THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, March 27, 2012

Tak Rasa Malu Kalau Dah Sakit

Uncle ajak melawat adik lelakinya yang kena santau
Dan juga isterinya yang akan ke Umrah
Badan auntie tak berapa sihat ketika itu
Namun auntie gagahkan juga untuk
mengikut permintaan suami sebab uncle dah
inform adiknya yang kami akan datang
melawat malam tu..

Selepas solat maghrib, kami kerumahnya
siap isi perut dulu dirumah, tak mahu berlapar
mana lah tahu, kang kalau dah berbual berjam2
sudah tentu auntie gelisah jika kelaparan

Memang betul pun, yang dihidang
keropok, muruku dan air mineral
syukurlah sekurang2nya tekak tak kering..hihihihihi

Auntie pun tak bawa aper2 sebagai buah tangan
Uncle beritahu pun secara mengejut dah malam
Dengan keadaan auntie yang tak sihat, auntie
tidak minta uncle untuk singgah di supermarket..
untuk membeli aper2 sebagai buah tangan..
Memang rasa tak seronok tanpa buah tangan
auntie diajar  oleh parents auntie, kalau berjalan
rumah orang mesti bawa makanan...
rasa kekok bebenar bila menziarah tanpa aper2..

Sampai dirumahnya, adik uncle yang buka pintu
Isteri dan anak2nya tak de, keluar pergi makan malam
Uncle berbual2..auntie hanya banyak berzikir
mood kurang untuk berinteraksi




Memang kesian bila tengok keadaan adik uncle
yang terkena santau angin
Dah tak de rupa dia..
merah menyala dan bengkak2 kulit muka hingga ke kaki.
Tergaru2 gatal dikepala,  dan lengan
ada kala dia selak2 kain untuk garu peha dan betis
Kalau batuk pasti berdarah, Badan rasa bisa2, sejuk dan panas
hingga jari2 dia perit...kata nya

tengok secara kasar..macam beruk perangai nya
Gitu lah kehendak orang yang menyihirnya..katanya

Auntie kata dah jumpa dengan pakar kulit tak?
sebab auntie nampak macam ALLERGIES atau ENZYME
Katanya sudah..pakar kulit kata dia tak boleh kena
matahari..Ohhhhh...macam2 ujian
kalau macam tuh fikir auntie sesuai lah kalau
duduk di Iceland dan Greenland
negeri yang sejuk2 melampau..tapi tak juga
sebab dia tutup aircond malam tuh..
katanya sejuk pun dia terasa menyucuk2 sampai tulang..
Aduhhhhh...memang pelik lah

Tidur pun tak lena kata nya..
gatal dan bisa melampau
hingga doktor bekalkan ubat tidur..

Maaf auntie ada gambar dia dengan uncle
yang diambil malam tuh
tapi auntie tidak mahu masukkan dalam ni
tak sampai hati nak letak sini sebab bukan
macam muka dia..huhuhuhuhu

Mentara unlce berbual dgn adiknya tuh
Dua orang kakak2 uncle sampai dari Melaka
kereta dipandu oleh Fitri anak kakak uncle
yang kedua..


Kiri kakak sulung 
Kanan kakak kedua uncle

Isteri dan anak2 adik uncle balik dari makan malam,
Bila adik bradik bertemu mereka berbual2 rancak
dan auntie minta kebenaran nak baring
badan dah tak tahan sakit sangat2 dah..
Jadi auntie pun baring lah kat depan tv mereka
walaupun tv terpasang, tak de hal sebab pendengaran
auntie tetap sunyi sepi ajer..so lelaplah auntie kat situ

Terlampau sakit sekejap bangun sekejap baring
memang tak tentu rasa..ada kala auntie memanggil2
uncle untuk picit2 badan sampai terlelap balik


Auntie tak sedar yang auntie tidur sambil duduk..
nakal betul uncle, ambil gambar masa nih

Auntie terjaga dari tidur terus ambil tasbih dan zikir 
memang tasbih selalu disisi auntie
uncle selalu menasihati auntie supaya pakai jari ajer tapi
auntie masih suka pakai tasbih..entah mengapa?
memang itulah amalan auntie..
Ya Rahman, Ya Rahim
Permudahkanlah Perjalanan Ku Dunia Akhirat


Muka Blurr baru bangun tidur

Bila terjaga auntie menangis minta nak balik sebab dah lewat malam
Dah pukul 1 pagi dan perut terasa lapar sangat2..

Balik auntie minta uncle singgah kedai mamak, 
pekena capati sekeping dan air suam
Uncle kata kat auntie masa makan malam tuh..

Kakak I kata pada I..
Terbalik pulak
patut isteri jaga suami
tapi ni tidak, suami pula jaga isteri

Mashaallah..
Pertikai Ketentuan Allah ker? kata auntie pada uncle
Auntie tak bertanya kakak yang mana kata begitu
Dan juga auntie tak simpan/ambil hati
Cuma nak rakamkan saja disini
supaya dapat kita iktibarkan bersama

Walaubagaimana pun auntie bahagia
dan bersyukur pada ilahi
sebab suami auntie amat2 menyayangi auntie
dengan belaian kasih dan sayang yang tak terhingga
tanpa jemu..
sebab uncle saja yang tahu
semasa ia sakit kronik selama 3 tahun 
semasa dia stroke 2 kali, semasa dia menjalani 
pembedahan jantung..
memang bertahun2 auntie bersama2 nya bertahan

auntie bersabar menempuh ujian2 ketika itu
kamilah sekeluarga yang menjaga uncle
bergilir2..tiada siapa yang lain

Jadi jangan lah sekali2 mempersoalkan nya..
Hidup sebagai suami isteri 
dimana bahagianya?
bila sama2  menempuh ujian Allah swt,
Sakit, Kewangan, Perempuan, Jejaka, anak2 dan
macam2 lagi..

Auntie tempuh semua itu..
Yang tinggal hanyalah KEMATIAN
Siapa dulu?
Isteri atau Suami?

Allahu Akbar..hanya kau yang Maha Mengetahui

49 comments:

  1. Salam auntie..
    terasa hati pulak baca kisah auntie kali nie Kalau isteri yang sakit suami tak boleh jaga?..tipikal malay...huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Cikja,

      Emmm... kita berkahwin seharusnya pikul segala bebanan dan kegembiraan bersama2.

      Delete
  2. Betul tu Kak Nani. Perkongsian hidup suami isteri bukan sekadar di waktu sihat dan senang sahaja. Tidak juga termaktub bahawa hanya isteri yang boleh jaga suami, bukan sebaliknya. Perkongsian hidup suami isteri adalah untuk menanggung segalanya bersama. Biarkanlah apa orang nak kata. Hanya Allah Yang Maha Tahu susah senang kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakcik,
      Betul, pasangan yang menempuh alam perkahwinan sepatutnya lebih tahu hati dan perasaan bila udah bertahun2 bersama..
      'Orang' akan hanya lihat saja..jika berlaku kesusahan, hanya segelintir mahu membantu.

      Delete
  3. oh sedeh nya bila dgr org ckp mcm tu... bukan kah isteri itu dr tulang rusuk suami. patut dijaga dan dikasihi. nama pun keluarga. kalau ada yg tak sihat, kenalah sama2 menjaga.habis, kalau isteri dh tua, dh tak sihat, suami buang sj mcm kain buruk? kalau suami sakit, isteri jaga tak da pulak yg kata tak patut isteri jaga suami sakit. ishh tak patut btul la ckp mcm tu. bila tak kena kat diri sendiri mmg tak tahu....geram pulak baca mcm ni la auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam salwa,

      Memang sedih dan geram bila ada orang2 cam ni, hanya pandai tabur komen tanpa berfikir...tapi auntie tak mahu tambah sakit auntie. (sakit hati)

      Delete
  4. suka saya baca kisah aunty & uncle..semoga kasih kalian berkekalan sampai ke syurga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yatie,

      Amin, Terima Kasih

      Delete
  5. salam Auntie...semoga sihat2 hendaknya.
    saya rasa Kakak ipar Auntie cakap macam tu sebab dia orang lama dengan pemikiran lama :-),
    jadi dia fikir cuma suami saja berhak dijaga isteri, bukan sebaliknya.

    saya berdoa moga saya pun dpt suami yg sudi jaga saya kalau saya terlantar sakit nanti. bukan mudah nak cari suami yg setia dengan isteri yg sakit...rasanya macam cari permata di celah2 pasir...tugas semua utk ubah mentaliti begini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali cik faye,

      Ermmm..orang lama pemikiran lama? Auntie faham tapi biarlah kita makin lama dan tua, makin dekati diri dgn Allah, bercakap biarlah beralas

      Auntie amat2 bersyukur pd Allah, suami auntie amat penyayang orangnya

      Delete
  6. sayu pulak saya baca T_T
    semoga terus diberi kekuatan dan kebahagiaan, amiiin. jangan sedih2 tau aunty :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam afiniakib,

      Sedih sikit2 jer..

      Delete
  7. menitis pulak air mata baca yang hujung2.. suami saya pun masih sayangkan saya setakat ni, sebab jaga masa saya sakit hari tu.harapnya sampai hujung nyawa lah mcm auntie dan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eliss Mie,

      memang berghenang air mata masa auntie menaip, tak lah sampai minitis pulak..hehehehehe

      Sama2lah kita berdoa agar suami kita sayangkan kita sampai penghujung nyawa.

      Delete
  8. assalammualaikum maklong..sy doakan maklong terus tabah sabar tempuh ujian ini..Allah Maha Penayayang dan Maha Adil..sy juga stiasa doakan smga maklong skeluarga terus bahagia bsama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Warahmatullahi Wabarakatuh PN IZA,

      jenjalan kat blog Pn Iza, baru tahu rupa2nya anak buah sendiri..hihihihi
      Rajin2 lah update, dah bersawang2 tuh..
      kalau rajin update, nanti maklong link kat blog maklong bolehlah dapat readers baru..yea


      Terima kasih atas doa mu..

      Delete
  9. Assalamualaikum MM,

    Sabarlah banyak2. Orang tak duduk didalam kasut kita (kata orang putih) dia tak rasa apa yang kita rasa.

    Asalkan suami kita faham, tak usahlah fikir banyak2. Asalkan kita dan suami bahagia, syukur Alhamdulillah. Hanya Allah, suami dan kita yang tahu dalam rumahtangga kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Haah...they are not in our shoes

      Betul, memang hanya ahli2 rumah tangga sendiri yg tahu keadaan suka duka yg di tempuhi

      Delete
  10. sabar ye maklong..apa jua org bkata sy suka tgk paklong n maklong..stiasa slg bsama dr paklong sakit smpai skrg maklong sakit..saling bantu..caring..Allah Maha Penyayang dn jg Maha Adil..mmg suami isteri kena la saling jg mjaga antra satu sama lain..bila saling memerlukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jiejah,

      Wahhh...perihatin terhadap situasi ni..sampai dua kali jiejah tinggal komen..hihihihi

      InshaAllah..maklong tepis jer jauh2 perkara2 mcm nih..
      Maklong sentiasa berdoa agar Allah swt panjangkan kasih sayang kami anak branak

      Delete
  11. sayu je baca kisah ni aunti

    ReplyDelete
  12. Pedulikan apa yang orang kata kak waimah adik beradik sekalipun, dia orang bukan tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga kita dan sekiranya mereka tahu pun bukan nya mereka menolong.

    Itulah guna nya jadi suami isteri kalau si suami sakit si isteri jaga dan kalau si isteri sakit si suami pulak jaga kalau sesiapa ada masalah dengan perkara ini lantaklah tunggulah bila giliran bila masing masing sakit nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Wahhhh...ayat perenggan pertama amat tepat.

      hehehehehehe perenggan kedua pula hanya Allah saja yang menentu segala

      Delete
  13. Salam Auntie,

    Suka baca blog auntie coz dapat rasa kekuatan kasih sayang auntie suami isteri dan juga dengan anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Rin,

      Terima kasih sbb suka baca blog auntie..

      setakat ni Alhamdulillah, kami sekeluarga kaya dengan kasih sayang.

      Delete
  14. Slm Auntie..
    ape yg saya nampak, Auntie dikelilingi femili yg sangat sayangkan Auntie. that's what matters most. pedulikan ape org nk kata, tak jadi kudis pun. hugs for Auntie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali AzeedA,

      hehehehehehehe betul jgn biarkan jadi kudis, sebab tuh auntie tak mahu ambil hati

      TQ for the hugs..
      muahhhhhhh

      Delete
  15. Redha jer...teruskan zikir untuk menenangkan jiwa...bersyukur dengan adanya suami yang penyayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hajah,

      Begitulah hendaknya..Amin

      Delete
  16. Assalamualaikum kak...sebenarnya sakit tu datang dari ALLAH... bila kita dah jadi suami isteri...tak kiralah siapa yang sakit... kenalah menjaga antara satu sama lain... Kak marina bertuah kerana dpt suami yg setia menjaga akak...nasib kita belum tau lagi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Alhamdulillah, dpt suami penyayang

      Delete
  17. Salam auntie.
    Klu isteri sakit siapa pulak nak jaga klu bukan suaminya? Ish ish tak kena batang hidung dia.. Bolehlah cakap... Zar yg muda ni pun maa sakit teruk tahun 2007 dulu.. Setahun cik hubby jaga siang malam... macam macam juga org bercakap.. Tapu sabarlah auntie.. Allah maha mengetahui..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Zareda,

      Alhamdulillah, zar dapat suami yang muda mahu menjaga isteri sakit.
      Moga kasih sayangnya berkekalan..Amin

      Delete
  18. Alhamdulillah, saling menjaga. Semoga untie tabah dan terus bahagia di bawah rahmat Illahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamawana,

      gitulah nampak nya setelah kawin selama 35 tahun, kayuh bila susah dan senang, sakit dan sihat bersama

      Delete
  19. Alhamdulillah...seronok tengok auntie dan uncle...very loving couple..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shuweet,

      Alhamdulillah..syukur

      Delete
  20. Salam aunty,
    Dah lama tak komen blog aunty.
    Harap aunty semakin sihat.

    Tersentuh sangat dengan cerita aunty pasal siapa jaga siapa. Betul cakap aunty, perkara tu tak perlu dipersoalkan.
    Dah tentu² bila berumahtangga, suami & isteri perlu saling menjaga. Tak kiralah siap yang sakit..kalo suami je nak dijaga, bila si isteri yang sakit siapa pula yang akan menjaga? Allah maha Adil.
    Setiap orang ada bahagian masing² kan aunty?
    Apepun, semoga aunty tabah dan ceria² selalu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fathen,

      Betullah, tak perlu di pertikai sebab sebagai suami isteri harus ada bertimbang rasa dan bertanggung jawab.

      InshaAllah..auntie tabah utk meneruskan sisa2 hidup auntie

      Delete
  21. ~auntie, sedih dgr... sy belum kahwin, tp sy berdoa sy akan jadi mcm auntie.. auntie, semoga sepat sembuh :), jgn lupa mkn ubat......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nAdiEEaNaBiEELa,

      Belum kahwin, kawinlah cepat2, auntie harap yang menjadi pasangan nAdiEEaNaBiEELa penyayang ..
      InshaAllah
      Terima Kasih atas peringatan dan doa

      Delete
  22. Sabar auntie ye. Beruntung auntie dapat suami yg baik & penyayang mcm tu. Tak semua suami setia bila isterinya sakit. Tu yg org lain jeles tu sambil keluarkan kata2 yg menguris hati auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Deceptive,

      Ramai orang yang ada perasaan jeles ker bila tengok orang happy?
      Emmmm...biarlah mereka gitu, auntie bersyukur pada hadrat ilahi, auntie tidak begitu

      Delete
  23. Sedih Nim bila baca cerita Auntie but you explain it very well, dicintai & mencintai menjadikan kita tabah dan bahagia, orang lain yang melihat bukan mereka buta untuk melihat kebahagian, kebaikan...ketenangan Auntie tetapi hati mereka...mungkin merasa cemburu dan tidak senang melihat apa yang tidak mungkin berlaku dalam hidup mereka...pada zahirnya tiada apa yang kurang tetapi batin menginginkan apa yang Auntie ada...

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum auntie,

    Sedih baca entry auntie ni..rasa menyirap pun ada jgk!harap auntie tabah ya..

    saya baru je berkahwin beberapa minggu yg lalu..blom la ada sakit yg major2 lagi..mudah2an saya dan suami juga dpt jadi pasangan yg tabah&sabar menjaga each other bila salah seorg sakit..just like you and uncle! :-)

    ReplyDelete
  25. auntie..lupa...there is an arabic proverb about this lupa nak share td.. "Speak only when your words are more beautiful than the silence"... this is highly applicable to the kakak in your entry.. org dah lah tengah sakit, lagi nak ditambah sakitnya pulak.. semoga semuanya dipermudahkan utk auntie ya..nak-nak lagi nak host a wedding soon for peeja..lagi lah stress..mcmana perfect majlis pun, tetap lah ada yang nak dikomen nnti..byk2kan bersabar ya auntie..

    ReplyDelete
  26. Salam auntie,

    Kita wanita berkahwin kerana Allahswt itu mahukan kita ada ketua. Ketua itu apa tugasnya? Menjaga org bawahannya, ketua dan khalifah kita adalah suami kita, sebenarnya, suami yang kena jaga isteri sbb kita insan yang lemah,tp kita melayu dek kerana tak tahu dtg dr mana, asyik ckp bini kena jaga suami, kalau bercerai kerana bini tk pandai jaga laki. Walhal yang perlu kemudi dan menjaga adalah suami. Tnggungjawabnya besar tidak ternampak di dunia ni dan suami auntie menjalankan tanggungjawab sebagaimana Islam sarankan. Dan betul kata auntie tu, kita suami isteri, saling jaga menjaga.


    Sorry auntie, saya geram hehehe.

    ReplyDelete
  27. asallammualaikum untie..
    terpanggil utk meningglkn komen bla terbaca n terdengar kesakitan yg tidak tertanggung mcm tu..
    x tau nak ckp apa..sbb sy pn mengalami situasi yg mn suami x sihat...susah pyh kta as a asben n wife..hanya kta shj yg tau...urg lain hnya nmpk luaran..tp dlmn nya hanya kta yg tau..sy sntiasa igt kn diri..bwh setiap apa yg trjadi pasti ada hikmah nya..sy jgk sntiasa mngingat kan asben..myb semua dugaan2 d dunia ini (dgn sakit yg d tanggung) dpt mengurangkn/menghapuskan dosa2 kta d dunia...x semua tp atleast ada la jgk kn...

    sy nak share psl pnyakit kulit..asben sy prna kena..bla g klinik opkos kna diagnos as a allergik..kulit gatal2..ber air2..melebam..dr putih jd kehitam2an..te kupas..

    utk pengetahuan untie..sy sefamili ada pengguna tegar produk elken..sy bkn nak promo bisnes dgn untie..tp nak bg tau..elken ada produk name as 'kington'...sgt bagus utk penyakit kulit..ia nya sejenis plasma hidup..sda d guna kn d merata spital barat n rusia..klu nak tau lebi lanjut..bole google..byk testimoni life d youtube about it..
    rasa nya untie pn bole ambik sekali..

    pnyakit asben sy..kidney failure...tp dia ttp mcm urg biasa g keja..g bt rwtn sndiri drive sndiri ..n still can perfom as a normal asben..bole beruskan..bertukang..tiada beza..klu urg x kenal x tau pn dia sakit...dia ambi suplemen elken..sy yg paksa mkn apa2 yg patut..b4 nie sy selalu g dgr ceramah2 kesihatan elken tu la psl sy konfiden kc asben sy consume suplemen tu...

    pk untie..sy just nak share apa yg sy rasa bagus utk urg lain try..kta kn bole berusaha selagi kta mampu..

    sorry untie..sy tulis x teratur...rasa segan plk..
    nmpk tulisan untie teratur n kemas shj bhs yg untie gunakan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...