THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, February 24, 2012

MALAIKAT JAMIN MELINDUNGI ORANG BERSELAWAT

Salam Jumaat semua readers auntie..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


APAKAH kita tidak cinta kepada Rasulullah SAW?
Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah saw..

Baginda bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepada baginda.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allah mengampuni orang itu.”

Izrail pula berkata: “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi.”

Fadilat berselawat ke atas Nabi :

Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah saw 

Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.
Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.

Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad saw pada hari kiamat.

Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad saw

Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.

Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad saw



10 comments:

  1. Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad, Wa'ala 'ali Saiyidina Muhammad...

    Moga kita mendapat syafaat baginda rasulullah di padang mahsyar kelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kakzakie,

      Mudah2an..Amin

      Delete
  2. Salam,
    Berselawat ke atas nabi saw setiap hari terutamanya hari Jumaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Dato,

      Betul, moga kita tidak lupa utk berselawat setiap hari

      Delete
  3. Insyaallah akan cuba sedaya upaya, kadang kadang banyak sangat setan menganggu kena kuat kan lagi iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Sharifah,

      Memang tugasnya melekakan anak adam, jadi mohonlah pada Allah SWT agar kita dilindunginya..

      Delete
  4. Kak...terima kasih kerana berkongsi... lebih2 lagi pada hari Jumaat ni lebih baik diperbanyakkan selawat ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam aNle,

      Betul, moga Allah terima ibadah kita..

      Delete
  5. Assalamu'alaikum MM..mudah2an MM dah beransur sihat yea..
    Terima kasih menolong menampal posting ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatulllahi Wabarakatuh,

      Biasa saje saya menampal label agama pada hari Jumaat..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...