THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, April 24, 2012

Beras Sampai Tepat Pada Masa

Office lama auntie hantar sekampit beras
Sungguh terharu..Syukur Alhamdulillah
Yang hantar kerumah beras tu ,
wakil dari Human Resource, Nina


Katanya  dari Koperasi kami
Auntie memang ahli koperasi tuh
tapi pelaburan auntie
terlalu sikitttt...tak pernah tambah
sejak penubuhan nya


Auntie ucapkan ribuan terima kasih
kpd Pengerusi dan ahli2 jawatan kuasa
Auntie tidak dapat senaskah laporan
sejak berhenti, jadi auntie tak tahu siapakah
pengerusinya, adakah yang baru atau masih
yang lama.


Wahhh...Nina suruh auntie tambah pelaburan
sebab dividennya unbelievable..
Dia akan inform auntie bila dibuka untuk
tambah pelaburan pada September nanti..

Tak tidur malam auntie memikirkan
sungguh bertuah employees syarikat tu
dengan adanya Koperasi yang memberikan
ganjaran sebanyak itu,
tidak ada di mana2 institusi kewangan.
Akan ku labur to the max amount..hihihihihi
InshaAllah

Rezeki tak kemana kan?
Jika ada umur panjang dapatlah auntie rasa
imbuhan nya nanti pada tahun depan..
InshaAllah







19 comments:

  1. Melabur menambah rezeki. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakchik,

      Mudah2an..InshaAllah

      Delete
  2. InsyaAllah, kalau dah dijanjikan itu rezeki Kak Nani, pasti adalah bahagiannya nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakcik,

      Mudah2an, kita merancang Allah menentukan

      Delete
  3. Rezeki tu auntie..

    Terima kasih ya...kad undangan auntie saya dah terima..Insya Allah, kalau tiada aral, saya hadir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Daddy Ziyyad,

      Alhamdulillah..

      Harapan bertemu di kenduri nanti

      Delete
  4. Salam Kak Nani.

    Rezeki tu dapat beras sekampit.

    Nanti bila Kakak dah melabur sampai max, dividen tu boleh beli beras satu lori kalau mahu ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelaburan yang bagus kalau pulangannya memuaskan.

      Delete
    2. Salam Zaitun,

      Begitulah hendaknya

      Delete
  5. Assalamualaikum Auntie

    sikit2 pun ada keuntangan nya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam warahmatullahi Wabarakatuh,

      Tak dapat banyak sikit2 kita melabur, janji ada simpanan..

      Delete
  6. Auntie mmg murah rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ai,

      Alhamdulillah..tak putus kasih sayang Allah swt kpd auntie yg disalur melalui kawan2

      Delete
  7. Assalamualaikum...ada peluang untuk menambah pelaburan apa salahnya kan... semoga rezeki akak diperluaskan...ameen

    ReplyDelete
  8. Salam Auntie,
    Khairin semalam call uncle banyak kali masuk msg. So, mintak maaf byk2, mcm pencuri masuk letak acar tu....
    (bkn saya yg masuk, mintak tolong staff husband).
    Coz saya x sedap pulak nak tinggalkan di luar rumah or kat jiran auntie yg baru pindah tu...
    Maaf ye auntie. Last minit... Tunggu ada org yg available boleh drive saya.

    ReplyDelete
  9. selamat menerima menantu baru aunty.. saya doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.... moga aunty diberikan dabel kekuatan masa majlis tu nanti.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  10. Rezeki datang dari mana-mana arah yang Allah tentukan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...