THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, March 2, 2012

Beriman Dengan Akal


Salam Jumaat..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Beriman dengan akal Adapun beriman dengan menggunakan akal itu mempercayai Allah itu dengan ilmu dan mengetahui sifat sifat wajib bagiNya. i. sifat sifat Allah Al Baqoroh ayat 117. Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia. Sifat Wajib Allah.
1. ujud ertinya adanya Allah. Bermaksud, Beriman dengan adanya Allah walaupun kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar tetapi yakin adanya Allah. Tidak akan beralih sesuatu benda tanpa dialihkan, tidak akan ujud sesuatu gubahan jika tiada pengubahnya atau tidak akan ujud sesuatu benda jika tiada yang mengujudkan. Maka zat yang mengujudkan segalanya punca kejadian dan tidak Dia diujudkan oleh mana mana kuasa adalah Tuhan yang menggelarkan diriNya dengan nama Allah. 


Dalilnya, Surah Ali Imran ayat 190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
2. kidam ertinya sedia Bermaksud, Allah mengujutkan segalanya termasuk bulan dan bintang bintang dilangit maka sudah tentu dengan sifat sedia Nya itu Allah dapat mengawal segala pergerakkan bulan dan bintang bintang dilangit supaya tidak berlaga sesama sendiri, yakni mustahil Allah itu lalai. Sedia Allah itu tidak Dia dipengaruhi rasa penat dan mengantuk. 
Dalilnya, Ayatul kurshi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
3. bako ertinya sedia kekal Bermaksud, Kekal Allah itu dengan sedia adanya lebih terdahulu dari alam malakut, alam dunia dari tiada berpenghuni kepada zaman Nabi Adam A.S hingga kiamat hingga hari yang tiada kesudahannya. Tidak Allah itu dimamah usia dan mustahil Allah itu mati.
Dalilnya, Surah Ali Imran ayat 2. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
4. mukho lafatuhu lil hawadiht ertinya tidak menyerupai sesuatu. Bermaksud, Allah tidak menyerupai apa jua, tidak menyerupai tanah, api ,air, angin, haiwan mahupun tumbuhan, cahaya ataupun warna, berbentuk atau berbayang, cakerawala atau bintang, kayu ataupun batu apatah lagi patung ataupun gambar.
5. qiamuhu taala bi nafsih ertinya berdiri dengan sendiri Bermaksud, Allah tidak perlu pada bantuan sesiapa atau apa sekalipun dan adanya para malaikat dan nabi itu adalah kerana sifatnya yang maha kaya.
6. wahda niat ertinya esa Ayat Al iklas Katakanlah (wahai Rasulullah SAW): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
7. kudrat ertinya berkuasa Al Baqoroh ayat 117. Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
8. irodat ertinya berkehendak Surah Ali Imran ayat 6. Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
9. ilmu ertinya mengatahui Al Baqoroh ayat 115. Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
10. hayat ertinya hidup Al Baqoroh ayat 122 Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya). Surah Ali Imran ayat 2. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
11. samak ertinya mendegar Surah Ali Imran ayat 38 dan 39. Ketika itu Nabi Zakaria A.S berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Nabi Yahya A.S, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".
12. basor ertinya melihat Al baqoroh ayat 96 Demi sesungguhnya engkau (wahai Rasulullah SAW) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.
13. kalam ertinya berkata Al baqoroh ayat 124. Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim A.S diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim A.S pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim A.S pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."
14. kodir ertinya yang kuasa Al baqoroh ayat 106 Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
15. muridun ertinya yang menentukan Al baqoroh ayat 107. Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.
16. a’lim ertinya yang mengetahui Al baqoroh ayat 127. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim A.S bersama-sama Nabi Ismail A.S meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui;
17. hayyu ertinya yang menghidupkan Surah Ali Imran ayat 6. Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
18. samik ertinya yang mendengar Surah Ali Imran ayat 34. (Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.
19. basir ertinya yang melihat Surah Ali Imran ayat 5. Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.
20. mutakallim ertinya yang berkata kata. Al baqoroh ayat 126. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim A.S berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali"




4 comments:

  1. Assalamualikum kak..
    terimakasih berkongsi untuk manfaat bersama...insyallah saya akan print untuk rjukan saya nanti..

    ReplyDelete
  2. tuhan,
    terima kasih kerana aku masih di sini. mengingatiMu di atas jari jari hari...

    ReplyDelete
  3. salam...sempat saya tanya kat anak lelaki tentang iman tu apa dan kepercayaan tu apa.......budak budak dah pening pulak

    ReplyDelete
  4. Terima kaseh kak sebab sentiasa berkongsi ilmu mudah mudahan akak mendapat pahala yang berlimpahan, amin.

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...