THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, March 29, 2012

Perubatan Yang Di Lalui

20/3/2012 jumpa orthopedic
huhuhuhu..tangan kanan auntie kalau dah genggam,
bila buka tangan, jari hantu tak boleh buka, melekat
tapak tangan dan jari2 auntie sentiasa kebas2

Jadi, doktor kata nak buat small operation
di jari hantu pada 9/4/2012 pukul 9 pagi..
huhuhuhu first time buat hiris menghiris,
dalam hidup..rase nyilu bila memikirkannya..

Semalam adik uncle yang sakit kena santau
nak berubat menggunakan rumah auntie sebab Ustaz tu
duduk berhampiran rumah auntie.
tak tahu pun ada ustaz yang boleh berubat

Lepas Isyak mereka sampai berdua saja
Emmm....auntie tak lah duduk kat situ
auntie adap lappy tengah tengok2 status FB
auntie hanya kerling2 ajer sekali sekala
nampak mereka berbual2..

Uncle gamit2 auntie suh duduk sebelah dia
Auntie geleng2 kepala tanda tak mahu..
auntie segan sebab tak ada perempuan
semuanya lelaki tapi uncle gamit lagi..

Auntie pun joinlah sama..
duduk2..
Ustaz tu tanya macam maner rasa badan
bila sakit..auntie pun citerlah..
Bisa2, lengoh, lesu dan kebas2..hilang pendengaran,
jalan terhoyong hayang, kepala tergeleng2
Kesemuanya sakit2 ni  dah tiga tahun
dah rasa tak tertanggung lagi badan ni
tapi selagi ada nyawa, selagi itulah auntie
teruskan amanah Allah sebagai hambanya, isteri dan ibu
Pernah cuba berubat secara traditional dan perubatan islam?
tanya ustaz tuh
Macam2 kaedah sudah dari KL sampai lah ke Johor
Utara dan Pantai Timur ajer belum sampai
Dah ribu2 duit keluar tapi hasil masih sama
Belum ada izin Allah lagi untuk pulih..kata auntie
Ada yang kata kena sampuk, ada yang kata saka

Nak citer2 sikit dalam n3 ni..


Perubatan yang auntie lalui :

  • tukar chip komputer di kepala melalui pembedahan batin

hahahahah kepala auntie sekarang ada chip baru tau. Ustaz yang buat ni kata sebab chip kepala yang lama dah rosak sebab tuh lah kepala auntie macam orang parkinson tergeleng2 dan terhangguk2.
Ustaz tuh ada 7 bradik ada di merata negeri,  bersepai2 utk berubat orang. Yang auntie dah pergi adiknya di Melaka dan Abangnya di Johor. Adik betulkan saraf dan abangnya tukar chip kepala.
Kelakar betul soalan auntie pada ustaz tuh sebelum menjalani pembedahan batin tu..
Kalau tukar chip baru..data lama ada lagi tak? takut nanti saya tak kenal suami dan anak2 selepas pembedahan..(Maklumlah chip baru, data mesti kosong kan? unless ustaz tuh upload data2 lama..hahahahaha) (bantainya dia pakai chip secondhand, mesti  data2 orang lain..mampus auntie jadi karektor entah aper2..hahahhahahah)
Ustaz tuh tak jawab hanya tersenyum..
Ishhhh...auntie serius dia boleh tersenyum..


  • Mandi 3 hari di air terjun, buang pakaian yang dipakai supaya penyakit hanyut sekali dengan arus sungai.  

Ustaz ni pula kata auntie kena sampuk dan ada juga saka..Kena mandi limau, kena mandi garam kasar, kena alin telur, kena lumur badan dengan asam jawa. Kata ustaz ni nak ubatkan auntie sampai baik, dia ikhlas nak nolong tapi dia charge uncle duit pengeras yang tinggi dari uncle. Uncle tak bagi tahu auntie masa tuh sampai lah dia menghilangkan diri tak datang2 lagi..
Auntie berubat dengan ustaz ni tahun lepas sebelum bulan puasa. Kata ustaz tuh dia nak bagi auntie dengar lagu Hari Raya Saloma. Dia tak tahu yang auntie inginkan dan merindui pendengaran  untuk mendengar AZAN bukannya lagu2..


  • Mandi dengan ramasan daun bidara

Ustaz yang ni pula kata diatas kepala auntie ada Jin. Jin  bertenggek..sebab tuh tengkok auntie sakit, pikul Jin yang dah gemuk..
Dia suruh cari daun bidara, auntie tak pernah kenal  daun tuh seumur hidup..di Melaka ada nama tempat Tanjung Bidara..adakah pokok bidara disana? jadi auntie googles kat maner nak dapat pokok dan daun bidara, macam maner rupa?
Huishhhh...result yang auntie dapat :  time Rasullulah lagi daun bidara digunakan utk perubatan utk pesakit2 sihir. Daun bidara juga dipakai ketika mandi kan mayat.
Mana auntie dapat daun bidara kat KL? Kawan auntie saorang ustazah ambil kat masjid bangsar kata nya
memang ada ditanam sebatang pokok bidara disitu, dah besar pokok tuh..jadi dia lah berikan daun2 tuh kat
auntie.
Berubatlah auntie dengan ustaz tuh..
Senang ajer perubatan nya, ramas2 daun bidara dalam air jampian nya utk 7 hari mandi

Nasihat dari ustaz tuh, Minum lah banyak2 air ZamZam. Auntie pun belilah yang ada dijual dikedainya, harga sebotol kecil rm10
Air ZamZam auntie beli berapa botol dah tak ingat tapi auntie memang suka minum air ZamZam, semua tahu kan? Zam Zam memang air mineral yang terbaik dimuka bumi ini.
Auntie tak ulang lagi jumpa ustaz selepas tuh..

  • Acupunture

Buat treatment selama 3 bulan, improved lah sikit tapi kena ulang2..so auntie dropped ajer

  • Urut Badan

Yang ni hanya untuk merilexkan urat saraf satu badan, auntie buat kat Bkt Bintang setiap bulan

  • Urut Sendi

Yang ni pula auntie buat juga masa mula2 sakit dulu, masa auntie berwheel chair selama 6 bulan, bekas cikgu dari Pahang, dia memang dah jadi sahabat kami ketika dia urut uncle kena stroke sampai uncle baik tanpa mengambil upah. Hari2 dia datang utk urut uncle. Bila dia tahu yang auntie on wheel chair dia datang membantu auntie sampai lah auntie boleh berjalan.
Perubatan dia bukan urut tapi cucuk dgn jari di setiap sendi2..memang bisa2 bila dia sentuh.

  • Perubatan Moden/Sains

Yang tinggal hanyalah perubatan moden dengan Orthopedic, ENT, pada setiap 3 bulan sekali
Physio selang seli hari pada setiap minggu, ni pun dah terhenti sekejap sebab auntie amat2 sibuk sekarang..

Jadi perubatan dengan ustaz ni auntie akan citer dilain n3..
InshaAllah





24 comments:

  1. Assalamu'alaikum Kak Nani...

    saya tak boleh nak tahan gelak bila baca bab tukar chip tu (jahatnya saya, kan?)... Tapi memang kelakar cara Kak Nani tanya Ustaz tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Warahmatullahi Wabarakatuh Kakcik,

      hehehehehe betullah, ustaz tuh cakap macam doktor pakar bedah, dah tuh cakap chip dlm kepala akak dah rosak...masa tuh akak bayangkan chip telepon.
      Takutlah akak data2 hilang..

      Delete
  2. Salam MM,

    Semoga bertemu dengan ubat yang sesuai. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Kunang2,

      Mudah2an..Amin

      Delete
  3. InsyaAllah, setiap penyakit ada ubat....kita berikhtiar mcm tu lah...tapi macm kata kakcik, bab tukar chip tu pertama kali saya dgr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hani,

      InshaAllah, dan saya redha ape yang Allah tetapkan.
      Macam2 penyakit dan bangsa berubat kat situ, berjam2
      tunggu nombor giliran ada lebih kurang 5 jam, sampai ada orang buka gerai makan kat tepi rumah dia, siap boleh makan mcm2 mee dan air..hehehehehe

      Delete
  4. Salam Auntie. Ella suka dan kagum dengan kesungguhan Auntie berikhtiar berubat ke sana sini meskipun dengan daya yang terhad. Ella doakan 1 hari nanti Auntie akan jumpa dengan ubat yang betul-betul sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam KC,

      InshaAllah..jika diizin Allah auntie pulih jika tidak pun auntie redha sudah

      Terima Kasih atas doa KC

      Delete
  5. Salam Auntie,

    Tabahnya auntie menghadapi dugaan Allah. Moga2 walau tidak sihat sepenuhnya pun, auntie diringankan beban kesakitan. Saya suka baca penulisan auntie, rasa macam ayat2 mak saya... cuma mak saya tak pandai blog2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali,

      Bukan mudah menempuh ujian sakit tapi auntie faham dan redha segalanya atas ketentuan.

      Ayat2 auntie ayat2 mak2? hehehehehe
      memang auntie mak dan dah jadi nenek pun..

      Delete
  6. Salam auntie,

    Kita suka baca penulisan auntie. Saya doakan auntie diringankan kesakitan dan diberikan kebahagiaan berkekalan dunia dan akhirat...

    Rohani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Rohani,

      Ribuan Terima kasih atas doa untuk auntie.
      Auntie amat2 terharu..

      Delete
  7. Kita hanya ikhtiar je kak, selagi Allah tak bagi kita, kita teruskan mencuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sharifah,

      Betul..kita harus terus berikhtiar

      Delete
  8. .....salam.....
    marilah kita bersama berusaha dan berikhtiar....
    selebihnya kita doakan yang terbaik dan seterusnya bertawakkal agar segalanya dalam Rahmat & keberkatanNYA jua...
    insyaallah...
    amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali mamaijat,

      Ribuan Terima Kasih atas nasihat dan doa yang dipanjatkan untuk saya..

      Delete
  9. Moge Auntie disembuhkan Allah & dapat mendengar azan yg diidam2kan, amiinnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AzeedA,

      Ribuan Terima Kasih atas doamu itu..Amin

      Delete
  10. Aunty saya terpanggil tuk nak tulis komen kat sini sbb ayah saya pun pandai ubat org secara tradisional. Anyway, ayah saya kata. Sapa yang ckp die pandai ubat tradisional tapi kenakan bayaranlah, pengeraslah.. jangan percaya. Sbb kalau dia ikhlas, dia xkan cas apa2 bayaran. Org yg pandai ubat org mmg allah dah bg diorg kelebihan tuk ubat org. Biasanya dorg akan ubatkan org lain secara free. Cuma ikut org yg berubatlah.. nak bg upah atau tidak keatas usaha pengubat tu.. tu yg biasalah dalam dunia pengubat tradisional ni.. just nak bgtau aunty jer.. zaman skrg ni aunty.. mcm org timbul nak ambil kesempatan. jgn terpedaya dgn kata2 manis dorg.

    fb- nor malawati

    ReplyDelete
  11. Lawatan balas nih!

    Do hope U get well soon dear!

    ReplyDelete
  12. asalamualaikum untie saya tertarik dgn cerita untie tentang ustaz yg mengubat kena mandi air terjun tu..kalau betul dia ustaz di tak mengubat org cara mcm tu, tu pakai jin.x kan ustaz pakai jin.mandi air terjun tu sebenarnya mandi air kencing jin.kalau dia pakai limau ke garam ke dia itu makanan jin dia,dia suruh org lumur kat bdn pastu jin dia jilat badan org tu. kalau garam mungkin jin dia jin ular ke cam tu la..tu memang salah cara org tu penipu je.Sia2 je kena kencing jin tu la cara setan kena kan anak adam.

    ReplyDelete
  13. asalamualaikum untie..Saya nak berkongsi pendapat la..yg ngubat tu bukan ustaz.saje je pakai title ustaz utk marketing cari pelanggan.kalau camtu cara dia tu sah dia pakai ilmu x betul.mandi air terjun tu sebenarnye mandi air kencing jin sbb jin duk kencing kat atas,sbb tu dia suruh hanyut kan kain konon buanag penyakit.limau asam jawa ngan garam tu lumur kat badan tu untuk bg jin makan dia jilat badan org sakit. tu la cara seta sesat kan anak adam.Tukar cip dlam kepala dia masuk jin bisik benda yg bukan2 nanti kat fikiran kita.

    ReplyDelete
  14. ASSALAMUALAIKUM, mohon iklan ya admin.
    Utk dptkn daun bidara segar, boleh hubungi/sms saya SHAKIR 0133704926. jazakallah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...