THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, February 13, 2012

Makan2 lagi

Teringin nak jumipa kawan lama
Itu satu, tapi yang keduanya
teringin nak makan masakkan dia

Auntie kenali perempuan ni
bila auntie dan uncle sewa pejabat
di Ukay Perdana awal tahun 2008
Masa tuh auntie buat persiapan sebelum
bersara. Auntie cadang buat trading.
Itulah kepakaran yang ada pada auntie
bekerja selama 35 tahun.
Contact supply ada dan ready customer
pun ada..
Kita merancang..Allah menentukan
Auntie jatuh sakit pada November 2008

Sejak sakit auntie dah tak ke pejabat tuh lagi
Auntie dah sewakan pejabat tu kat kawan uncle
Fully furnish tapi auntie masih ada satu bilik lagi
Bila teringin auntie jenguk sekali sekala
Emm..dalam masa terdekat auntie bercadang
untuk let go semua..memang auntie tidak lagi
menaruh harapan utk berurusan berniaga
setelah 3 tahun kesihatan auntie tidak ada
perubahan utk pulih saperti sediakala

Berbalik pada cerita kedai makan perempuan tu

 Dia berniaga dikaki lima depan pejabat
auntie. Betul2 kat tangga turun naik
pejabat auntie.

Mulanya rimas juga kenapalah perempuan ni
berniaga kat situ..memang tak sesuai
tapi bila kami bekerja hingga lewat malam
auntie order dan mereka boleh hantar makanan di pejabat..
heheheheh senang lah amat
Sejak tuh, lunch dan dinner auntie
memang main order dan kami makan2
dipejabat..(punyalah malas nak kekedai dia)
Memang masakkan dia amat sedap pada
selera auntie..memang penuh kedai dia..

Pada suatu malam, minggu sudah
Auntie minta uncle bawakan ke kedai dia
nak  makan masakkan dia..
Memang terkejut sebab kedai dia
dah tutup...dah tak da kat situ
dah berpindah..
Wah! dah sewa dua tapak kedai
Dari 3 pekerja dah ada 17 pekerja
Hebat betul..dengan modal RM10 ribu
dua bulan dah pulang modal balik
Betullah..masakkan dia bukan saja
kena dengan selera auntie malah
penduduk di Ukay Perdana..

Kami bertiga, Auntie, Uncle dan Peej
Kami pilih tempat dan order..
Perempuan tuh memang kat dapur memasak..
Auntie nak makan dulu, jumpa dia kemudian nanti
hehehehehehe

Muka tunggu makanan

Peej sound suruh auntie senyum 
tapi senyuman auntie tak menjadi.
Senyuman Uncle comel jer..

Len Chi Kang Uncle

Teh O asam boi terbaik 
 auntie punya 

Kerang Rebus
Appetizer dulu

Kangkong Belacan

Sambal Daging Petai

Ikan Siakap Steam

Telur Dadar

Signage kedai dia..

Bila dah sudah selesai makan,
Auntie bangun dari kerusi
Uncle bertanya..Nak kemana?

Nak cari Mek..
Rindu kat dia : kata auntie

Tak payahlah..ramai orang ni
memang dia busy memasak tuh.: .kata uncle

Nani nak jumpa juga sekejap pun tak per.: .kata auntie

Baik2 jalan tuh, lantai licin kat dapur.: kata uncle

Baru auntie jalan beberapa tapak..
Auntie nampak Mek keluar dari dapur..
Bila dia nampak auntie, terus kami berpelukkan..

Kata Mek :  dia baru ajer dua tiga hari sudah
dia bercakap dengan suami dia..
Manalah kakak dan abang dah lama tak makan
kedai dia..
Alhamdulillah...kata orang2 tua 
Umur kakak dan abang panjang
Tak sangka dapat jumpa kakak lagi..

Dia pimpin tangan auntie kemeja untuk jumpa
uncle dan anak auntie..
Kami berbual panjang..
tapi auntie suruh dia masuk kedapur sebab
nanti ramai akan menunggu lama utk masakkan dia

Siapa Yang Berusaha
Dia Pasti Berjaya
Dengan Izin Allah Jua..
Alhamdulillah..

21 comments:

  1. Saya suka baca kisah sebegini. Pasti berjaya bila kemahuan dan usahanya ada. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Betul kakcik, Berusaha tangga kejayaan. InshaAllah

      Delete
  2. kalau nak niaga makanan kena make sure sedap..pasti org datang lagi..jadi regular customer pulak..nanti org akan sampai menyampai kat yg lain pulak yg kedai tu sedap..

    jangan niaga macam majoriti org kat bazar ramadhan..2 3 hari pertama je ramai..lepas tu dah takde org nak datang..masak cincai pastu rasa apa2 entah..mahal toksah kata..jangan la pulak kata org dengki tanam macam2 bomoh pada dia sampai tak laku..suluh balik niat di hati nak niaga tu apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Betul, mesti sedap dan bahan jangan kedekut. Kena jaga quality dan kebersihan.
      InshaAllah, pasti ada regular customer.

      Delete
  3. seronok kan auntie bila jumpa kawan lama. nak pulak tokey kedai makan. Lagi la Alahaiiiii .. 'heaven'. hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Aah, auntie memang suka berkawan dgn tokey kedai tak kiralah restaurant tepi jalan pun kalau sedap makananan nya lah..kalau tak sedap tak perlu sebab first and last jejak kat situ.

      Delete
  4. Assalamualaikum Auntie

    tentu sedap masakannya
    Ukay Perdana ...kat mana kedainya yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Memang sedap masakkannya..hehehehehe
      Alamak..nak bagitahu kat maner tuh jadi masaalah sebab addressnya auntie tak tahu lah pulak..

      Nanti kejap auntie tanya uncle..

      Jalan UP1/6, Taman Ukay Perdana
      Cari lah signage kedai dia kat situ

      Delete
  5. Assalamualaikum..
    sedapnya kerang! susah nak jumpa kerang saiz besar2 skrg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Aah, betul. Auntie makan kat kedai lain, halus2 jer isinya..memang tak puas makan.

      Delete
  6. kalau sedap, mesti pelanggan cari.

    ibu_suri sanggup pergi ke Sungai Petani semata-mata mau makan nasi paprik di sana. sedap, katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Wahhhh...sampai Sg Petani makan nasi paprik? Jauhnya dari rumah IM.

      Sq Petani-Bakar Arang kampung arwah mak akak.

      Delete
  7. Assalamualaikum MM,

    Sedap-sedap nampak lauk pauk yang mek masak tu. Akak tak pernah minum teh o asam boi, mesti best kan.

    Begitulah kita ni, kadang2 bila terlalu sangat dirumah, rasa rindu nak jumpa kawan2 meluap2kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Memang sedap lauk pauk tu . Cubalah Teh O asam boi tu, tapi kan setahu saya tempat lain tak ada.

      Kalau rindu kat kawan2, yang dekat2 memang saya akan cari sebab nya kita dah hampir 'tamat' takut2 tak dapat berjumpa lagi..huhuhuhu

      Delete
  8. Cerita mcm ni yg menaikkan semangat. Bermula dgn humble tapi dah berjaya. InsyaAllah dia akan terus berjaya. Saya suka tengok atau dengar org kita berjaya di dalam bidang yg mereka ceburi.

    W/p dia dah berjaya dan sibuk tapi dia masih ingat kat Kak Nani. Sifat yg terpuji tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Akak pulak suka cara YB menjalankan bisness hingga dapat menampung keluarga kpd kehidupan yang agak mewah. Alhamdulillah.

      Betul, moga kita juga tidak sombong bila berjaya.

      Delete
  9. Kak suka saya baca cerita2 macam ni sebab saya pun ada kawan berniaga makanan. Kalau saya balik JB selalu singgah kedai dia di Plaza Angsana JB dia jual mee rebus baidali a.k.a hj wahid. Yang sangat terkenal dijb kami dah jadi macam adik beradik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Aah kan, masakkan yg sedap akan kita ulang dan ulang, bila dah berkali2 kesitu, mesti lah kenal dgn tokeynya dan bila kita memberi kemesraan maka terjadi lah persahabatan..
      Alhamdulillah

      Delete
  10. ikan kukus tu nampak sungguh yummy...teringin la plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      Ikan kukus memang sedap, auntie minat kukus dr 3 rasa

      Delete
  11. Macam sedap dan nanti besok or lusa nak ajak husband la ke sana as mmg duduk area situ . Tapi biasa la kan kalau dah duduk dekat2 jarang nak tengok sangat kedai-kedai makan berdekatan ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...