereka

Alhamdulillah..




22 comments:

  1. Acar Buah feveret saya auntie. tak sabar dah nak makan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakchik,

      hehehehehe nanti makan bebanyak ahad ni..
      see you there dear

      Delete
  2. nampak sedap le acar tu..terus menelan air liur..terus rasa lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AzNurul

      Memang sedap auntie dah ratah..
      masa menaip ni pun, terkecur lagi..

      Delete
  3. Alhamdulillah. Ramai yang sayangkan Kak Nani, saya pun sayangkan Kak Nani tapi tiada apa yang dapat saya sumbangkan. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakcik,

      Akak tahu kakcik sayang akak, nilai yang tak boleh dijual beli gitu..
      Alhamdulillah

      Delete
  4. alhamdulillah...memang ramai yg sayang aunty termasuk sya seronok mengenali dan berbual bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kasihibu,

      Moga sayang kita berpanjangan dan berkekalan..
      InshaAllah

      Delete
  5. rezeki gitu yer auntie, Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eliss,

      Alhamdulillah..masih ada lagi sumbangan yang belum auntie ambil pic lagi..

      Delete
  6. Acar buah tu pemangkin selera saya dibulan puasa...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Gedek,

      Bulan puasa lambat lagi, maka jadi pemankin di hari kenduri ahad ni nanti..
      Datang yea!

      Delete
  7. Auntie, segan saya, auntie buat entry ni...
    Saya mmg gemar buat acar, (makan x pun).
    Suka tgk auntie sekeluarga sentiasa loving.
    InsyaAllah saya datang 29 tu. Kem wardiebun saya tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rin,

      Siapa saja yang memberi apa2 kat auntie, mesti auntie buat n3 tanda ingatan akan pemberian individu itu.

      Tok sah rasa segan dgn berbaik budi pekerti begitu, boleh jadi contoh pd yg lain2..

      Alhamdulillah..Rin tahu dimana tempat majlis perkahwinan itu..
      see you there

      Delete
  8. wah....banyak tu....rezki la...

    tahniah wat anak auntie yang akan berkahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jedi,

      Alhamdulillah, memang banyak

      Terima Kasih atas ucapan tahniah utk puteri auntie

      Delete
  9. Alhamdulillah, murah rezeki...

    Orang berbudi kita berbahasa. Semoga semuanya berjalan lancar untuk majlis nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq,

      Alhamdulillah..

      Betul tu..

      Amin

      Delete
  10. Will see you on Sunday auntie...insyaallah....

    ReplyDelete
  11. Ok.. Sy tertinggal keta api. Tatau pun aunty nk berkenduri esok... Huhu

    ReplyDelete
  12. Mamawana dah merasa acar buah tu di majlis Kem Wadieburn siang tadi. Sedappppp... nak lagiiii.... ngeeee

    ReplyDelete
  13. Biarlah terlambat untuk Pakcik mwemberi ucapan selamat berjaya kenduri yang diadakan. Saya jarang melawat selain keblog mereka yang selalu menjengok Pakcik. Maalumlah bila berumur kuranglah lah kesana kemari.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...