Followers

Friday, February 10, 2012

Sebungkus Kurma Sayidina Abu Aqil R.A



N3 kedua utk Jumaat ni..
Email yang baru auntie terima..
Selamat Membaca..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tidak ada seorangpun yang pernah melihat Sayidina Abu Aqil R.A sedemikian resah seperti hari itu. Dia tenggelam dalam fikirannya tanpa mempedulikan apa yang terjadi di sekitarnya. Dia seolah-olah tidak mendengar bunyi apapun dan tidak melihat sesuatu pun. Dia melangkah ke arah rumahnya dengan cepat.Matanya memandang tanah dan mulutnya kelihatan kumat-kamit mengatakan sesuatu.
Dia melewati lorong sempit sebelum akhirnya tiba ke rumahnya. Dengan menarik nafas yang dalam,Sayidina Abu Aqil R.A lalu bersandar di sebatang pohon tua di tengah halaman rumah. Isterinya menyedari kekhuatiran yang melanda suaminya itu dan bertanya,
"Suamiku, apa yang terjadi?" Sayidina Abu Aqil R.A kemudian berjalan masuk ke rumahnya. Kerana kepenatan, dia bersandar ke dinding rumahnya, lalu berkata, "Musuh Tuhan berniat untuk memerangi kita. Tentara muslim sudah disiagakan untuk melawan musuh. Tetapi, tentara kita tidak punya bekal dan makanan.
Kami sedang berada di masjid ketika Nabi SAW membacakan sebuah ayat suci Al-Quran dan meminta kaum muslimin untuk memberikan bantuan sesuai dengan kemampuan mereka masing-masing kepada tentara Islam.
"Isteri Sayidina Abu Aqil R.A bertanya, "Apakah bunyi ayat itu?" Sayidina Abu Aqil R.A menutup matanya dan setelah berpikir sejenak, dia membaca ayat ke-11 dari surat Al-Hadiid yang ertinya:
"Siapa saja yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, akan diberi Allah balasan pinjaman yang berlipat ganda dan dia akan memperoleh pahala yang banyak."
Isterinya dengan pandangan kecewa menatap lantai ruangan kamar dan berkata, "Engkau adalah pemimpin rumah ini dan engkau lebih mengetahui bahawa kita tidak punya harta dan simpanan apapun untuk kita berikan di jalan Tuhan.”
Sayidna Abu Aqil R.A menjawab, "Tetapi, kita harus turut melibatkan diri dalam tugas ini. Tidakkah engkau ketahui bahawa perbuatan ini disenangi oleh Tuhan dan Rasul-Nya?"
Sayidina Abu Aqil R.A melanjutkan perkataannya, "Ayat ini sangat menyentuh perasaanku sehingga aku segera pulang ke rumah. Hari ini semua orang Islam membawa apa yang mereka miliki kepada Nabi Muhammad S.A.W agar permintaan Tuhan terpenuhi."
Isterinya tersenyum dan dia mengambil salah satu bejana dan mengeluarkan segenggam kurma sambil berkata kepada Sayidina Abu Aqil R.A, "Kita mempunyai sedikit kurma. Ambillah dan berikan kurma ini kepada Rasulullah SAW."
Sayidina Abu Aqil R.A tertegun dan mengguman sendirian, "Apa yang bisa diperbuat dengan kurma ini? Tetapi ini lebih baik daripada tidak memberi sesuatupun." Isterinya lantas menaruh kurma itu dalam sebuah kain bersih dan memberikannya kepada Sayidna Abu Aqil R.A.
Dengan gembira,Sayidna Abu Aqil R.A berkata, "Meskipun kurma ini tidak tampak berguna tetapi ia dapat dimanfaatkan di medan perang."
Halaman kecil masjid ramai dipenuhi umat muslimin.Sayidina Abu Aqil R.A berada di antara mereka. Dengan langkah yang lemah, dia memperhatikan bahawa ada beberapa ekor biri-biri, kambing, dan unta terikat di luar masjid.
Sayidina Abu Aqil R.A menyedari bahawa haiwan-haiwan itu merupakan hadiah dari orang ramai. Dia juga melihat orang-orang yang berkumpul di dalam masjid dengan hadiah besar dan kecil di tangan mereka. Sayidina Abu Aqil R.A merapatkan bungkusan yang berisi kurma ke dadanya dan dia berjalan masuk ke dalam masjid.
Baru beberapa langkah memasuki masjid,Sayidina Abu Aqil R.A merasa ada seseorang menepuk bahunya. Dia menoleh ke belakang. Dilihatnya seseorang dengan berpakaian mahal berdiri di hadapannya. Dengan suara mengejek berkata kepada Sayidina Abu Aqil R.A, "Katakan kepadaku apakah yang ada di dalam bungkusan yang engkau peluk erat-erat itu? Emas atau kawat?" lalu tertawa terbahak-bahak dengan penuh penghinaan.
Sayidina Abu Aqil R.A menundukkan kepala kerana malu dan hanya berdiam diri. Beberapa kali Sayidna Abu Aqil R.A membuat keputusan untuk pulang ke rumahnya dan menjauhkan diri dari pandangan penghinaan kepadanya. Tetapi ada kekuatan dalam dirinya yang menghalangnya untuk pulang. Akhirnya dia duduk diam-diam di sudut masjid.
Dilihatnya Nabi Muhammad S.A.W duduk di tepi mihrab dan menerima hadiah-hadiah dari umatnya. Dia berharap dalam hati, alangkah baiknya jika dia mempunyai simpanan yang lebih pantas untuk diberikan kepada Rasulullah SAW.Tiba-tiba, masjid yang semula dipenuhi dengan suara ramai dilanda kesepian dan kesunyian. Sayidina Abu Aqil R.A memandang kepada Rasulullah SAW. Rupanya, Rasullah SAW sedang menerima wahyu. Rasulullah S.A.W menutup mata dan wajahnya seolah-olah sedang tenggelam dalam cahaya yang bersinar. Semua sahabat memahami keadaan Baginda SAW ini dan menanti sampai Rasulullah SAW selesai menerima wahyu.
Rasulullah SAW kemudian membuka matanya dan dengan langkah yang perlahan beliau bergerak ke arah Sayidina Abu Aqil R.A. Jantung Sayidina Abu Aqil R.A berdebar-debar dan dia berusaha untuk menyembunyikan bungkusan kurmanya.Lalu, terdengar suara Rasulullah SAW yang memecah kesunyian masjid, "Wahai manusia, baru saja Jibril menyampaikan wahyu dari Allah kepadaku. Ketahuilah bahawa para malaikat R.A yang berada di langit, memandang bumi untuk menyaksikan pinjaman siapakah yang terbaik di sisi Tuhan."
Rasulullah SAW kemudian meletakkan tangannya ke atas Sayidina Abu Aqil R.A dan bersabda, "Ketahuilah, hadiahmu lebih berharga dari emas di sisi Tuhan.Orang munafik yang mencelamu dan menyebabkan hatimu sakit, kelak akan diberi azab. Wahai Sayidina Abu Aqil R.A, para malaikat R.A sedang menanti, berikan hadiah 
itu kepadaku dan ketahuilah bahawa Allah ingin agar aku menggembirakanmu. Engkau hari ini disenangi oleh Allah."
Sayidina Abu Aqil R.A masih tidak percaya, dia merasa seolah-olah sedang bermimpi, sebuah mimpi yang amat manis. Rasulullah SAW dengan penuh kasih sayang mengambil bungkusan kurma tersebut dari tangannya dan membelai kepala Sayidina Abu Aqil R.A. Ketika itu pula Rasulullah SAW membacakan ayat ke-79 surah Taubah yang ertinya:
"Orang-orang munafik iaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan mencela orang-orang yang tidak memiliki apapun untuk disedekahkan selain dari yang disanggupinya. Allah akan membalas penghinaan mereka itu dan bagi mereka azab yang pedih."





11 comments:

  1. Terima kasih Kak Nani. Bergenang airmata saya membaca catatan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Akak ingatkan akak sorang jer bergenang air mata rupa 2nya kakcik juga yea..

      Moga sedekah kita yang sedikit diterima Allah SWT

      Delete
  2. Terima kaseh berkongsi cerita ini, memang tertusuk di dada membaca nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Sama2..memang terusuk dan terpahat, cerita ni iktibar utk kita pelajari

      Delete
  3. Cerita yg sgt berkesan.....sebak dada membacanya. Thanks untie utk mknan rohani hari ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Bila auntie baca auntie baca email ni, auntie terus pilih jadikan satu n3 hari Jumaat.
      Memang sangat berkesan dihati..

      Delete
  4. Assalamualaikum Marina

    terima kasih
    kerana berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Sama2lah kita hayati kisah ni dan mempelajari aper yg tersirat..

      Delete
  5. Subahanallah...
    mengesan dihati, merintih di jiwa, menangis di mata...
    belum pernah terjumpa sirah ni...
    terima kasih, perkongsian yang membantu dan mendidik jiwa.
    Yang terbaik di antara yang terbaik adalah IKHLAS.

    ReplyDelete
  6. Auntie, bagus entry ni. Meleleh air mata tanpa sedar. Padahal bukan kisah sedih pun. Peliknya.. Apa2pun, niat & perbuatan baik pasti dibalas Allah SWT. :)

    ReplyDelete
  7. Entry ni sgt memberi kesan pd sy aunty... terima kasih :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...