THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, April 18, 2012

Jam Loceng?



Auntie hilang pendengaran selama hampir empat tahun

Jam loceng tidak lagi berguna untuk auntie..

Macam maner bangun subuh?

'Diri' gerak 'diri' dan kelopak mata berkerja sama untuk tercelik buka...

Alhamdulillahhh..

Adah kuasa lain telah melenakan ku sampai tertinggal subuh hari ni?
Syaitan?
Pills?

Sedih dan kesal..
bila terjaga sudah pukul 7:30 pagi

Anak2 dan suami yang di harap
Tidak berlaku hari ni..
mereka membiarkan auntie tidur lena..

kenapa boleh berlaku?
Kesiankan auntie sebab auntie sakit?
Kata mereka auntie tidur berdengkur
??????

Macam maner nak elakkan jadi begitu?
Tidak bergantung pada ehsan sesorang untuk
menggerakkan 'diri' ini?

Ohhhh...diri jangnlah mengjauhkan diri

















17 comments:

  1. auntie....cepat sihat ye...tak dpt banyak sikit pun jadi la....nak tengok auntie ceria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shuweet,

      Gitulah harapan auntie tapi hingga kini masih lagi sakit2..

      Delete
  2. Salam sis!

    "Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang diantara kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila ia berwuduk maka akan terbuka ikatan kedua. Apabila ia Solat , maka akan terlepaslah semua ikatannya. Ia akan merasa sesuatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak ia akan merasa malas dan kekusutan hati". (Hadis Riwayat Imam Bukhari).

    Menurut sebuah Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud:
    "Jika kamu hendak tidur, maka berwuduklah bagaikan kamu hendak Solat, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan berdoalah dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu sebelum tidur)."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam BT,

      TQ for the info. Auntie memang selalu tidur dlm keadaan wudhuk..tapi disebabkan sakit dan makan pills buat auntie terlajak..huhuhuhu

      Delete
  3. cuba pakai jam tangan yang ada 'vibrate'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Ngah,

      Nak kena cari jam macam tuh, good suggestion, TQ

      Delete
  4. Jika dah kerap sgt berlaku, hingga terganggu, jumpak le doctor & tanya dia pasai'sleep apnoea' (pernafasan sering terganggu ketika tidur). Wallahualam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam BT,

      TQ for the advise
      Auntie shall ask my personal doc during my next visit

      Delete
  5. arwah tokwan dulu ajar.

    sebelum tidoq, tepuk bantal dan pesan kat bantal pukul berapa kita nak bangun. selalunya menjadi. masa tu budak-budak. masih sekolah.

    tapi bila dah makin dewasa, dosa makin banyak, masalah makin menghimpit, otak makin letih, badan makin lesu, petua tu kurang menjadi dah pulak.

    tak tau kenapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lady RaRa,

      Petua selalunya bagus tapi ianya secara kebetulan, hehehehhehe

      Delete
  6. Tertidoq tu ketinggalan yang diampunkan, asalkan jangan saja2 tidoq w/pun tau dah dekat nak masuk waktu..
    Pesan mak makchaq dulu, belum tidoq niat dan pesan kat malaikat kiri kanan kita utk gerakkan... insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq,

      Terima kasih atas penawar nasihat.

      Delete
  7. kata orang tepuk2 bantal dan cakap, esok jam 5 mesti aku bangun dari tidur ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kasihibu,

      Itulah lah petua org2 lama..hihihihi
      auntie tak pernah buat

      Delete
  8. Assalamu'alaikum Kak Nani.

    Akak letih sangat kot. Kak Nani tidak berdosa keran bukan meninggalkan solat dengan sengaja. Sebaliknya Akak boleh terus solat sebaik bangun dari tidur. Jangan sedih, ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussallam Kakcik,

      Haah, akak bukan saja letih malah membawa sakit urat yang amat2.

      Delete
  9. Salam auntie, saya ni memang lembap nak komen kat auntie punye blog.

    Suggestion saya ialah, kalau auntie ada phone set supaya alarm phone tu vibrate sekali. Saya selalunye bangun bukan sebab bunyi, tapi sebab vibrate. Lagi pon saya letak phone tu bawah bantal, lagi la terasa.

    Jam vibrate yang suggestion atas tu pon menarik gak, tapi tu la, nak cari jam camtuh tak sure lak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...