Followers

Sunday, February 12, 2012

Jumpa Ahli Kumpulan - Black Dog Bone

Rumah arwah abah dan arwah mak..
huhuhuhu amat menyedihkan keadaannya
setelah penghuni sewa auntie tamatkan
sewaannya yang lebih kurang 5 tahun

Hati auntie bertanya kenapalah
penghuni tuh tak bagitahu akan keadaan
rumah dah teruk
Macam manerlah dia boleh duduk
dalam keadaan macam tuh?

Mungkin dia tak bersedia utk menerima
kerja2 kontrak ketika isteri dan anak2
dirumah..
Mungkin dia fikir kalau dah dibaiki pulih
auntie akan naikkan sewaan

Amat teruk keadaan rumah tu..

1) Pagar depan senget benget
2) Bumbung bocor diruang tamu, makan dan bilik2
akibatnya ceiling rosak dan reput
3) Toilet cangkung dah sumpek hampir pecah
4) Tiles Lantai bayak dah pecah2 dan terkopek
5) Dinding banyak tempat retak
6) Tingkap/shutters banyak dah gongak
7) Ada kesan anai2 di dapur tambahan/wet kitchen
malah ada kayu2 yang dah dimakan anai2..

Auntie panggil kontrektor utk sebutharga utk
baiki pulih perkara2 diatas..

hehehehehhehe yang datang bersama2 kontrektor tuh
Adalah pemain guitar Black Dog Bone
Rudy nama nya..masih berambut panjang

Wah..teringat auntie zaman muda2 dulu
memang rock habis kumpulan ni..
pertengahan tahun 70'an




Rudy yang dah berumur 51 tahun sekarang
Yang berambut panjang sebelah kiri barisan belakang

Katanya dia sekarang buat kerja2 kontrektor sambilan
Mengajar kelas persendirian piano dan guitar
Dia dapat PR Malaysia sudah, anak lima orang
dan status adalah duda..

Auntie belum bagi kata putus utk kerja2 tersebut
Memandangkan anak2 kata harga agak mahal
walaupun auntie dapat negotiate harga yang terbaik.
sebab auntie kan pernah berkerja disyarikat 
perumahaan department pembekal 
bahan2 binaan, walaupun auntie dah 3 tahun bersara,
auntie masih ingat harga2 barangan..
Alhamdulillah..

Anak2 pula suruh auntie panggil kontrektor lain utk
sebut harga kedua utk di jadikan perbandingan
Jadi petang nanti, auntie akan berjumpa kontrektor lain
Kontrektor ni, auntie tak kenal tapi jiran auntie bagi detailsnya
tengoklah..Yang mana lebih murah akan jadi pilihan


Teringat lagu ni masa auntie muda2..
by Black Dog Bone

Selamat Hari Minggu..

20 comments:

  1. dapatkan sebut harga banyak2 sket boleh buat perbandingan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ramai2 dan banyak2 dipanggil utk sebut harga, keletihan lah auntie..hehehehehe

      Delete
  2. Assalamualaikum Auntie

    moga kerja2 auntie dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Amin dan Terima Kasih

      Delete
  3. hahaha. hari tu pija tulis kat twitter 'gerammm'. then ada akak ni nyanyi lagu geram.
    pija tak faham so tanya la dia.
    dia kata lagu lama. tapi x ingat siapa.
    pija kata la tak tau.
    dia kata if tanya mama mesti mama tau.
    pija kata macam mana nak nyanyi. mama bukan dengar pun.
    then later dia bagi tau BDB.
    terus youtube lagu tu.
    lawakkkkk. pepelik je lagu dulu-dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Lagu lama..hehehehehe
      Sedap aper..evergreen tuh

      Delete
  4. Salam,
    Kat mana rumah ni auntie ? Kalau tengok senarai tu, 5 ribu rasanya tak cukup !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sslam Kembali Dato',

      Rumah kat Setapak, Jalan Genting Klang. Memang betul sebutharga hampir 15K ...huhuhuhu

      Delete
  5. teringat zaman IM sekolah dulu. lagu-lagu BDB memang menjadi minat IM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      hehehehehe yea ker? Banyak lagi lagu2 mereka yg sedap2 didengar suatu ketika dulu dan masih lagi auntie ingat..

      Delete
  6. Saya sampai sekarang ingat Rudy masih rakyat Singapura, sebab Jat yang kawin dengan sharifah sheera dulu masih lagi rakyat singapura rupa rupanya dia dah berhijrah ke Malaysia.

    Cerita pasal kontraktor fobia pulak saya sebab dulu lepas orang repair kitchen cabinet saya tak sampai seminggu siap terus kena rompak dengan Indon walaupun kontraktor orang kita tapi pekerja semua orang Indon, tapi rumah pesaka akak tak ada orang duduk lagi ok lah tu repair awal2 senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Aah, kena hati2 dengan kontractor2 jika perbaiki rumah banyak kejadian2 yg tak diingini berlaku bila mereka sudah habis kerja.

      Delete
  7. Saya ingat rudy masih rakyat singapore rupa2 nya dah berhijrah ke malaysia. Jat yang kawin dengan sharifah sheera dulu masih rakyat singapore lagi tapi dia dah bercerailah dengan sharifah sheera tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Oh yea ker? Kenapa ahli muzik banyak yg bercerai berai? Kesian kan? Mungkin pendapatan mereka tak tetap.

      Delete
  8. Saya pun masih ingat Rudy ni. Dia ni dulu antara yang diminati oleh remaja zaman itu.

    Elok juga sebut harga kontraktor tu dibanding dulu. Supaya dapat harga terbaik dan reasonable.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      hehehehehe azie pun minat ker masa tuh?

      Harga kontractor yang kedua lebih baik dr yang pertama bila auntie jumpa tadi, cuma auntie tak pernah tahu kerja2 dia teliti atau tidak

      Delete
  9. Salam Aunty,

    Saya tak kenal penyanyi ni... tp lagu ni biasa dgr :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali,

      hehehehehe Marya generasi lain, tu lah maka tak kenal penyanyi tuh..

      Delete
  10. dulu hani ada kaset BDB ni..memang semua lagu diaorg hani minat...zaman muda2 lah katakannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      hehehehehe memang hampir gadis2 dulu ada mempunyai keset2 mereka..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...