THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, March 5, 2012

Sungguh Murni Hati Mereka

29 haribulan February 2012
Emmm...tahun ni tahun lompat
tahun lompat berlaku 4 tahun sekali

Auntie tidur pukul 7 pagi selepas subuh
Digerak uncle sebab dapat panggilan dari sepupu
auntie kata nak datang rumah..
tapi pelik juga sampai petang tak sampai pun lagi..
tak per lah..mungkin lepas maghrib nanti..

Sambil duduk2 kat depan terjadi lah lompat2 fikiran
Terringat benar2 pada arwah abah dan arwah mak
Emm...fikiran auntie melayang2 teringat ketika
arwah mak masih hidup, semasa arwah mak tinggal
di rumah auntie.
Arwah Mak duduk ngan  auntie selama lebih kurang 12++ tahun
Sejak arwah abah meninggal..
Macam2 kerenah arwah mak auntie lalui..
Manis dan Pahit auntie tempuhi..

Arwah Mak jenis yang amat cerewet ttg pemakanan
Banyak yang arwah tak makan, masakkan kedai
memang tak mahu lansung melainkan kita benar2
yakinkan dia yg kedai itu bersih dan of coz halal
Itu pun dia akan kuis2, cuit2 saje.
Ayam tak makan lansung, apa saja makanan yang
ada ayam dia akan reject
Kadang2 lepas mengoreng ayam, auntie sambung
goreng ikan (guna minyak yg sama)
Ini pun arwah mak tahu, terus auntie kena marah..
Lepas tuh memang auntie goreng asing2..

Perangai yang auntie tak boleh terima
kalau bawak arwah mak beli kuih..
hehehehehehe dia akan cium kuih2 yang di pegang
sebelum beli dan sebelum makan..
Wahhhh..macam kucing pulak
auntie selalu marah arwah mak supaya jgn buat
macam tuh..hehehehehe

Malam dah pukul 9:40 barulah sepupu auntie datang
Dia datang sorang ajer.
Kami berbual2 ttg arwah ayah dia.
Arwah ayah dia bukan orang lain, adik kepada
arwah abah auntie.

Dia bawa surat mahkamah utk auntie
Keesokkan hari auntie kena gi mahkamah
pasal tanah kampung baru.
Bahagian arwah abah tak ada waris
sebab dia tak ada anak,, mak auntie pulak dah
meninggal.
Siapa yang baca episod2 auntie pasti tahu
Auntie adalah anak buah nya dari abang nya sendiri
Jadi Mahkamah kena kenal pasti sebelum memberi bahagian itu
kepada auntie.

Jadi keesokkan hari 1/3/2012 pada pukul 11:30 pagi auntie dan
uncle pergilah keMahkamah.

Amboi! terkejut auntie semua anak2 dan isteri kpd arwah Pakcik
auntie dah ada kat sana.
Yang amat terharu bila berjumpa dengan adik perempuan
arwah abah..kami panggil dia Mak su Normah
Masih hidup, umur dia 74 tahun tinggal di Kuala Selangor

Terjadi lah sessi menangis2, berpeluk2..
kerana kami dah lama tak jumpa dia..
Dia pun kena sakit angin ahmar
anggota sebelah kiri dah kaku, duduk berkerusi roda
tapi ingatan masih tajam...Alhamdulillah

Depan hakim, mereka sorang2 mengangkat sumpah
memberi pelepasan bahagian kepada auntie..
Ya Allah, sungguh murni hati mereka untuk
berbuat demikian.
Alhamdulillah..




 gambar tanpa uncle

 uncle terselit kat barisan belakang


 Bergambar dengan Maksu Normah, 
di belakang tu cucu dia

Dapat uncle rakam beberapa gambar untuk kenangan
Lepas sessi bergambar kami pergi ke kantin
untuk minum2 dan berbual2 lagi





Uncle mengambil alamat Maksu Normah di Kuala Selangor
Auntie akan berjalan kerumahnya dalam masa terdekat
sebab nak hantar kad jemputan kahwin anak perempuan auntie..

Dia lah satu2nya yang masih hidup dari adik beradik arwah abah..
Bila auntie tenung gambar Maksu Normah, auntie terasa amat2
merindui kedua2 arwah abah dan kedua2 arwah ibu

Kalau lepas solat, auntie memang sedekahkan fatihah
kepada berempat arwah2 yang amat bermakna pada
auntie..

Alfatihah..



17 comments:

  1. Rezeki akak tu, tu lah habuan nya kalau kita sentiasa berbaik dengan sesiapa saje. Tak lama lagi jadi orang kaya baru lah akak, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yealah, kalau diizin Allah SWT
      Moga segala urusan dunia akhirat dipermudahkanNYA..
      Amin

      Delete
  2. pija pun sedih tgk pic maksu normah tu. walaupun tak pernah kenal. sebab macam nak iras arwah maktok. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, mama memang nanges2 bila berjumpa di Mahkamah ari tuh..huhuhuhu

      Delete
  3. rezeki kan auntie, Allah yang tahu. tak sangka kan?

    asalkan kita bersangka baik dengaNya dan menuruti perintahnya, insyaAllah kita akan dapat ganjaran. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,

      Betul dan Alhamdulillah

      Delete
  4. Semoga roh mereka yang telah mendahului kita aman di sisi Maha Pencipta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,

      Itulah yang saya pinta dan doakan utk mereka2 disana.

      Delete
  5. Alhamdulillah syukur..segalanya lancar kan aunty...bila sy baca entri ni, saya teringat kisah keluarga sebelah mak..perbalahan keluarga, hanya kerana hasad dengki, hubungan persaudaraan dan adik beradik mak saya putus..mcm2 dugaan kami lalui, ugutan bunuh, ilmu hitam, saya yg hampir2 terbunuh dek kerana mempertahankan maruah mak & adik beradik saya...kisah ini akan saya ingat sampai mati aunty...bila kenang balik, saya menangis :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,

      Betul dan sedih kan?, tanah ni pun menjadi sengketaan mereka adik bradik hingga kematian penama2 dlm geran. Kami yang hidup ni adalah generasi kedua, anak2 mereka.

      Moga tidak berpanjangan pertelingkahan..Amin
      dan moga roh mereka aman disana bersama2 para solihin

      Delete
  6. Jarang org berhati mulia macam mereka ni. Yang biasa kita dengar adik beradik pun boleh bergaduh sebabkan harta.

    Harta dunia boleh dicari. Persaudaraan mesti dikekalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,

      Betul memang selalu kita dengar pergaduhan berlaku ttg harta pusaka.

      Bila berlaku pergeseran, bertahun2lah putus silatulrahim.

      Takutnya diakhirat kelak..tidak kah mereka terfikir?
      Nauzubillah..

      Delete
  7. Assalamualaikum Kak.. Alhamdulillah segalanya selesai dengan mudah... bertuah kita kalau dikelilingi oleh sanak saudara yang baik hati dan ikhlas membantu

    Semoga silaturohim antara kita serta sanak saudara berkekalan hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Alhamdulillah..tapi masih ada satu group lagi akak kena tempuhi. Group yang ni bukan orang lain, adik bradik seibu sebapa.

      Itulah yang akak mohon, moga silaturohim berpanjangan hingga keakhir nafas.

      Delete
  8. kalau kita berhati baik dan layan org dgn baik..insyaallah akan dapat balasan baik juga..

    kalau kita byk berkeras dlm byk perkara walau tu hak kita tapi org akan berkeras dgn kita juga..

    saya tengah cuba belajar utk redha dlm byk perkara..walau perit tapi allah beri saya ketengan hati..

    teruskan menulis auntie..byk saya belajar selok belok kehidupan dgn baca blog auntie..semoga allah beri auntie kekuatan dan kesihatan yg berpanjangan..AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,

      Betul kalau kita banyak berserah dan redha, memang dapat ketenangan hati..

      Delete
  9. hi unty,
    perangai mak unty sebijik mcm perangai nenek saya, xkn mkn mknn dari luar langsung, xmkn ayam even bekas2 ayam. lauk ayam dia xkn pgg.. klao dlu kecik2 ikut dia pegi kenduri, dia mintak tlg org lain cuilkan lauk ayam untuk saya, sbb dia xkn pgg sendiri.

    xminum air sejuk, cuma air kosong dan air susu.

    sgt menjaga kesihatan, alhamdullillah kuat smpai ke penghujung nyawa dia. xsakit truk pn sebelum meninggal. xpenah menyusahkan anak2 dia..

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...