THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, April 10, 2012

Majlis Pertunangan

Hujung minggu lepas
Sedara perempuan auntie talipon uncle
Minta tolong jadi spokesman untuk rombongan
pertunangan anak lelaki nya..
Uncle bersetuju dgn permintaan nya
sebab kesian, dia saorang balu,
dan tidak ada lelaki dlm family terdekat
Bila auntie ingat2 betul lah..
Ayah, abang even ipar2 laki2 semua
dah meninggal..

Tapi uncle pula pass tugas tuh pada
sepupu dia yang kebetulan berada di KL
datang dari Batu Pahat..

Uncle bukan aper..dia kadang2
orang tak biasa memang tak leh faham
apa yang dia nak katakan
sebab ada setengah2 perkataan dia tak terang
'Slurred speeches' sejak kena stroke

Pada mulanya auntie memang tak nak ikut
badan tak berapa nak sihat
Uncle minta temankan juga sebab itu adalah
sedara arwah mak auntie belah perlis
auntie telan pain killer 2 biji sebelum bergerak

So malam tuh kami mengiringi lah
rombongan tuh

Kami berjumpa di Station Minyak
untuk menanya details untuk sepupu
uncle berbincang nanti..
Biasalah, soalan2 wajib
Berapa dulang hantaran
Berapa duit hantaran sebagai persetujuan
Berapa lama tempoh
Jika ada perbalahan/putus tunang
Nak double ker atau rite off ajer

Uishhhh..bila sampai depan rumah
orang ado2 di Taman TAR, KL rupanya

Auntie memang tak dapat dengar lansung tapi
auntie nampak sepupu uncle buat intro
memperkenalkan siapa dirinya
siapa auntie dgn ibu pihak lelaki

Kita tengok gambar ajerlah yea
dan bercerita dari situ..
tapi sian uncle, bila dia jadi photog
gambar dia sendiri tak ada

Masa mula sampai, bersalaman

Dulang2 dah tersusun atas sapra
5 dulang dr lelaki dan 7 dulang dari perempuan
Yang disable duduk atas kerusi..hihihihi

Wakil  spokesman pihak lelaki

Yang berbaju batik tuh ibu dan bapa 
pihak perempuan

Auntie difahamkan, Ini rumah Opah nye..
yang berjubah hitam tu

Dulang2 hantaran

Ada terselit gambar uncle yang berbaju batik biru
(auntie ambil gambar dr fbook)

Sarung Cincin

Dengar kabar part time model

Sesi dah selesai menyarung cincin
uncle ambil dari jauh ajer



Sesi mereka snap gambar2

Dah selesai dgn bacaan doa selamat
Amin, Amin dan Amin

Makan time pulak..hihihihi
Juadah..lupa nak snap
Lontong dan lodeh
Sate dan kuah kacang
Nasi putih, sambal tempeh ikan bilis kentang
Ayam masak merah kot (tak ingat)
Air oren
Pembasuh mulut
Som2 dan kek

Sedang kami menjamu selera
Ada group muzik sampai
semua dah tua2 belaka
First time auntie hadir majlis pertunangan 
siap ada group  muzik...
tadi ada berdoa dan
Amin, Amin dan Amin
disambung pula dgn
Quando, Quando, Quando
to enjoy beyond compare..
Minyak ngan air tak campur kan?
So lets enjoy
But as for auntie I am out..
thank Allah as i am the chosen one




Sepupu uncle memang 'kaki nyanyi' dan boleh main alat musik
lepas makan jer, terus pegang mike..hihihihih
untuk pengetahuan readers auntie
sepupu uncle ni ayah kepada Maulana AF8

Auntie sedang berbual dengan ibu kpd pihak lelaki
Kami di luar perkarangan taman


Yang berbaju batik tuh exhubby Opah


Berbual2 dan bergosip2 lagi auntie..


Ada swimming pool sebelah meja auntie
Auntie kata kat sedara auntie,
Nani memang angan2 nak rumah yang ada swimming pool
sampai dah dekat nak mati, bayang swimming pool pun
tak ada dalam life nani..hihihihihi

Pak Cik2 yang tak reti nak balik..
sepupu uncle pulak lepas nyanyi satu lagu,
sambung berlagu2 dia menyanyi..dah lupa
darat..hihihihi
Auntie punya lah malu, kenapalah
kami (group lelaki) masih tak angkat kaki lagi  utk
beransur balik
Rupa2nya, mereka (antara sedara auntie dengan Opah
dah kenalan lama)

Padanlah dah tak segan duduk sampai lewat malam..
Auntie ikutkan ajerlah..walaupun rasa tak selesa
Kerana badan tak sihat, auntie minta
air suam, telan pain killer lagi 2 biji
Tunggu ajer lah mereka
'enyoy2' sampai puas


Nyanyian dari anak opah 
(yang baju kuning)

Mak perempuan bergambar semeja dgn auntie

Uncle sentiasa di sebelah auntie
Dia lansung tak join group PakCik2 tuh
Nampak mereka menghentak2 kaki ikut alunan musik..
khayal dengan santapan telinga
Entahlah, mungkin jiwa uncle dah tak ada dengan lagu2 lagi
atau mungkin kerana auntie tak sihat 
atau mungkin dia nak dengar gossip auntie dgn sedara2 auntie..
hahahahhahaa

Mereka ajak auntie duduk dalam untuk lihat tanpa dengar
Ishhhhh...nak buat aper? lihat tanpa dengar?
Kata auntie, kalau dulu, jgn kan lihat, dan dengar, mungkin
ayun2 badan lagi..ikut irama musik
(masa muda2lah)

Auntie bisik di telinga uncle, 
Nak balik, Nani dah sakit badan dan penat
nak rehat sebab dah amat jauh malam

Tak tahulah auntie group2 tuh berakhir pukul berapa?


Gambar Kano dan Selina Pasqual (tengah2)
yang melansungkan pertunangan mlm tuh
(gambar dr facebook, auntie cilok)

Moga tempuh pertunangan selama setahun dari tarikh malam tuh
berakhir di jinjang pelamin..
InshaAllah..
Tahniah kpd kedua2 ibu dan  sorang bapa.

1 comment:

  1. meriah jugak ngan music segala tu kan..err, opah tu sape auntie..kalau opah yang pelakon tu saye kenal la..hehee.. arwah atuk lelaki saye punyer sepupu opah pelakon tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...