THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Sunday, April 22, 2012

Hanya kasih dan sayang terpahat dihati ku

Semalam dari pukul 11 pagi sampailah 7 malam
Buat door gift 1000 bags..
Jemputan di buat oleh uncle kapada
Rakan2 taulan untuk membantu menghulur tenaga

Jiran auntie Juita
datang bawa satu bekas cold sandwich
Auntie lupa nak ambil gambar tapi
gambar ni auntie ambil di fbook dier..


Ni sepiring, yang di bawa nya bekas besar
Puas auntie makan..hihihihihii sodappppp

Kawan2 extentera
Mej (B) Azmi dan isteri Yati
Anak2 perempuan nya 3 orang
Mereka bawa tapai pulut

Mej (B) Zahir dan isteri Mazwan
Anak perempuan nya Mas Ernie dan suaminyia Wan Shahrir
Anak bungsunya Sofia
Mereka pula bawa kuih kacang kolei dan talam keladi

Kawan2 anak ku Peeja
Dr Jonet dan adik perempuannya
Jonet bawa telur grade AAA dua papan
dan nenas 3 biji yang dibeli dari Segamat

Nysa
Huda dan Ice

Dua pupu uncle suami isteri
Mohamed dan isterinya Tengku Badariah

Ahli keluarga
Uncle, Peeja, bakal menantu
dan Noy..

Ada juga yang dijemput tapi tak muncul
tak per, mungkin mereka ada hal

Pembahagian tugas2 semalam..
Membuka lipatan kotak
Keluarkan glassware dan mengelap
Memotong dan Mengikat reben
Menyusun goodies dan glassware dlm kotak
Lastly kerja2 berat,  orang lelaki menyusun yang dah siap
dalam kotak besar, terus angkat dan susun di porch..

Ruang tamu auntie kecil
Aduhhhhh...bila dah tersusun2, sampai nak jalan pun sempit




Auntie bercadang nak masak sendiri makan tengahhari
Auntie pergi ke pasar tani pukul 8 pagi semalam
beli karipap yg dah siap digoreng
beli kuih muih frozen untuk digoreng
beli ikan, daging dan ayam
sayur2 pula auntie beli ulam2 ajer..

Bila auntie kedapur nak masak
semua kata tak payah, beli ajer nasi ayam
atau nasi campurrrr...
mulanya auntie bersetujulah
lalu auntie duduk join mereka buat goodies
bila bosan melanda, tak tahu aper
yang mereka bualkan, aper yang mereka
tawakan..huhuhuhuhu
auntie rase sedih dalam hati..
tak dapat bermesra dengan mereka..

Auntie angkat punggung terus kedapur
Buatkan air sirap 2 jug besar, kopi hitam pekat dan manis
hantar mugs, air mineral dan karipap yang auntie beli
di pasar tani..

Maka bermulalah sessi memasak..
semua sibuk buat goodies
jadi auntie masak sensorang..
Menu yang paling senang, ringkas dan cepat..
Nasi putih
Ayam kari pullay 2 ekor
goreng ikan bawal hitam 3 ekor (potong kecil2)
goreng tempe
Sambal belacan
Sambal tempoyak
Ulam raja dan selom
Telur dadar..

Siap dan sangat puas hati bila
semua makan..kecuali sorang saja
entah kenapa?? malu? kenyang?
biarlah auntie tak nak sebut
jawapan ada dlm dirinya sendiri..
Dan ada juga yang makan second round
bila terasa lapar lagi..
Alhamdulillah..

Penat, letih dan lesu sesudah memasak
auntie hilang bila auntie rasa amat gembira
menjamu tetamu2 yang datang untuk menolong..
of coz auntie telan pain killerlah..
hihihihihihi

Tersusun2 bertingkat2 dlm rumah dan
luar rumah..dan juga dlm kereta
Petang2 nanti PG dan bakal menantu
akan hantar kotak2 tu di rumah Peeja
kena juga hantar kesana
sebab hari sabtu ni
hari nikah..tak kan rumah penuh kotak2..





Dalam kereta pun dah penuh satu load
sedia untuk di 'exportkan'..hahahahahah
tapi auntie tak ambil gambar sebab cuaca
amat terik hari ni

Alhamdulillah..
doorgift settled

Yang tinggal
Nak isi telur emas dlm bunga pahar
Cucuk bunga manggar
Decorate artificial flower untuk center pieces
Kerja2 ni sekejap ajer..no hal punya..
Malam minggu boleh buat di dewan
masa MC dan band buat rehearsal
Persiapan meja2 makan, meja beradap
pelamin dan walkway..
Auntie akan kesana nanti..nak nengok
tapi tak boleh dengar..huhuhuhu (sobs)

Uncle dah booked 3 bilik tidur VIP
dalam Kem Wardieburn tu
untuk bermalam disitu, jika penat
auntie boleh landing kat situ..
Alhamdulillah..kemudahan yang ada
di Kem Wardieburn

Bersyukur pada Ilahi kerana
uncle bekas tentera..

Pada rakan2 taulan ku dan juga
sedara2 ku yg banyak membantu

Ribuan Terima Kasih dari ku
di atas kerjasama yang tak dibalas..
Hanya kasih dan sayang terpahat dihati


36 comments:

  1. best kan kalau masa2 mcm ni... wpun penat tp seronok sbb ramai2... insyaAllah auntie.. semuanya akan berjalan dgn lancar dan dipermudahkan Allah. semoga peeja & bakal suami serta auntie sekeluarga bahagia hingga ke syurga. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rokayah,

      Betullah tu, auntie amat gembira bila kawan2 berkumpul.

      Terima Kasih atas doa utk bakal pengantin nanti

      Delete
  2. gitulah auntie kalau ada kenduri kendara kawin ni. Zar suka merewang masa kenduri riuh rendah gelak ketawa. weeding adik bongsu last nov kami adik beradik jer jalankan, org tua dah tak larat so merasalah pi merisik meminang hantar belanja uruskan katerer jemputan dan segala neka macam nak kawinkan anak jugak.. heheh

    esok anak saya nan sorang tu kawin 15-20 tahun lagi ntah ada ke tidak acara merewang ni.. huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zareda,

      Wahhh..pengalaman yang tak boleh di jual beli.

      heheheheheh anak masih kecil lagi yea? Tak per sekurang2nya dah ada pengalaman.
      InshaAllah, suatu hari nanti akan tiba masa itu, menguruskan perkahwinan anak pula

      Delete
  3. Assalam Kak Nani...alhamdulillah akhirnya 1000 goodie bags telah dapat disempurnakan. Cuma rasa terkilan sbb tak tolong Kak Nani masak di dapur. Sebab semua kata tak payah masak. Dalam sibuk2 packing goodies, ada tercium bau yang amat sedap, sedar2 masakan dah siap terhidang!!

    Kari pullay Kak Nani memang sedap dan terbaik (kalau tambah lengkuas, serai dan buah keras, jadilah masakan Panggang Kuali yang saya janji nak masak), yang berulang2 makan tu,saya lah tu...kekekeh Cold sandwich Kak Juita pun sedap, rajin betul dia buat dan potong kecik2..beralus buat kerja.

    Terima kasih kepada tuan rumah atas hidangan yang sungguh enak, balik dari rumah Kak Nani kami singgah di food court, makan sekali lagi dengan Nasi Lemak dan Mee Rebus... malu asyik makan aje kat rumah Kak Nani... hehehe

    Nak isi telur emas dlm bunga pahar, cucuk bunga manggar..calling2 bila nak start buat kerja2 tu, insyaAllah boleh aje datang tolong. Kak Nani tolonglah jaga kesihatan jugak yer, biar sihat masa majlis nanti, insyaAllah. Take care ma'am ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam,

      Singgah di foodcourt utk makan malam? kata Bur dah tak nak makan lagi dah lewat malam. Emmm...ikan bawal seketul dan ayam diratah saja, mana nak kenyang yea tak?

      Nasi lemak tengah malam? fuhhhhh! dahsyat, lupa darat tuh, kandungan calories dan kolestrol yg tak bagus di makan diwaktu malam.

      Apa perlu akak calling2? hahahahaha memang tak lah, dengan keadaan macam ni. Bur memang hari2 tanya abg bob program of the day..dia mesti nak lapur diri walaupun tak di perlukan khidmatnya..hihihihihi

      Kesihatan akak memang lah macam ni, dijaga rapi pun masih tak sihat dan kuat. Akak cuba berurut 3 hari utk persiapan kenduri nanti, moga badan akak lebih baik pada hari itu.

      Delete
  4. Seronok tgk bila ada acara nak kawen camni.. penat mmg penat.. tp x pe sekali sekala... bukan selalu nak bermenantukan aunty... Semoga aunty sihat2 jer slalu.. jg diri dan kesihatan aunty..

    fb- nor malawati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NMB,

      Betullah, penatnya amat2 tapi seronok..

      huhuhuhuhu ada dua anak lagi yg masih belum kawin, moga akak panjang umur utk menguruskan kerja2 utk mereka nanti..InshaAllah

      Delete
  5. Kak...seronok bila ada kerja2 yang dibuat beramai2...terasa meriahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anie,

      memang seronok bila ramai2 tapi macam2 kepala dan kerenah ada disitu...akak bila 'diadukan' perbualan2 mereka, akak jadi stress..huhuhhuhu

      Delete
  6. Assalamualaikom!
    Seronok tgk gambar2..
    Moge majlis berjalan lancar ye Auntie.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Harap auntie dapat upload banyak lagi gambar2 khas dari majlis itu nanti..InshaAllah
      Terima kasih atas doa..

      Delete
  7. bizi2 pon auntie sempat wat entri. terel la. auntie, semoga majlis berjalan lancar. dan menggembirakan sme orang. amin (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cik chinta,

      Haah, rindu blog bila tak buat n3..hihihihihi
      tu yang publish juga walaupun inti cerita sikit..hihihihihi

      Terima Kasih atas doa..

      Delete
  8. Assalamu'alaikum Kak Nani.

    Rajinnya Kak Nani masak macam2 lauk untuk hidangan tetamu.

    Saya rasa terkilan sangat tak dapat nak hadir 29hb nanti. Kalau majlis di rumah, boleh juga saya datang waktu malam. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Warahmatullahi Wabarakatuh Kakcik,

      Bila ada kemahuan, Alhamdulillah Allah perkenankan, maka adalah hidangan utk tetamu utk dijamu.

      Kakcik, kalau kakcik nak datang rumah waktu malam2 pun no hal, silakan lah..
      Rase nya akak ade dah di rumah selepas maghrib.

      Delete
  9. Kalau ai dekat, x yah dijemput pon ai akan dtg tlg auntie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ai,

      Yea ker? Terima Kasih diatas ingatan untuk menolong auntie.

      Hingga kita berjumpa dihari berkenaan, bawalah datin biah sekali ke kenduri tu nanti.

      Delete
    2. Insyaallah, akan ai usung datin biah nnt :)
      TQ jemput ye auntie..

      Delete
  10. semua menarik...tengok sandwich tu pun dah sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam eni,

      hihihihihi..memang sedap sandwich tu

      Delete
  11. meriah bunyinya, kalau sya dekat dengan muka tak malu sya datang membantu
    semoga di permudahkan segala urusan ye aunty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kasihibu,

      Alhamdulillah, sudi nak nolong auntie.

      Terima Kasih atas doa..

      Delete
  12. Moga auntie dapat 'mendengar' dengan 'telinga hati'. Sedih baca bab tu, tp moga auntie sihat2 selalu. Jaga diri yer. Moga semuanya selamat. Tahniah utk peeja Dan pasangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam KV,

      Mudah2an gitulah hendaknya.

      Terima kasih atas doa kesihatan auntie dan juga bakal pengantin.

      Delete
  13. salam aunty nani
    semoga semua berjalan lancar insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Marsitah Ahmad,

      Terima Kasih atas doa..Amin

      Delete
  14. Salam Aunty,
    waaah..seronok nye tengok persiapan majlis ni...
    Terasa bahangnye...hehe..
    Teringat waktu nk kawen dulu..penatnye Allah je tahu..
    bila selesai majlis..Alhamdulilah, fuhh legaa!
    Apa pun semoga aunty sihat dan ceria di hari majlis nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali fathen,

      Haah, memang dah terasa bahangnye..hihihihihi

      Mudah2an auntie sihat dan ceria di majlis tersebut. Amin

      Delete
  15. Alhamdulillah...kemeriahan dah terasa...tinggal 5 hari je lagi untuk akad nikah..yeayyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      hihihihihihi...membilang hari untuk auntie

      Delete
    2. tak sabar nak jumpa auntie

      Delete
  16. Auntie, never ever forget to take care of yourself, jangan kerja berat-berat, tak sabar nak tengok auntie masa majlis nanti, mesti cantik....tak pe kalau auntie tak boleh dengar, Allah Maha Mendengar, auntie jangan sedih k, lv uuu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Qneem,

      Kerja2 berat tak berani auntie buat, hanya yg ringan2 saja.

      huhuhuhu auntie kelihatan cantik? baju pun belum siap lagi..risau juga kata nya boleh siap pada 27/4..kalau tak siap, auntie terpaksa sambar je baju ready made kat mana2..

      emmm...pendengaran auntie memang tak akan pulih kata doktor, tapi kalau Allah Kun Fayakun?
      InshaAllah..auntie berserah ajer..

      Delete
  17. Sronok kan auntie meriah2 macam nih.. Teringat pulak wedding saya bulan 1 ari tuh.. kenangan yang tak boleh jual beli kan.

    unfortunately, saya tak dapat nak attend majlis ni. cuti panjang, nak balik kampung. time camnih jela dapat gather dgn family. apapun, saya doakan segalanya berjalan lancar.. Apapun terjadi, jgn lupa.. senyum sokmo =)

    ReplyDelete
  18. syukur majlis dah selesai :) congrates aunty dapat menantu baru...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...